oleh: mutiarazura Chewy Chocolate Brownies

Gambar_dalam_camera_abah_020

Untuk chocoholics!


Created on : 15-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 200gm butter
  • 250gm coklat masakan gelap (kalau boleh yang 70% cocoa solids)
  • 3 biji telur
  • 120gm gula kaster
  • 150gm tepung gandum, di ayak
  • 100gm kacang pilihan, potong kecil (saya guna badam)
  • UNTUK TOPPING :
  • 200gm coklat masakan gelap
  • 120ml whipping cream

Cara-cara

  1. Buat topping dulu. Cairkan coklat bersama-sama whipping cream menggunakan kaedah double boiler. Bila coklat telah cair dan sebati, alihkan dan biar sejuk.
  2. Panaskan oven 180 darjah celcius (convection).
  3. Cairkan coklat dengan butter guna kaedah double boiler. Alihkan dan biar sejuk selama 5 minit.
  4. Selepas itu, pukul telur dan gula dalam bekas lain dan masukkan ke dalam adunan coklat + butter cair tadi. Kacau sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi serta kacang dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam tray 8 inci yang telah dilapk kertas timah (foil).
  7. Bakar selama 30 minit. Sejukkan sebelum letak topping. Sejukkan dan potong segiempat kecil-kecil sebelum hidang.