oleh: IMAH1001 Talam Berlauk

Dsc04749

Ambil dr buku resipi aneka. adjust ckit.. tp rasa ttp ok...


Created on : 19-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( loyang 20cm.. )

  • 120 gm tepung beras
  • 100 gm udang
  • 50 gm daun bawang-dihiris halus
  • 600 ml santan-1 bj kelapa
  • 1 sudu teh garam
  • *3 biji cili merah
  • *2 tangkai daun sup
  • (*dicincang)

Cara-cara

  1. Bancuh tepung beras dgn santan hingga sebati. Masukkan garam & dkacau rata. Kacau atas api perlahan hingga naik wap. Ketepikan dr api.
  2. Kemudian masukkan cili, udang, daun bawang & sup. Kacau hingga adunan rata.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg tlh dlanserkan dgn sedikit minyak. Kukus selama 25 minit. Enak jika dihidangkan dengan sos cili.

Tag

kuih-muih




Laporan Masakan Bergambar (1)

Talam_berlauk
28-08-2007
hasilnya cantik tp takleh rasa sbb ari nih puasa sempena Nisfu Syaaban nnt lepas dah rasa leh bg tau
Laporan oleh: tulip77

Komen (11)

19-08-2007, tulip77 komen :

kuih nih lekat kat loyang ke? senang tak nk kuar kan dr loyang?


19-08-2007, cengkehcute komen :

sapu minyak masak kat loyang, senang kuar dari loyang & tak lekat


19-08-2007, sweety komen :

mak mmg wat kuih, anta kat kedai.. slalu dia wat kuih ni.. besstttt!!!


20-08-2007, kebayan komen :

nak tanya.....masa kacau santan n tpg beras atas api tu sampai mendidih ke tak....?


20-08-2007, put3wanie komen :

mmmm..suka sangat kuih ni, tapi xreti nak buat....skang dah pandaiii, tq imah..


20-08-2007, sunarti komen :

saya pun suka sangat kuih ni, hujung minggu ni bolehlah try. Raupanya tak susah yek bahan-bahannya.


28-08-2007, tulip77 komen :

senang nk wat kuih nih, simple jek cam cekodok bezanya kena kukus ;) tq imah


28-08-2007, manja7272 komen :

nk tya...udang yg digunakn tu udang basah atau udang kering??


14-09-2007, zahra komen :

kalu tak bubuh udang bole tak?....bubuh daging ke...@ ayam..


20-11-2007, alennsweet komen :

selalu beli je kuih nie kat kedai...kali nie nk try buat sendiri..10Q imah


17-09-2008, asy5084 komen :

say dah cuba...best n dah buat bisnes bulan pose ni...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu