Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Talam Keladi

 Submitted By On 07 August, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

permukaan talam ni ada skit payah nak kata..sbb kedut2 skit tapi keseluruhannya sedap & lembut

Ingredients
  • (utk lapis bawah)
  • 300 ml santan dari 150 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 65 gm tepung beras
  • 1 tsp tepung gandum biasa
  • 100 gm keladi (yam), potong dadu & kukus separuh masak & lenyek2kan sedikit
  • 55 gm gula pasir
  • (utk lapisan atas)
  • 100 ml santan dari 100 gm kelapa parut (buang kulit)
  • Garam secukup rasa
  • 80 gm gula pasir
  • 2 tbsp tepung beras
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 biji telor, dipukul sedikit
  • Sedikit pewarna unggu (purple or violet)
Instructions
  1. Campurkan semua adunan untuk lapisan bawah.

  2. Panaskan kukusan pada api sederhana hingga air mendidih lalu letak loyang berukuran 8" bulat ber-griskan sedikit minyak.

    P1030596_copy.jpg
  3. Tuang adunan untuk lapisan bawah pada loyang tadi & kukus selama 10-15 min

  4. (lapisan atas): Di mangkuk lain, campurkan santan, garam & gula hingga sebati.

  5. Masukkan tepung beras & bahan2 lainnya. Gaul hingga sebati & tidak berbentil2; tapiskan.

  6. Tuang adunan ini keatas lapisan bawah.

    P1030572_copy.jpg
  7. Tutup semula kukusan tadi & kukus lagi selama 10-15 min atau hingga masak.

  8. Alihkan untuk disejukkan & potong.

    P1030573_copy.jpg
  9. Gunakan pisau plastik & sapu sedikit minyak untuk memotong supaya tidak melekat.

    P1030587_copy.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All