Google+

oleh: cindaibiru Bihun Goreng

Bihungoreng_

Resepi sendiri


Created on : 13-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cindaibiru




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 bungkus bihun
  • 1 cwn daging yg telah dihiris nipis
  • 1 sdb cili padi kisar (Nak pedas blh ltk lebih)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 tangkai daun ketumbar
  • *5 biji buah keras (Boleh kurangkan)
  • 2 btg carrot (hiris nipis dan panjang)
  • 1 sdb bijan
  • 1 sdb mayonis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Rendam bihun dgn air panas dan toskan.
  2. Tumbuk bersama bahan yang bertanda * hingga lumat.
  3. Panaskan minyak, masukkan bijan, biar kekuningan. Tumis bahan tumbuk, kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan cili padi dan bawang kisar, biar garing sedikit. Kacau sebati.
  5. Masukkan daging, gaul lagi hingga sebati dan biar daging empuk.
  6. Masukkan garam secukup rasa, mayonis dan sedikit air jika perlu.
  7. Masukkan carrot, kacau rata dan masukkan bihun. Gaul hingga sebati.
  8. Goreng lagi beberapa minit hingga bihun betul-betul lembut dan sebati dgn bahan lain.
  9. Bila nak makan, perah air limau kasturi atau limau nipis. Selamat mencuba.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

13-08-2007, tulip77 komen :

bihun ni rasa lemak2 skit ke sebab ada buah keras


13-08-2007, cindaibiru komen :

lemak2 pedas. pastu ade daun ketumbar lagi rasa dia lain dr yg lain.


13-08-2007, meow komen :

waaa ada kelainan nih.. ekceli kita masak tak penah dan tak reti langsung guna buah keras nih.. nampak nasi tu pun dah wat mata kita yg ngantuk ni jadi terang.. psst.. cindaii beli kat ane pinggan tu..lawowlaa.. :)


13-08-2007, cindaibiru komen :

tu bihun la meow oii. tu pinggan beli kat ireland ni. murah je. lom mampu bli yg mahal2. hehe..


14-08-2007, meow komen :

huuu nanti ingat nak wat bihun laa... tapi kita tak ada buah keras.. tengok aa camne ye cindai.. ooo kat ireland.. alaa ok cantik pun cantik pinggan tu.. dia punya shape tu.. cam berpusing2.. i like..


08-09-2009, lyea komen :

nak tya ley..saya nie jarang masak...emm..sdb tue pe maksud eah???


15-12-2009, jues komen :

sdb-sudu besar kot...btul x cindai?


07-05-2011, baru_belajar komen :

yummy ~~


29-06-2011, mbah surip komen :

lyea > betul lah tu sdb samadengan sudu besar banget . .


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu