oleh: tuntung15 Peach Mirror Pudding

P9130138

Enak dimakan sejuk.


Created on : 15-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Terpulang kepada bekas desert )

  • 300ml air
  • 150ml peach juice
  • 450ml susu segar
  • 150gm gula
  • 30gm instant jelly
  • 40gm tepung custard
  • 1/2 sudu teh rata garam
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Buah peach dipotong memanjang
  • Untuk lapisan atas
  • 650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
  • 60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
  • 25gm instant jelly
  • Sedikit peach essence
  • 2 titik pewarna lemon yellow

Cara-cara

  1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.
  2. P9130130
    Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam acuan deset.
  3. P9130132
    Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.
  4. P9130134
    Untuk lapisan atas, satukan semua bahan, masak sehingga mendidih. Tuang kedalam mangkuk desert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana desert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.
  5. P9130136
    Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

15-09-2007, afizaz93 komen :

Sedapnya tengok...buat bukak posa ni bagusss!!!nyam..nyam..


16-09-2007, tuntung15 komen :

ye la afizaz., bulan pose ni puding sejuk memang nyaman..........


22-01-2008, aidaa komen :

saya nak cuba sangat resepi ini.. kalu di tilik caranya kan.. mana untuk bahagian atas.. dan mana untuk bahagian atas...cuba ajar lagi ye...


22-01-2008, aidaa komen :

silap.. mana untuk bahagian atas dan mana untuk bahagian bawah


22-01-2008, aidaa komen :

paham dah sikit-sikit.. nanti saya nak cuba.. apa2 jadi saya akan bg tahu nanti...


28-01-2008, aidaa komen :

tanye lagi.. saya pergi kedai cari instant jeli tu ... macam jenama nona jelly tu... macam-macam warna ada.. ke macam mana... help me...


06-02-2008, Mama chombi komen :

Aidaa..kita pernah cuba. Guna kan yg takde warna(plain). Yg menjadi kuning tu kerana tepung custard.


27-02-2008, tuntung15 komen :

Sori aidaa, kak ogy ter over looked komen aidaa. Macam yang mama chombi cakap, beli yang x de warna (plain) ataupun kalo ke kedai bakery, instant jelly dijual dalam botol. Kalo guna instant jelly yang kak ogy cakap ni, hasilnye macam bergetah sikit whereas guna jenama nona jelly yang dijual di kedai2 runcit tuh hasilnye macam agar2 biasa. Kak ogy lebih suke guna instant jelly. Tapi kengkadang dah x de stok guna jugak yang brand nona nih.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu