oleh: rossitamz Hati Masak Kicap Lada Hitam

Hati_masak_kicap_lada_hitam

Ringkas dan senang...


Created on : 13-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 500gm hati lembu - dihiris nipis (*)
  • 1 sudu besar lada hitam - disangai dan ditumbuk halus (*)
  • 8 sudu besar kicap (*)
  • 2 ulas bawang merah - dihiris ***
  • 1 ulas bawang putih - dihiris ***
  • 1 kuntum bunga lawang ***
  • 5 kuntum bunga cengkih ***
  • 1 batang kulit kayu manis ***
  • 2 biji lada merah - dibelah 2
  • Sebiji bawang besar - dipotong bulat
  • Gram dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Perap bahan bertanda (*) selama lebih kurang 15-20 minit.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan bertanda *** hingga kekuning-kuningan.
  3. Masukkan hati yang telah diperap tadi dan kacau hingga sebati. Tutup sebentar hingga mendidih.
  4. Tambahkan air jika perlu dan biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan garam dan perasa. Kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah yang telah dibelah dan juga bawang besar. Masak hingga bawang layu.
  7. Siap untuk dihidangkan. Jika suka boleh tabur daun bawang/sup semasa menghidang.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

13-08-2007, mazznie komen :

pendek kata,mak awak memang terer masak.Dan awak menjadi pewaris.


13-08-2007, ieyra komen :

agak2, kalo ganti hati lembu ngan hati ayam bleh tak?


13-08-2007, rossitamz komen :

Mak saya memang pandai memasak, tetapi masakan kampung aje. Dan secara tak langsung, turun pulak kat saya. Saya pun praktiskan le...


13-08-2007, rossitamz komen :

Hmm...ganti dengan hati ayam...boleh jugak rasanya. Tak pernah cuba pulak lagi. Jom kita sama2 try...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu