oleh: rrozie17 Begedil Ikan

Pict0172

resipi ibu mertuaku


Created on : 13-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 30biji saiz comel )

  • 3 biji kentang saiz sederhana -rebus dan lenyek
  • 5-6 ekor ikan kembung saiz kecil -nak letak ikan lebih lagi bagus...- rebus, ambil isinya dan lenyek
  • 3 ulas bawang kecil -dihiris nipis
  • 1 tangkai cili merah- cincang
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 1/4 sudu lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk pati ikan bilis (optional)
  • sebiji telur
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur
  2. ambil sedikt adunan, kepal2kan membentuk bulat kemudian leperkan sedikit, ulang hingga selesai.
  3. panaskan minyak, pukul telur hingga sebati
  4. celup begedil ke dalam telur dan goreng(deep fry) hingga kekuningan.
  5. sedia untuk dinikmati bersama nasi dan lauk pauk yang lain....
  6. kalau tak ada ikan kembung ,guna ikan tenggiri pun boleh, bagi perantau2 yang susah nak jumpa ikan kembung guna sahaja ikan sardin dlm tin....kesedapannya tetap terserlah!!!!

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

13-07-2007, zaliana komen :

ratah ajer pun sedap ni rozie..ikan kene rebus dulu yek..x rebus pun takpe kan?


13-07-2007, Mat Gebu komen :

alahhh...nie tak tak bleh tahan...dalam pala otak nak buat resipi lain...tgk2 ada lagi yg lain muncul......terus jadi tamak nak masak...


13-07-2007, Lilydvalley komen :

ala mat...masak ajela... kenyang org kat umah tu... x abis...sedekah kat sesapa yg lalu lalang kat situ...tak pun penunggu mlm kat mana...pokok yg dekat2 umah u tu...hahaha


13-07-2007, Mat Gebu komen :

hahaha......kang penunggu tu ikut balik...lagi susah, nak kena bagi makan benda lain pulak, silap2 minta cheese cake...


13-07-2007, rrozie17 komen :

za...tak pernah buat pulak kalau ikan x rebus, selama ni x pernah mkn begedil ni...lepas kawin baru kenal bgedil ikan... lagi pun kalau dah siap rebus senang skit, masa menggoreng tu kejap jer!


13-07-2007, zaliana komen :

senang dah rebus kan ..tak susah nak korek isi ikan ..


17-07-2007, along ain komen :

ain dah buat begedil ni...sedappp marbelusss....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu