Google+

oleh: nasah Mooncake

Sta_0027

Cara buat mooncake in senang ... kawan2 cuba lah.. :-)


Created on : 11-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nasah




Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 400g Tepung gandum
  • 300ml Gula syrup ( Brown syrup )
  • 80ml Minyak kacang ( Pakai minyak lain tak sedap )
  • 1 sudu teh alkaline water ( Lye water )
  • 1 biji telur ( untuk di sapu di atas mooncake )
  • 500g inti kacang merah (paste) atau lotus paste.

Cara-cara

  1. Sta_0024
    Campurkan kesemua bahan tepung,minyak kacang,gula syrup dan Alkaline water . Gaul hingga adunan jadi dough yg lembut. tinggalkan dough tadi selama 30min.
  2. Inti kacang merah di bulatkan kecil kecil angaran 50g.
  3. Setelah 30min , dough tadi di bagi 78g setiap satu. lalu di canai tipis. letakkan inti kacang merah di tenggah dough dan di bungkus setiap satu.
  4. Sta_0029
    Setelah habis di bungkus lalu di terap dengan terap mooncake.
  5. Sta_0025
    Mooncake yang selesai di terap, di susun di dulang.Bakar pada suhu 170c selama 15min lalu di keluarkan dan di sapu telur di atas mooncake tadi. Bakar lagi dengan suhu yang sama hinga masak .








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

11-09-2007, zla komen :

fulamak nasah...mooncake lah.zla mmg teringin nak mkn mooncake,skrg kan tgh musim.tp,tau jelah bnyk yg xhalal. seram nak beli n makan....dia punya rasa mmg sebijik ke mcm mooncake yg dijual tu?


11-09-2007, nasah komen :

Zla... rasanya seakan sama cuma yg ni saya tak taruk kuning telur asin.. try lah..


11-09-2007, zaliana komen :

nasah..apa tujuan guna air alkali tu.sebagai pelembut ke? memang tengah cari resipi mooncake ni ..nak buat tp takde pulak air alkali tu..erm sugar syrup tu kan cecair pekat ke? ada pengganti lain tak?


11-09-2007, nasah komen :

zaliana .. it ok kalau u tak ada Alkaline.. alkaline buat kuih tu nanpak gareng tapi lembut aje.. Dalam ingredients suger syrup ada gula,air dan citric acid. awak buat gula merah dengan air, didihkan hingga pekat sedikit lalu letakkan sedikit garam.. itu aje :-) senangkan..


12-09-2007, shazz komen :

minyak kacang tu minyak apa?


12-09-2007, nasah komen :

Shazz... minyak kacang tu minyak dari kacang tanah bukan dari kelapa sawit.. try lah then komen k.


17-09-2008, sharonz komen :

mana nak dapat terap mooncake tu? biasanya berapa harganya..


17-09-2008, sharonz komen :

mana nak dapat terap mooncake tu? biasanya berapa harganya..


10-06-2011, ain the best komen :

wow,pandai nasah wat mooncake..kak ain ni piaw cina pn x tau nk wat...respect ler... akan cuba nnt... thanks for d receipe, nasah..


10-06-2011, tasriffyra komen :

perghhh sukee sukee sukeee...menarik nie... peberet sy ta nk tanyela kt mane plak nk catri minyak tu sist ... tq... lg 1, lye wtr tu camne gupenye


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu