oleh: Ringo Genovese Sos dengan Pasta

Img_6282

resipi dari cookpad.com yang telah diubahsuai sendiri.


Created on : 22-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • pasta secukupnya
  • garam secukupnya
  • ---bahan untuk sos---
  • 30gm daun basil
  • 50gm pinenuts
  • 1 ulas bawang putih (buang bahagian tengah dan cincang sedikit)
  • 3 keping anchovy fillet (I guna yang dalam olive oil)
  • 1 biji tomato (belah, buang biji)
  • 100ml extra virgin olive oil
  • 30gm parmesan cheese
  • untuk hiasan - sedikit parmigiano (optional)

Cara-cara

  1. Didihkan air secukupnya untuk merebus pasta.
  2. Goreng pinenuts tanpa minyak sebentar (2,3 minit).
  3. Masukkan garam kedalam air mendidih dan rebus pasta. Rebus setakat "al dente" ataupun sedikit keras dengan tutup api lebih awal lebihkurang 1 minit dari yang disyorkan pada bungkusan.
  4. Sementara menunggu pasta masak, masukkan semua bahan untuk sos kedalam food processor dan pulse sampai hancur.
  5. Toskan air dan terus gaul dengan sos.
  6. Img_6286
    Hidangkan segera dengan parutan parmigiano sebanyak kesukaan anda.
  7. sos ini boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu dengan diletakkan didalam botol ditutup permukaan dengan olive oil untuk menghalang basil bertukar warna.




Laporan Masakan Bergambar (1)

1
23-07-2007
marvelouslah...
Laporan oleh: princessharyati

wahh!! nampak sedap. mushroom tu pun menggoda :D


Komen (15)

22-07-2007, Natto komen :

Kak Hani, kalau pinenuts tu tak letak terjejas tak rasanyer? Jakun betul ngan kacang2 ni lah....takut jd rasa paperonchino lak...


22-07-2007, Ringo komen :

tak der pinenuts tu boleh ganti dengan walnut. goreng sikit dulu. anchovy & cheese boleh tambah lagi klu suka.


22-07-2007, Ringo komen :

oopps. sorry Ika. lepas tulis baru perasan. tak letak nuts pun tak pa. :)


22-07-2007, Natto komen :

Ok, sbb mmg minat ngan spaghetthi..terima kasih kak..


22-07-2007, Mat Gebu komen :

kak hani...kat sini "pinenuts" tu mahal u...100g = sekitar 6 - 7 ringgit u (tatau lah tempat lain), macadamia 100g = rm10...., lagi satu anchovy...tak pernah lah jumpa, ada sesapa tau kat mana ek nak beli, jaya jusco, tesco atau carefour ada tak ek?


22-07-2007, Ringo komen :

kat sini pun mahal jugak. 600gm dalam 300yen@RM9. anchovy ada kot. tak dak pun ok, tapi kena tambah garam dalam sos, nanti tawaq hebiaq pulak. anchovy tu masin. dak pun hang letak ikan tamban masin pun boleh paaa..... lepas tu hang report la rasa dia macam mana. :D


22-07-2007, Mat Gebu komen :

wokey...tak pe pasal anchovy nanti usha pi cari.....pinenuts, 600g = Rm9 tu murah laaa...nnti dah cukup bahan, mat cuba yeaaa.....


22-07-2007, Ringo komen :

silap type Mat oii... sorry. 60gm bukan 600gm. amponnn


22-07-2007, princessharyati komen :

ringo- utk anchovy tu ada yg bentuk dried, ada btk cream n ada dlm btk fillet dlm botol if i guna antara satu rasanye ada beza tak?


22-07-2007, Mat Gebu komen :

hahaha...kak hani...itu lom try petua tercekik tulang yg mat bagi tu, kalau dah try sure tulis 6kg = Rm9...hehehe...cam tu murah lagi kat M'sia pinenuts. Selalu anchovy tu dia jual dalam tin kecil bentuk bujur ek?...dari dulu dah tau tapi tak pernah jumpa.


22-07-2007, Ringo komen :

Princess, I dok guna yang bentuk fillet yang dalam olive oil jer. tak pernah guna yang lain. tak dapat nak bezakan rasanya la. lain kali I try guna lain lain tu. mana tau kot2 yang tu lagi sedap :) >>>Mat, I guna yang dalam botol kaca macam jem tapi kecik jer botol nyer. yang dalam tin bujur pun OK kot. janji sama anchovy ler. sebbaik tak sempat cuba petua u tu. silap haribulan pecah bowl tu atas kepala I jenuh... :-P


22-07-2007, Mat Gebu komen :

Lupa nak tanya satu lagi laaa...tu basil ganti yg dalam botol buleh kaa (jenis kering), kang kalau guna daun selasih yg ada kat rumah takut rasa pelik pulak.


22-07-2007, Ringo komen :

tak tau la Mat. rasanya boleh kot. cuba masukkan dry basil tu masa nak gaul dengan pasta. kira u blend bahan lain dulu, baru masukkan basil. takut bau dia cepat hilang. cuba la. bagi report. boleh juga orang lain buat ikut resepi Mat. time virus M datang, I panaskan olive oil dengan bawang putih, cili kering, naik jer bau, masukkan pasta, pastu tabur dry basil pun dah sedap tau.


23-07-2007, sukamakanje komen :

lagi satu soalan jakun...parmigiano tuh aper ye? ke one of cheese variation?


01-08-2007, Ringo komen :

sukamakanje, parmigiano tu sejenis parmesan cheese dalam bentuk ketul.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu