oleh: rrozie17 Roti telur

Pict0177

dari mak mertua


Created on : 17-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 biji agaknya )

  • bahan2 untuk dough boleh amik from roti canai guna setengah adunan sahaja
  • 3 biji telur - di goreng hancur separuh masak(mcm scrumble egg) bersama sedikit garam
  • 2 biji kentang saiz sederhana - rebus dan lenyekkan sedikit
  • 1 tangkai cili merah - dihiris nipis
  • sebiji bawang besar di hiris nipis
  • minyak secukupnya

Cara-cara

  1. Pict0175
    canaikan dough hingga lembut dan liut. Kalau nak senang canai guna breadmaker ( button dough)...siap canai off kan breadmaker, bahagikan dough kepada 5-6 bahagian...bulat2kan dan rendam di dalam minyak sekurang2nya 1 jam dan seelok2nya semalaman... kalau nak hasil dough yang lebih baik dan elastik, boleh gunakan tepung roti.
  2. campurkan telur, kentang bawang dan cili merah di dalam satu mangkuk
  3. Pict0173
    tebarkan dough roti yg telah ready untuk digunakan...kalau anda pro boleh ler tebar stail mamak...tapi kalau anda tak biasa boleh ler guna cara saya dengan menarik2 tepung di atas sebuah pinggan lebar/tray...pastikan adunan tepung tidak koyak
  4. letakkan campuran telur, kentang, bawang dan cili tadi di tengah2 adunan yang telah di tebar...percikkan sedikit minyak atau mentega di atas nya dan lipat tepung menutupi semua permukaan campuran telur tadi seperti melipat kain
  5. panaskan kuali dengan sesudu minyak...goreng roti telur tadi hingga kekuningan...ulang proses yang sama hingga selesai kesemua 6 bahagian
  6. enak dimakan bersama kuah kari...( banjir) kali ini sy mkn bersama kari ikan salmon...cubalah!!!

Tag





Laporan Masakan Bergambar (2)

Roti_telur
19-07-2007
buat utk dinner mlm semalam..tak pandai tebar roti..lembut tapi tebal..kena cuba lagi lain kali...
Laporan oleh: s_shamen

mungkin tak pe biasa ler first try, cuba kecilkan saiz dough so masa tebar/kembangkan di atas pinggan akan dapat hasil yg lebih nipis

Img_1902
22-07-2007
dah dua hari berturut dok makan roti telur utk lunch dah kemaruk heheeh
Laporan oleh: Noreen

adeh...nampak menyelerakan, nk cikit!!


Komen (5)

17-07-2007, s_shamen komen :

uishhh leh buat sendiri lepas ni..tapi kan rozie, kalau tak tebar mcm mamak tu..roti tu jadi lembut tak?


17-07-2007, kakfiza komen :

sedap ni rozie..leh buat buka puasa hari ni..kalau letak inti dging dh jadi murtabak...


17-07-2007, sayang79 komen :

kak rrozie kalau kat sg mereka panggil roti boyan sebab ada telur n kentang sekali....sedap kalau makan dengan sambal tumis....


17-07-2007, rrozie17 komen :

shamen...insyallah lembut lebih2 lagi kalu uli guna breadmaker...pastikan adunan tu lembut tapi tidak melekat di tangan... kalu nak simpan tepung semlman dlm minyak lebih sesuai guna tepung gamdum, tapi kalu nak mkn 2-3 jam lagi lebih sesuai guna tepung roti... kakfiza...sya pun pernah gak campur mince meat, tapi telur x perlu goreng dulu... sayang.....lepas kawin baru kenal ngan roti ni...


17-07-2007, sherry_mz komen :

Kak pah dah rasa roti yg Rozie buat ni...memang sedap...yummy... roti dia lembut je....dia siap bg kari lagi utk cicah....hehehehe....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu