oleh: Mat Gebu Kek Coklat Termenung

Step_by_step_455

Kek yang mudah... tapi awas jangan leka masa bakar, kalau tak macam mat, nyaris2 rentong u!!!!


Created on : 10-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Berdiameter 30 cm dan berlubang di tengah2 )

  • 250 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan , gaul dan ayak)
  • 250 g coklat susu (sebarang jenama)
  • 160 g gula pasir
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallate
  • 250 ml minyak jagung
  • 1 camca teh esen vanilla dan secubit garam
  • BAHAN UNTUK HIASAN:-
  • 200 g coklat masakan
  • 100 ml UHT whipping cream
  • 1 camca teh mentega
  • Chocolate curls secekupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_447
    Dalam mixer bowl, satukan telur dan gula. Pukul pada kelajuna tinggi hingga kembang, masukkan garam, ovallate dan esen vanilla. Terus memukul hingga betul2 kembang (seperti adunan baulu).
  2. Step_by_step_448
    Sementara telur kembang, cairkan coklat susu secara double-boiler (iaitu meletakkan coklat dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih) kacau hingga coklat cair dan angkat. Biar coklat suam.
  3. Step_by_step_450
    Masukkan coklat cair tadi dan terus memukul hingga sebati. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Step_by_step_451
    Tuang pula minyak jagung perlahan2 hingga habis, putar hingga rata dan sebati.
  5. Step_by_step_453
    Tuang dalam acuan yg telah disapu dgn mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 - 35 minit. Bila masak, keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
  6. Step_by_step_459
    UNTUK GANACHE:- Satukan coklat masakkan dan UHT whipping cream dalam bekas tahan panas dan cairkan dgn kaedah double-boiler hingga cair. Masukkan mentega dan gaul hingga rata. Angkat dan biar suam sedikit dan boleh tuang atas kek tadi. Hias dgn "chocolate curls".
  7. Step_by_step_458
    CHOCOLATE CURLS:- Gunakan pisau pengupas kentang dan larikkan mata pisaunya di bahagian tepi coklat masakkan. Pastikan coklat berada pada suhu bilik.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (24)

10-09-2007, PGA_DiMarco komen :

Sedap ke?? hehehe... nampak lawo... rase nk try laa sat gi.. :)


10-09-2007, Mat Gebu komen :

tatau...laaa sendiri cuba baru tau yeaa...maklumlah Allah cipta tekak manusia ni bukan sama citarasa..tul tak?


10-09-2007, princessharyati komen :

nampak tangan cik mat kupas coklat :-P


10-09-2007, fezah komen :

Mat tak guna serbuk coklat macam coklat kek yg biasa ke ?


10-09-2007, mama_myvi komen :

ha.. che mat, ni mesti kes termenung sayang nak makan.. cantik...


10-09-2007, Mat Gebu komen :

hehehe...tangan tu sikit je, kalau perati betul2...mcm apam u gebu dia tgn i..ahakss!!!..faezah mat guna "coklat susu" bukan serbuk...coklat susu yg jual kat kedai2 tu...yg kat bahagian jajan....mama_myvi, termenung tu sebab terperanjat u, kek tu nyaris2 rentonggg!!!!


10-09-2007, Rahmawati komen :

Ooo.. cam tu rupanye nak buat choc curls, ingatkan ade jual kat kedai, mmg btk culrs cam tu. Thx Mat, bertambah ilmu lagi....


10-09-2007, Mat Gebu komen :

Lupa nak pesan. chocolate curls tu boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk....


10-09-2007, Ringo komen :

ish.... terliur Mat... bak cikit


10-09-2007, Mat Gebu komen :

alahhaaii kak hani kesian kat u..kalau dekat boleh hantar...then sama2 kita naik gebu noooo...hehehe


10-09-2007, yani komen :

termenung jap tengok kek cik mat yg gebu ni..


10-09-2007, Mat Gebu komen :

kalau...tak bbuh nama "termenung" kat depan tu...lagi gebu, oleh kerana dalam proses membakar tadi nyaris2 rentong, kek yg dalam gambar tu hasil dia agak kering, kalau tak lembap jeee....itu sebab yg termenung tuuu.....


10-09-2007, cmontel komen :

macam sedap aje.... nanti kita cuba


11-09-2007, zuhri komen :

askm che mat....ermmm resepi che mat mmg nampak sedap sedap


11-09-2007, Lilydvalley komen :

mat...dr semlm nampak resipi ni, tp x dan nak komen...awat hang termenung mat? dok pikir bila puteri bunian nak pinang u ka?:-p


11-09-2007, Mat Gebu komen :

tak de lah kak lily...cuma termenung dgn kes "kek hampir rentong" tuu...frust laa..


11-09-2007, zuhri komen :

che mat kalo nak buat muffin jadik gebu ader petua tak


11-09-2007, syaya komen :

nampak sodap Mat!! syaya pun tgh termenung gak nie, termenung bilalah syaya boleh buat kek segebu & secantik Mat wat!!!!!


11-09-2007, tuntung15 komen :

Mat, kalo gune acuan chiffon 23cm ok x? kecik sgt x acuan 23cm tuh?maksud kak ogy, kek ye melimpah kuar x mase bakar (ko pahem ke ape soklan akak ni mat).


11-09-2007, nasah komen :

Bro termenung sejenak tenggok cake brother Mat ni.. Ikut hati nak try buat tapi takut tak jadi :-( coz saya tak pandai lah buat cake brother Mat..


12-09-2007, eyla5152 komen :

hai cik mat, aritu sy ade try wat kek american yg design mcm ni la... tp nape kek nya rapuh sgt... mase potong dia berderai la.. kek yg ni berderai tak?? sy siap beli acuan yg cam cik mat wat ni tau... excited sgt


23-11-2007, mariakl komen :

Hai cik mat, kek termenung pun nampak sedap gak.. Kira terrer la cik mat kita wat kek ni..


04-03-2008, bobby komen :

Maksud mat coklat yang macam Cadburry/Vochelle tu la ye? Tapi coklat masakan ada tak jual yang bersusu? Biasa guna coklat masakan jek.


05-03-2008, fezah komen :

waaaa... sy buat pun terhangus jugak walaupung x termenung (buat keja lain) tp rasanya sedap... anak2 suka walaupun hangus abis jugak. Lainkali nak try lg and x nak hangus dahhh...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu