oleh: Nziela Udang Masak Sos Prego

Dsc00555

Resipi Mak Mertua


Created on : 12-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( - )

  • 700gm udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 inci halia
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 cawan sos Prego
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu makan gula
  • Daun bawang
  • Sedikit perasa

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia
  2. Hiris cili merah, cili hijau, bawang besar dan lobak merah.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan lobak merah.
  5. Setelah itu masukkan udang dan gaulkan sehingga masak.
  6. Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan sedikit perasa. Masak sehingga sedikit pekat.
  7. Akhir sekali masukkan taburkan daun bawang. Setelah siap, bolehlah dihidang.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1568
25-03-2008
best lah resepi ni..sng n sdp...nxt tym bleh wat lg hehe..tq...
Laporan oleh: babybunny

terima kasih kerana mencuba :)


Komen (3)

13-09-2007, suraya85 komen :

assalammualaikum..sos prego tu ape ek?


13-09-2007, kebayan komen :

sos prego tu yg dlm botol tu kan? tapi rasanya mcm2 jenis kan....nziela pakai yg mana satu?


13-09-2007, Nziela komen :

wa`alaikumus salam suraya85. Sos prego tu orang gunakan tuk masak ngan spagetti..bla..bla..bla.. kebayan: yeap.. yang dalam botol tu. dah letak gambar kat glossary sos prego


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu