oleh: yani Nasi kerabu perantau

Nasikerabu

boh nama perantau sebab masak ikut apa yg ada


Created on : 22-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • @@ Nasi @@
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
  • @@ Sambal Tumis @@
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka
  • @@ Sambal ikan @@
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • @@ Kerabu @@
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  • @@ Bahan lain- optional @@
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan

Cara-cara

  1. Tumis
    ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
  5. Nasi
    Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  6. Sambal-ikan
    ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  8. Kelapa
    Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  13. @@ Kerabu @@
  14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  15. Nasikerabu
    Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap




Laporan Masakan Bergambar (5)

Cimg4010
26-12-2006
memang menjadi sangat dan mudah. sekali dengan telur asin resepi sya annur
Laporan oleh: ina

wahh..sedapnye.. nak nak mkn dgn keropok tu..

P9170975
17-09-2007
kak yani, tqvm. nasi+sambal tumis+sambal ikan+sambal belacan+solok lada+telur asin+kerabu (togeh, timun,kobis, daun kesum)+ayam kentucky sendiri+kepok.. licin...
Laporan oleh: mama_myvi

bestnye.. lengkap tu dgn telur masin

Nasi_kerabu
28-09-2007
first time buat nie...sedap hingga menjilat jari....licin....
Laporan oleh: mysore

oppss.. nama ada solok lada tu.. uih sedapnye pekena dgn nasi kerabu

Abcd0004
23-03-2008
sy punye smbl tumis xbrp kick r..kna praktis byk2 kali..papepn, tq byk2 kak yani..
Laporan oleh: jacaranda
Photo-0030
17-07-2008
nih mmg perantau btol..hehe...tQ sesangat la k.yani! mmg bestt!
Laporan oleh: hana6877

Komen (36)

22-09-2006, zeera komen :

i kagum betul ngan u ni yani... cam tu punya tempat yg susah nak cari makan u buleh sediakan semua ni... ish ish ish... u minta family pos ke stok bahan2 tu suma?


23-09-2006, yani komen :

tapi zeera i terpaksa ubah resepi.. kalo kat msia takde pun org buat sambal kelapa tu guna kelapa kering.. kat sini i guna kelapa kering yg dijual utk buat kek/cookies. Biasa orang guna bawang merah.. tapi kat sini mahal sgt.. so i ganti dgn bwg besar. Daun kesum dan kunyit i tanam dlm pasu.. eheh buat macam tanam bunga.. keropok tu kawan i yg dtg sini hari tu bawa mai.. dan yg lain2 tu boleh dpt kat kedai halal.. tak jadi masalahlah tinggal kat sini tapi kena pandai adjust resepi ler..


25-09-2006, sitiazma komen :

waaa nak nangis teringat kat nasik kerabu mak buat. Nasi kesukaan yang paling tak de alat nak buat kat German. Tak jumpa lagi daum kesum, bunga kantan, serai, segala ulaman yg fresh. Yani..bestnya awak masakkkkkkkkkkk..... saya tumpang tengok je


25-09-2006, yani komen :

daun kesum saya tanam sendiri.. bawa mai sini.. tapi kekadang tak boh pun.. budu kat sini pun takde.. tapi saya ganti dgn sos ikan.. sos ikan ada tak kat sana?..


28-09-2006, dyna komen :

dah cuba buat bukak posa semlm.. hubby i cakap mmg best la...


28-09-2006, yani komen :

dyna.. mana gambarnya??


29-09-2006, dyna komen :

tak sempat nak amik gambar.. dah ngap dulu..


13-10-2006, maialibinbraut komen :

yani, mai duk kat seattle,washington.susah la nak cari bebahan.rindu sgt nak mkn nasi kerabu ni!!


13-10-2006, Ringo komen :

maialibinbraut, cuba cari chinese store or korean store or vietnam store. masa I kat California dulu senang cari. I tengok ada banyak sayuran macam kita. keladi, pegaga, kesum, ubi kayu dll. Good luck. :)


13-10-2006, Ringo komen :

I jumpa website ni. Hope can help. http://www.melroseflowers.com/mkic/asian_markets/asian_markets_8.html#Washington%20Area


14-10-2006, yani komen :

ehehe maialibinbraut.. mai lah pindah dok sebelah umah ni.. pastu ulang alik ler gi kerja dr tokyo ke seattle,washington tu.. ;)


14-10-2006, maya_zakry komen :

hmm besh nye dok malaysia..


15-10-2006, noomen komen :

nak tanye..ada resepi puding yg guna gula cair yg hangus tu tak?lupa la nama puding tu.last mkn kat kelantan hari tu.


16-10-2006, maialibinbraut komen :

Ringo,thank u so much! I really appreciate ur help..the website that u gave me..soo awesome n helpful!! today's my 2nd time tgk website ini..air liur mengalir time dok bc recipe n tgk pics :(


16-10-2006, maialibinbraut komen :

ada tak sapa2 tauk buat mee rebus..tu mai's favorite tu..anybody please..


16-10-2006, maialibinbraut komen :

yani,biler nak buka restaurant kat washington?sedih gak biler ada satu restaurant kat downtown seattle nama Malay SATAY HUT tapi suma apek..rasa nak jer buka rest. kat sini tapi Mai xreti nak masak hehe simple2 tu ok laa hehe


18-11-2006, kak as komen :

tq yani...ari ni kak as buat nasi kerabu..mmg sedap..duk kat msia x pernahpun nak cuba masak nasi kerabu..jadi perantau baru nak buat..baru sesuai dgn nama nasi kerabu perantau..


24-11-2006, umi_e komen :

ermmm camtu lah yani kalau kita di rantauan... kalau dekat2 boleh le pergi melawat sambil you buat demonstrasi memasak hehehehe masalahnya kita di benua yang berbeza...


05-12-2006, Mat Gebu komen :

Yani, mat memang tabik spring (toing! toing! toing!) kat u lah. orang yg dok malaysia nie pun kadang kala malas nak buat nasi kerabu (termasuk mat) ni u yg dok nun jauh diperantuan sanggup ishhh..... kagum.. kagumm.........


16-03-2007, fizsha komen :

kalau pewarna kuning tu diganti dgn serbuk kunyit je agak2nye menjadi x ek yani?


16-03-2007, yani komen :

tak pernah lagi letak kunyit.. tapi kalau tak letak pewarna pun ok je..


15-05-2007, lindaoon komen :

dah try. memang sedap. mudah rupanyer masak nasi kerabu ni (1st time masak) .tak sempat nak amik gambar, dah selamat di ngap. hubby sampai menjilat jari. linda letak kunyit dlm nasi utk ganti pewarna kuning and guna tuna dlm tin, sebab konon nak guna ikan mackerel tapi ikan dah habis kat supermarket.


19-07-2007, adiaruz komen :

hihi~ smalam my housmet masak nasi kerabu ikut resepi nih.mmg senang dan sedap...tp xde tgkap pic sbb lapar sgt.. =)


28-07-2007, myresma79 komen :

pasti licin.......


31-07-2007, tulip putih komen :

tq.nk try utk pot luck ari jumaat ni. menu utama, nasi kerabu. xyah belek buku lagi cari resipi nasi kerabu. umpph.....


18-08-2007, schwenke komen :

Smlm try buat nasi kerabu...mmg sedap tp sori xsmpat amik gambar. Da lame kempunan nak mkn nasi kerabu.. Sambal tumis pun xsempat buat cos xtahan da..txs for d recipe. Nasib baik jumpa budu kat germany.


02-09-2007, chah@myresipi.com komen :

k. yani sy dah try fri lepas utk b'fast hubby cakap sedap, sama mcm schwenke x sempat buat smbal tumis. dlm sambal lada sy tambah budu kasi upm... ckit lagi....em.....yum


28-09-2007, ruzy69 komen :

Esok kak zie nak buat nasi kerabu yani.Buka puasa nak makan nasi kerabu.Suami dan ank2 kak zie suka makan nasi kerabu.Selalunya beli je.Pernah buat sekali itupun 4 bln lepas kawan bagi resepi tapi dah pindah umah resepi pun hilang. Bila tgk resepi yani ni,lebih kurang je ngan yang akak buat tp akak tak ingatla apa bahan nak buat solok.Lada solok ada tanam kat tepi umah .nak buat yang dalam tu tak tau.Boleh yani bagi tau bahan dan cara buat solok lada ni tak?Akak kalau buat siap ada daging bakar ngan ikan goreg tepung tu.Boleh makan dari pagi sampai malam esoknya.


13-01-2008, wittypinky komen :

tumpang tanya gambar2 masakan u sume cantik...u pakai slr camera ke?


16-01-2008, izzah82 komen :

terima kasih byk2 yani... saya dh cuba buat nasi kerabu. mmg jadi... best sgt2 rasa cam mkn kat kelantan.


30-01-2008, efinahassin komen :

hai yani... I harap resepi ni dapat bantu I. Sebenarnya mak mertua i minta i buatkan nasi kerabu. Mati kutu jugak i dibuatnya.... I tak pernah buat sebelum ni... makan pernah le... agaknya sengaja dia nak test menantu baru dia nie... thanks for the resepi


10-02-2008, miss_farah komen :

yani.. farah dh cuba resepi ni semalam.. xikut sgt sukatan, agak2 jek tp mmg sedap.. mmg x sia2 try...terubat jgk rindu nk mkn nasi kerabu di UK ni =)


09-05-2008, nonoi komen :

yani...yang guna budu plak mcm mana?


06-07-2008, mamadilla komen :

ok lah resepi tu, tapi ada bayak yg kena tambah lagi. TQ


06-07-2008, tulip77 komen :

sedap sesangat nasi kerabu ni especially sambal tumis tu yani... kwn2 kelantan kat sni sibuk mintak resepi... kita ckp...alamak terbalik nih....he3x patut kita yg mintak ngan durang... durang ckp sedap sesangat... wat sampai 5x sukatan tu pun tak cukup yani...mmg sedap ;)


17-07-2008, yatiezaini komen :

hana ni rajin betul masak .. kyati baru jer celik mata .. dia dah siap hantar homework ... mtk nasi kerabu sebungkus .. malas pulak nak masak hari ni.. hehe !!! tp kyati nak extra budu tau ... baru ada ummpphhh !!!!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu