oleh: yani Cheesecake

Cheesecake

baked cheesecake


Created on : 06-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 250g cream cheese
  • 200g sour cream/plain yogurt
  • 30g butter
  • *40g gula halus
  • *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  • 2 biji telur kuning
  • 1 biji telur
  • 100ml fresh cream
  • 50ml fresh milk
  • 25g corn starch
  • 1/2 biji lemon jus
  • 1/2 biji kulit lemon
  • 10 titik vanila oil

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
  2. Cocoa-cookie
    Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
  3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  4. 2
    Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  5. 3
    Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  6. 4
    Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  7. 5
    Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.
  9. Lemon
    Buah lemon




Laporan Masakan Bergambar (4)

Cheese_cake
26-11-2006
1st time buat cheese cake..erm yummy! arigato yani san..
Laporan oleh: lindw

doitashimashite lindw-san

Dscf6106
21-12-2006
jadi tu jadi tp tak berapa cantik rupanya. lagi 1 base cheesecake ni saya guna biskut oreo. ingatkan sedap tp lain sikit rasanya.
Laporan oleh: ratnamurniwati

oreo tu letak sekali dgn krim ke?..

Cimg1382a
19-02-2007
Sedapnya.. cuma i guna krim riccota rasa sama lemak ,bhgian atas i letak strawberry syrup.
Laporan oleh: princessharyati

krim riccota..emm boleh try nanti..

Dsc00254
14-07-2008
buat nih malam tadi..
Laporan oleh: ieyra

Komen (46)

06-09-2006, jentayu komen :

nmpk cam cdp..nanti nak cuba buat


06-09-2006, zeera komen :

Yani, sour cream tu apa ya? bleh ganti ngan yogurt tak?


07-09-2006, yani komen :

zeera.. nak ganti sour cream dgn plain yogurt pun boleh.


07-09-2006, julie komen :

plain yogurt tuh mmg ada jual ek? kat supermarket ker kat kedai mcm Bake With Yen?


07-09-2006, yani komen :

julie... biasanya ada jual plain yogurt ni.. try tengok kat c4 ke..giant ke..


08-09-2006, kaseh komen :

adakah kek ini masak beralaskan ayer dlm acuan atau tanpa air spti cara masak cheese kek yg lain


08-09-2006, kaseh komen :

adakah kek ini masak beralaskan ayer dlm acuan atau tanpa air spti cara masak cheese kek yg lain


09-09-2006, yani komen :

kaseh.. tak payah alas air.. masak macam kek biasa je.


11-09-2006, Chempaka komen :

Nampak mcm sedaplah ...InsyaAllah Hari Raya ni nak cubalah ...Thnx...


11-09-2006, SNSI komen :

kulit lemon tu kena sagat sendiri ke or ade jual kat kedai... kalau nak sagat... limau sunkist boleh?? n juice tu kalau ambik sunquick aje boleh tak?


11-09-2006, yani komen :

SNSI .. yup kulit lemon tu kena sagat sendiri dr buah lemon dan jus pun ambik dr buah lemon tu juga.. emm rasanya ok je kalau nak ganti.. coz yg masam ni boleh kurangkan rasa muak..


11-09-2006, yani komen :

Welkam Chempaka.. try la..


11-09-2006, SNSI komen :

lemon is buah yang warna kuning cair tu kan??? confuse dengan buah sunkist yang warna oren tu... (sorry tak biasa buat) and ask silly question... :p tapi kenapa lak kena tapis... pastu kena buang lak... kalau campaak aje kat dalam tu... ok ke... kalau nak guna yang dah jual kat kedai tu nak sukat camne lak yehhhh


11-09-2006, yani komen :

SNSI.. rupa lemon boleh rujuk kat gambar di atas... that is not silly question la.. ok. yg tak sukanya bila soklan yg xtah ape2 je?.. yg kulit lemon tu bubuh dah tapis buang tu just nak ambik bau je.. kalau nak campak je dalam tu nanti rupa cheesecake tak cantik.. emm kalau nak guna yg dah jual kat kedai tu try letak 1- 1/2 sudu besar


12-09-2006, skyblue komen :

Cake in macam pernah jumpa aje... http://skydchef.blogspot.com/2006/01/brownie-cheesecake.html


13-09-2006, yani komen :

skyblue.. i dah check ur blog tu. Nampak macam serupa tapi bahan, cara memasak dan rasa mungkin berbeza dengan cake yg i buat ni. I ambik resepi ni from japanese friend. Bahagian bawah cake tu i guna cookies but ur cake guna brownie .


13-09-2006, lin komen :

kalau guna microwave nak bakar brapa lama agak2..


15-09-2006, siti komen :

kalau tak payah letak cookies kat bawah tu, just bakar cheese kek yg atas tu je boleh tak guna resipi ni? pas tu ...bakar guna air ke tak?.....baru nak try...selalu nengok kat giant tu yg dijual macam kosong...tak de lapis bawah...lasst question....selain digestive biskut apa yg bolek diguna?


19-09-2006, kay komen :

sorry yer, nak jawab soklan siti. kek yg kat giant...mungkin non bake cheese cake. resepi mcm tu pun ada yani buat dlm site nih. atau cotton cheese cake yg dibakar secara double-boiler. both cake tak yah guna crust. selain dari digestive biskut, boleh guna biskut marie, biskut oreo....atau guna tepung + serbuk koko + butter/marjerin +sedikit gula (dengan sukatan yg betul). TQ


27-09-2006, sue komen :

boleh jadi ker...coz byk kali cuba tapi jadi(resepi lain). Saya suka sgat ngan c cake nie. Gerenti jadi ker..


27-09-2006, yani komen :

sue.. pasal gerenti jadi ke dak ni soklan yg susah nak jwb.. kalau tanya chef pun tt2 susah dia nak jawab.. jd ke tak tu bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Saya buat jadi je.. dan gambar kat atas tu lah buktinya.. kesimpulannya jgn salahkan resepi kalau tak menjadi.. sebaliknya cari apa kesilapan kita.. dan tanya pada mrk yg lebih tahu..


09-10-2006, ellie komen :

sukatan kek nie bleh mkn utk braper org yer?kalo x letak lemon 2 xper ker?rase aper lak kalo x letak? kalo letak, rase lemon ker?


09-10-2006, yani komen :

ellie.. saiz kek tu 18cm.. terpulanglah nak makan berapa org.. kalo tak letak lemon cheesecake akan rasa cepat muak.. rasa masam ni membantu mengurangkan rasa muak tu. Memang akan rasa perbezaan kalau tak letak lemon wpun sukatan lemon yg diguna sket saje.


14-10-2006, riena komen :

kita boleh pakai apa2 cookies ke? sbb ada kawan buat dia pakai biskut marie.


14-10-2006, yani komen :

boleh riena.. apa2 cookies yg kita suka.. tapi kena tengok resepi jugalah.. kekadang ada resepi yg suruh buang krim.. hanya ambik cookies saje.. dan ada juga yg masukkan sekali cookies dan krim.. kalau resepi yg guna biskut marie.. dan kita nak ganti dgn biskut yg ada krim.. elok buang krim tu.. takut terlampau manis pulak nanti.


26-11-2006, drhaslina komen :

tak letak fresh cream ok ke? satu kelantan tak jual le! sebesar KB Mall tu tak de fresh cream!! lebihkan yogurt boleh ke??


26-11-2006, lindw komen :

aha mmg susah nak jumpe fresh cream.. so saya pun letak thicked cream.. belasah jer asal kan nama nyer cream :) kalo lbh kan yogurt takut masam kut


26-11-2006, yani komen :

drhaslina.. tryla lebihkan yogurt dan tak payah letak lemon jus.. kot terlebih masam


27-11-2006, wana komen :

kak yani, wana teringin sgt nak try resipi2 chees cake yg kak yani buat tp wana tak de loyang khas utk cheesecake...klu wana pakai loyang biasa dan dialas dgn kertas minyak, kek tu senang tak dikeluarkan selepas di bakar? 18 inci tu diameter loyang tu ke?


17-01-2007, nizam komen :

vanila oil 2 apa yer yani....sama tak dgn essen vanila


24-01-2007, nizam komen :

yani vanila oil tu apa


24-01-2007, yani komen :

bau sama macam esen vanila.. tapi rupa macam minyak .. jernih. kalau takde vanila oil, nak guna esen vanila pun takpe..


27-04-2007, eleven komen :

plain yogurt tu sama cam yogurt biase ke?


31-05-2007, Mamaku komen :

yani, fresh cream tu nak dapat kat mana...kedai jual bhn kek ada tak?


13-08-2007, linda_a komen :

yani, corn starch tu ada jual kat kedai ke?


13-08-2007, yani komen :

linda_a.. kat msia ke?.. kalau kat msia, guna yg tepung jagung tu pun ok..


14-11-2007, shaisari komen :

kalau guna yogurt yang kita mkn ari2 tu blh tak jenama nestle or anlene???


13-12-2007, kak zana komen :

hi yani.......akak baru join, nk tnya, cheese cake ni kalau bwa balik kmpg, cair tak?


13-12-2007, yani komen :

shaisari.. tak kisah jenama apa. asalkan yg takde perisa


13-12-2007, yani komen :

kak zana.. kalau cheesecake yg baked ni tak cair.


24-12-2007, cayunkcayunk komen :

as'kum .. mntk tulun skit.. sayer buat cheesecake non bake tp dh simpan semalaman x mau gak keras cheesenyer, boleh tak sayer bakar jap dlm microwave?


31-03-2008, Rodiahemir komen :

Yani ,kalau saya nak buat fruit cheese kek boleh tak guna resepi ni?.


27-04-2008, since1994 komen :

yani....saya blum buat lagi..nak tanyer skit...fresh cream tu bleh tukar ngn ape ek???


27-04-2008, yani komen :

since1994.. boleh ganti dgn whipping cream


01-05-2008, since1994 komen :

yani....i dah try buat ur cheesecake.. menjadi as ur pic but then memang lembik ek kat tgh2 cake tu?? mula2 my bros gelakkan i...biler makan semua puji sedap...thanx yani..(tak amik gambar...x sempat)


20-05-2008, hana6877 komen :

nk tnya la..kita penah buat cheese cake sebelum nih..tp nape masam? salah yogurt ke? bleh explain?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu