oleh: yani Pumpkin pudding

Pumpkin-pudding

puding labu


Created on : 24-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 )

  • 300g labu
  • 2 biji telur
  • 300ml susu cari/ fresh milk
  • 4 sudu besar gula halus
  • maple syrup

Cara-cara

  1. Pumpkin-pudding1
    Potong labu lebih kurang 2 cm. Masak dengan microwave selama 5-7 minit.
  2. Lenyek labu dengan gafru.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan gula dengan telur. Pukul telur sehingga gula cair.
  4. Masukkan labu ke dalam telur. Kacaukan. Kemudian masukkan susu sedikit semi sedikit sambil dikacau.
  5. Tuangkan ke dalam pudding cup. Masak dengan microwave selama 7~10 minit.
  6. Bila nak makan tuangkan maple syrup ke atasnya. Maple syrup ni boleh juga digantikan dengan sirap gula melaka.




Laporan Masakan Bergambar (2)

Image024
28-09-2006
Yani. TQ utk idea puding labu awak. Oleh kerana byk yang saya takde, hanya mampu modified jadi puding labu siram karamel je.
Laporan oleh: sitiazma

biasalah tu.. i pun selalu modified resepi ikut bahan yg ada

Puding_labu
02-05-2008
Guna oven instead of microwave.Sedap.
Laporan oleh: hazila

Komen (13)

25-09-2006, nurulliza komen :

mcm sedap jer kak yani. dah tertelan air liur..


25-09-2006, hani komen :

yani,maple syrup tu ape ek? tak tau la..


25-09-2006, sitiazma komen :

sedapnyaaaaaaaaaa yani. Boleh tak guna labu yg betuk pelik2 tu (utk halloween), ke rasa tak sama ekk? Kat german ni lain sikit ler rupa labunya.


25-09-2006, yani komen :

sitiazma.. try la.. tak tahu nak kata. Tak pernah buat lagi guna labu halloween tu. Err kat sana apa masakan special.. teringin nak gi sana.. meh la kongsi resepi kat sini..


25-09-2006, yani komen :

hani.. maple syrup tu asal dari pokok maple


29-09-2006, yani komen :

sitiazma.. biasalah tu kita yg dok oversea ni kalo bab modified resepi.. ~♪


01-10-2006, ZIANAH komen :

sedapnya..sekarang ni tengah banyak labu halloween kat uk so boleh cuba untuk buka posa tapi xtaulah rase mcm mane


01-10-2006, yani komen :

try la ..Zianah. Kalo tak silap Sitiazma tu pun guna labu halloween.. betul ke siti?..


07-11-2006, WALID2588 komen :

YANI, KALU X DER MICROWAVE, NAK BUAT CAMNE ? I.E 1ST STEP TU?


07-11-2006, yani komen :

walid.. rebus pun boleh. Kalau rebus, kena sejatkan air dulu sebelum dilenyek


26-01-2007, ADILLA komen :

Yani...labu tu nak rebus ke grill dlm microwave.pah tu bila dah siap puding tu grill ke kukus....


31-05-2007, cherio komen :

yani,tq sbb kongsi resipi ni.sedapnya.....mmmm wallaaa....


29-02-2008, mayani komen :

cik yani pasal puding labu...kalau kita masak pakai dapur biasa ok tak?i tak ada microwave la


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu