oleh: Ringo Chicken Namban

Img_6120-1

masakan jepun. rasa masam manis.


Created on : 14-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 keping paha ayam (boneless)
  • garam , ladasulah secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sb tepung ubi/ cornstarch + 1 sb air
  • -----sos vinegar-----
  • 100ml apple vinegar
  • 150ml air
  • 50ml soba sos
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam
  • -----bahan perap-----
  • 1/2 batang naga-negi (hiris serong memanjang)
  • 1 biji cili api (potong kecil)
  • 1 sk halia cincang halus
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • -----bahan hiasan-----
  • daun salad
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • tomato

Cara-cara

  1. campur bahan sos vinegar dalam kuali, panaskan. bila dah mula gelegak, tutup api.
  2. Img_6117
    campur bahan perap dalam bekas seperti tupperware etc. dan tuang 1. ketepikan.
  3. potong ayam macam stick selebar 2 jari. cuci bersih dan keringkan air.
  4. perisakan dengan garam dan ladasulah. salut dengan tepung gandum.
  5. pukul sedikit telur, salut ayam tadi dan goreng hingga kekuningan.
  6. tos minyak terus masukkan kedalam 2. golek2kan supaya sos tadi rata. biarkan selama 5-10 minit. letak bahan hias dalam pinggan, letak ayam tadi.
  7. masukkan kembali lebihan sos vinegar kedalam periuk, panaskan. bila agak panas, kecilkan api, curah masuk bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit, kacau perlahan. lihat kepekatan. tuang sos ini diatas ayam tadi. makan dgn nasi panas2.




Laporan Masakan Bergambar (3)

Step_by_step_370
26-08-2007
Sedap!!!....cuma tak dak karot and daun salad...anyway it taste better then what i imagine...thanks kak hani!!!!
Laporan oleh: Mat Gebu

sedapnya.... musim panas2 ni takdak selara, makan masam2 ni sedap ni. tq kerana mencuba :)

Chickennamban
06-09-2007
buat utk lunch tadi.. balence dia mkn malam ni.. uih lagi sedap rasanya dr tadi.. tp bhn hiasan tu main buh apa yg ada dlm peti ais.. :)
Laporan oleh: yani

betul tu Yani, simpan lama lagi sedap. rasanya jadi mild. rasa masamnya pun dah tak "tajam"

Img_2175
11-09-2007
Mmg rasanyer masam manis...sedp time kasih...
Laporan oleh: Natto

Sama-sama. Your husband suka tak? ;-)


Komen (15)

14-07-2007, junn komen :

eeeeeee..nampak sedap..tergoda tgk hehe.


14-07-2007, Mat Gebu komen :

Uikkk!!...rajinnya kak hani....nak tanya skit, naga-negi tu mcm mana rupanya (sejenis sayuran ke?)....Kiranya resipi u nie, mcm masak sweet sour jepun lah ye....tak pe nanti bila dah cukup bahan, mat cuba ok!!


15-07-2007, ann komen :

soba sos tu apa eh?boleh tkr sos lain tak? nmpk lazat


16-07-2007, natchan komen :

dah try..sedap..nak jwb utk mat gebu..naga-negi tu[IMG]http://i64.photobucket.com/albums/h189/aora_el/.jpg[/IMG]


16-07-2007, sheila komen :

skali imbas mcm ayam goreng halia...sedap je nampak...nasib baik naga negi.....kalau di buatnye naga tasik chini...tak ke haru...jgn marah no.....ehehehe


16-07-2007, Mat Gebu komen :

naga-negi tu daun bawang ek?


16-07-2007, natchan komen :

aah sejenis daun bawang..tp besar dan panjang..bukan cam daun bwg biasa la..rasa pon xpedas sgt.


16-07-2007, harligt komen :

akum.ni kak hani kat jepun kan? saya baru beli naga-negi kat jusco.nak cerita tak reti.tapi tau.


16-07-2007, Mat Gebu komen :

naga negi tu "leek" ke?


16-07-2007, Ringo komen :

sorry ann. lambat reply. soba sos tu sejenis sos berkicap untuk dimakan bersama soba mee jepun. kat jusco ker ada jual, tapi kena cari yang tak pakai "mirin" ataupun yang ada alkohol. klu tak ada ganti kicap jepun cairkan dengan stock (chicken or fish)


16-07-2007, Ringo komen :

TQ natchan. kat komen tak leh letak gambar. klu boleh tolong letakkan kat grossary.


16-07-2007, Ringo komen :

harligt, kat jusco penang ada jual erk? mahal tak?


17-07-2007, Ringo komen :

Mat, naga-negi tu macam leek rupa dia, kurus sikit dan panjang lagi. nanti I letak gambar kat grossary. naga comes from "nagai", means "panjang". negi means "bawang". boleh ganti dengan daun bawang biasa.


17-07-2007, harligt komen :

kat tag tu dia taruk nagai saja.negi nya tak de.buat sup sedap.mahai la jugak.dah la tak banyak.


17-07-2007, Mat Gebu komen :

tak pa.....minggu depan nie aku pi "mengamuk" kat jaya jusco......oooo kalau ada bbuh mirin tu, alcohol lah ye....ma kasih kak hani...kang aku tatau main beli je tgk2 lepas makan cenoneng pala otak....blurrr semacam......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu