oleh: ibudutchlady Ayam Masak Ungkep (Jawa Style)

No picture

sesuai di makan dengan nasi panas


Created on : 10-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)
  • Bahan-bahan A (untuk dikisar)
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)
  • Bahan tumis
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
  4. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  5. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur. Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
  6. Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!!

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

10-09-2007, mama_myvi komen :

kalau msk ayam dara (aym kg) mmg sedap r... suka sgt yg mak sy buat...


10-09-2007, fezah komen :

sy selalu buat ayam masak ungkep nie belajar dr mak mentua org jawa tapi bahannya sikit je tak sebanyak yg dlm resepi nie cuma taruk halia, serai, bawang putih dan merah kisar masuk dlm ayam taruk serbuk kunyit dan ketuk 2 btg serai taruk sedikit air, masak hingga separuh lembut masuk sedikit air asam jawa masak sampai lembut. Kalau ayam biasa pun boleh. Sedapppp...


14-09-2007, miz_lynne komen :

tadak gambar ker?? nk gak tgk rupanyer bila dh siap..


26-02-2008, erdalicious komen :

i penah makan lauk ungkep nie...mak mentua uncle i mg pure orang jawa. paling best die masak ungkep daging landak...heheheh. tapi saya curious, bukan ke ungkep ade menggunakan biji ketumbar yang ditumbuk?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu