Google+

oleh: cobramycin Mini Butter Cake Kukus

Recimg2152

Simple. No sugar. Manis dari susu pekat manis je.


Created on : 01-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cobramycin




Bahan-bahan ( 2 aluminium foil container )

  • 5 biji telur ayam
  • 1 butter
  • 2 1/2 cup tepung gandum (ni pakai small rice cup measurement)
  • 1 1/2 cup susu pekat
  • 1 teaspoon vanila essence
  • 2 alluminium foil container

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan telur yang di masukkan satu per satu sampai kembang.
  2. Masukkan 1 1/2 cup susu pekat manis. Gaulkan.
  3. Masukkan tepung sedikit2 sambil tu kacau kan. Jangan lupa masukkan vanilla essense.
  4. Pukul adunan sampai jadi pekat. ***kalau tertaruk banyak tepung, tambah susu manis -- kalau tertaruk byk susu manis plak, tambah tepung***
  5. Gris kan kat loyang tu and tuang bahan2 tadi.
  6. Kukus lebih kurang 45 minit. **kalau nak cek bhgian dalam tu masak, cucuk dgn toothpick/garpu. Kalau ada sisa yang melekat maksudnya blm msk tu. **

Tag









Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc01198
31-12-2009
mini butter cake yg tlah dwrnakn hehe.....mg sdp,tq cobramycin huhu
Laporan oleh: chenta

Komen (10)

01-08-2007, cobramycin komen :

Got this recipe dari somewhere, tapi di ubah suai sket. 1st time ni buat kek sendiri. Maklum lah masih student, so bahan dia pun tak sekomplit mcm kat dapur rumah. Kalau sesape yang ada tips or tambahan idea lain silakan komen or laporan ye.


01-08-2007, Mat Gebu komen :

Boleh tanya skit...."1 small rice cup measurement" tu berapa ml?....sekian terima kasih.....


01-08-2007, mrsdayat komen :

cik mat...cawan sukat beras yg kecik tu kot..yg slalu dpt time beli rice cooker...heheh


01-08-2007, cobramycin komen :

haah, yg slalu dpt time beli rice cooker tu. 1 cup = 160ml


01-08-2007, mishah63 komen :

Betui tu, cup beli rice cooker tu , I sekrg pun masih guna cup tu masa nak sukat air beras, tak pandai nak sukat tangan. First time, I jumpa buat kueh sukat guna cup beras uniknya!!!!!!


01-08-2007, ayututa komen :

cobramycin, texture kek ni mcm kuih apam ke...cara wat mcm senang...nk cuba la...


01-08-2007, cobramycin komen :

haah, mcm combination of kuih apam+moist cake la kot. Try lah buat n submit gambar.


02-08-2007, Mat Gebu komen :

haha...maklumlah rumah mat masak nasi, beras kami sukat dgn tin susu....hahaha.


07-08-2007, Zulnani komen :

nak tanya skit......kek ni tak payah guna tepung penaik ke?


31-12-2007, mira2332 komen :

boleh gak letak baking power 1 tsp


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu