Google+

oleh: s_shamen Kuah Dal

Dal

sesuai untuk roti canai, murtabak, roti telur atau yang sewaktu dengannyerrr


Created on : 18-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi s_shamen




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Tag









Laporan Masakan Bergambar (11)

Dscn1605
21-08-2007
guna apa yg ada kat rumah je..but still yummy!tiru akak guna cookies cutter utk carrot tu hehehe..thanks!
Laporan oleh: checkmate

ein..thx for trying, simple & sedapkan!! ehhh akak bukan guna cookies cutter tuu..pakai julienne peeler..

Image_233_
11-04-2009
wat smlm, tp x letak terung n biji sawi sbb xde.. anyway, sedap.....1st try ni...nnt insyallah akan buat lagi..thanks...
Laporan oleh: cik_ct1208
Image000
27-04-2009
mmg sedap..mkn ngan roti canai segera jek..hehe. tq
Laporan oleh: junjs11
Img_0103_1_
17-10-2009
Saya skg kat Australia. Hari ni Deepavali, so saya bercadang nak meraikan kawan India saya. So, saya cuba resepi ni. Dah syukurlah, menjadi. Rasanya sangat sedap. Walaupun tak semua bahan saya jumpa kat sini. Overall sangat best!!!! Thanks for the great recipe !!!
Laporan oleh: oryzasativa002
Dsc03419
27-05-2011
sedap sgt.....puas hati dpt buat....peberet hubby
Laporan oleh: tashaf
20111125_090324
25-11-2011
mmg sedap.. pg tadi buat ank2 suke.. tq cz kongsi resepi..
Laporan oleh: laila_fitmi
Dsc09678
14-03-2012
s_shamen, ni buat ngn apa yg ada je kat umah..sodap la resepi u.1st time buat sendiri.Trimas!
Laporan oleh: aisyahsid82
Dscn0135
13-06-2012
Salam, t/kasih jg atas resepi. Gambar bersama roti canai + sambal tumis. Sedap cuma nak salahkan kentang sbb rasa dia cam pahit skt, knp tah :p
Laporan oleh: naji80
2013-05-11_17
21-05-2013
alhamdulilah..1st time...mencube resepi..famili suke sgt..sampai dpt permintaan untuk msak lagi..thnx shamen for the recipe..
Laporan oleh: butterfly mariya
Img-20130617-00685
18-06-2013
1st time buat n alhamdulillah jd. sy pkai beras biasa je. sedap.. tq share resepi
Laporan oleh: miss niza
Img_4511
25-10-2013
makan dgn chapati ...
Laporan oleh: noormala75

Komen (24)

18-08-2007, peekaboo komen :

tak sabar nak tengok....risepi nii... nampak sedaplah...


19-08-2007, tulip77 komen :

senang rupanya nk buat dal :) blh la try mkn ngan rodni nan,sni kuah dal tak sedap :(


19-08-2007, Mat Gebu komen :

amboi...karot tu...siap ada pattern bunga2 lagi u....


19-08-2007, s_shamen komen :

mmg senang bangetttt nak membuat ni tulip. mat>> ko ni nampak jerrrr, detail betul mata ko tuhhhh


21-08-2007, everafter komen :

sedap ni.. bley makan ngan capati..resepi capati xder ke?


22-08-2007, Chef_Gredz komen :

Melihat dari warna kuah dan sayur tuh dpt dijangka kesedapannya ..heheh ...carrot tuh nampak still lg kan?...kalau kat kedai semua dah hancur dah ...heheh mesti masuk last ni carrot dier....anyway mmg enak ...kecur air liurr...huhuhuhu


30-03-2008, nurnikisha komen :

ada tips nak dikongsikan...:) if nak rasa apa2 masakan yg guna dal tu naik lg..lg lazat...masa rebus kcg dal tu campurkan sedikit serbuk inggu...ada dijual dikedai2 india yg jual rempah ratus...hehe...kish tau sbb bapak kish pandai masak masakan2 ala india ni...hehe...kwn2 dier ramai tokey2 nasi kandar kt penang tu..kwn2 india dia la yg ckp...:) try la...u'll c d difference in taste..:)


12-05-2008, nangemma komen :

anak saye suka makan tosai boleh la buat dal ni.dah lama cari resepi dhal nie. ada sesiap tahu resepi buat rassam yg tu k cicah tosai tu.


15-12-2008, sua_sue komen :

nak tanya tuan rumah....brapa lama ye kacang dal tu kita rebus...


08-04-2009, shahril6555 komen :

i baru cuba resipi kuah dal u ni... memang power...yamme.... TQ,..s shamen.


17-10-2009, oryzasativa002 komen :

Saya skg kat Australia. Hari ni Deepavali, so saya bercadang nak meraikan kawan India saya. So, saya cuba resepi ni. Dah syukurlah, menjadi. Rasanya sangat sedap. Walaupun tak semua bahan saya jumpa kat sini. Overall sangat best!!!! Thanks for the great recipe !!!


06-11-2009, daling komen :

tkasih shamen, u punya resepi memang bes. ai sabtu lepas da try da......"puas hati.....cukup puas hati.....yahoooo !!! serupa kata ajiz dalam bujang lapuk masa diowang buat sup ayam. saya cadang nak buat stok kuah dal setiap ai ahad...memang favourite saya ni....bila balik kerja, badan penat, hirup kuah dal ni.....bole diet jugak.....emm....semangkuk kuah dal baper kalori nya yerrr....


23-12-2010, Chef Omar komen :

Isya Allah Saya Akan Buat Malam Ini, TQ


27-12-2010, sirzaidi komen :

mmg sya mncari resipi kuah dhal yg mcm ni...slalunya ada kat typical indian / mamak restaurant... i can tell how it taste by the look :) tqvm 4 sharing!


03-02-2011, rafe komen :

terima kasih kpa anda suma...saya baru nak try...mudah-mudahan sentuhan saya menjadi.


16-02-2011, abimakmur komen :

Untuk masak kacang dal supaya cepat masak dan lembut, guna periuk tekanan (pressure cooker)....cuma beberapa minit saja dah masak. Tak perlu tunggu lama. Kalau ada yg berminat untuk dapatkan pressure cooker, boleh hubungi saya 013-6301741.


23-02-2011, har komen :

dah lama nak try resepi ni.. dan saya dah try sebentar tadi.. tq shamen sedap sangat :-)


03-03-2011, 190 komen :

wah...cm senang jer....mau cuba esk lh...


26-03-2011, mama zainmifi komen :

Tq shamen 4 the resipi. Dah lama nak cuba masak kuah dal mcm ni. Nampak pun mcm sedap.


07-05-2011, Jauhariatul komen :

doh roti canai,papa dh siapkn...kuah kari mama dh wat n skrg,sy nk try wat kuah kcg dal ni pla...utk mkn esok pg...seisi keluarga terlibat.hehe


01-07-2011, Othman1947 komen :

Saya fikir kalau resipi ini ditambah sedilit madu ganti gula adalah lebih sihat. Rasa sedap dan nampah menyelerakan. Juga bagus untuk diabetes . Kita kurangkan gula atau guna madu ganti gula dalam masakan. Lebih menyihatkan.


24-08-2011, ummirasyiqah komen :

esok nk cube.hubby nk mkn murtabak & kuah dal.harap jadi,leh pass kt jiran sebelah berbuke puase..


10-10-2011, mrs.shukor komen :

saya br masak kuah dal ni ikut sebijik resepi ni memang sedap sgt


21-05-2013, butterfly mariya komen :

saya pon dh cube..resepi ni..ikut sebijikla..cume 1st time buat aga kelam kbt sket..coz kcg tu lmbt sgt nk empuk...then buat kali kdua kasi rndm dulu kcg tu semalaman sblm di masak..any way sdp sgt..my famili sume suke..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu