oleh: bunga001 Kuih Seri Ayu

No picture

Kuih traditional - sumber forum cari


Created on : 24-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 )

  • 3 biji telur
  • 240 gm gula
  • 240 ml santan atau fresh milk
  • 1 s/b jus pandan pekat atau pewarna hijau
  • 270 gm tepung gandum
  • 1 s/k ovallate
  • 1 s/b tepung kanji/ubi
  • kelapa parut [muda] gaulkan garam

Cara-cara

  1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate, jus daun pandan/pewarna hijau dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
  4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat
  5. Untitled0
    Tuangkan adunan tepung tadi ke dlm acuan spt gambar di sebelah
  6. Kukus hingga masak selama 15 minit
  7. siap dan boleh dimakan !!




Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc05546
04-07-2007
takde bekas bunga tu so guna bekas biasa yg lubang kat tengah tu. ikut cadangan makseri ganti tepung ubi dengan baking powder. sedap...
Laporan oleh: hanis

wah hebat korang ek

15656818
02-11-2007
Jadi cantik je and sedap cuma mummy tambah baking powder sikit and tepung ubi pun sikit
Laporan oleh: mummyhamim2

ermm... apa2 aje la... asal jadik


Komen (33)

25-08-2006, nurul komen :

acuan macam mana yg digunakan? tq


25-08-2006, bunga001 komen :

acuan dia mcm acuan kuih apam cuma dia ade tiang kat tgh2 acuan. tak tau nak cerita camane


25-08-2006, admin komen :

bunga001, terima kasih banyak-banyak kerana sudi kongsi resepi Kuih Seri Ayu kat myresipi.com ni. Kalau ada masa nanti leh try ambil gambar acuan tu, dan letak kat sebelah step 5 di bahagian cara-cara tu, dan leh tukar step 5 punya tulisan kepada, "tuangkan adunan tepung ke dalam acuan seperti gambar di sebelah"... thanks again..


25-08-2006, bunga001 komen :

ok admin. nnt kalo saya snap photo acuan tu, sy akan uploadkan.


25-08-2006, admin komen :

tq bunga, dah ada gambar nanti senang skit org nak agak camner rupanya kan


26-08-2006, ct komen :

nak jadikan adunan tu cair tahap mana?cair sangat atau sedang2 coz tak de sebut pun kat atas.


28-08-2006, bunga komen :

cair ??? just follow the instructions. Sbb santan/fresh milk yg dicampur mmg dah cukup sesuai. x cair sgt x pekat sgt.


31-08-2006, mas ayu komen :

mmmph....mavellous.kuih seri ayu adalah makanan kegemaran saya. Apatidaknya nama pun macam nama saya ayu.Memang sedap


19-10-2006, ummuaiman1 komen :

bunga kalau ada resepi buat kuih pau tolong bagi yea... kalau boleh kuih pau inti kacang hitam/merah...


22-10-2006, azlin_sofia komen :

ni mknn fave adik sy.. fuh.. nasib baik dh jmpe resepi nih.. susah nk cr resepi kuih muih nih... thanx, bunga!! =)


04-11-2006, mnah@min komen :

kuih ni tak ya pakai tepung kanji/ubi boleh ke.


06-11-2006, biyyah komen :

ovallate tu aper?


08-11-2006, liza komen :

TANYA KAT KEDAI YANG JUAL BAHAN BAHAN BUAT KUIH.. WARNA OREN.. UNTUK LEMBUTKAN KUIH..


11-11-2006, mnah@min komen :

PERTAMA X BUAT JD.X 2 BARU JD.THANK"S BUNGA


17-11-2006, ummuaiman1 komen :

saya dah cuba buat dah waktu berbuka dulu.. memang sedap dan lembut.. dah siap tangkap gambar tapi terdelete lah pulak..


28-11-2006, dayangkusyarina komen :

ovallate tu aper


29-11-2006, amizairahman komen :

Saya dah cuba buat kuah sri ayu ni, rasanya sedap tapi bila sejuk kuih tu jadi keras, kenapa eh .......... kalau lembut lagi sedap.


07-01-2007, PGA_DiMarco komen :

1st cuba dh jd. superb betol. 10q bunga001....:>


23-01-2007, enam putera komen :

Saya dah try beberapa kali, tp lepas disejukkan tu masa nak kuarkan kueh tu nape kelapa dia tertinggal dlm acuan ek? Dia cam tak pernah sepakat tau....


29-01-2007, noorbid komen :

Nape kueh tu keras dan tidak gebu? Sukatan betul,kena guna tepung berserbuk penaik kot?


29-04-2007, maksuri komen :

nak komen sikit...tak yah sapu minyak dalam acuan.....tepung kanji/ubi tak yah letak...buat keras jerrr.letak 1 sudu kecil baking powder double action.....atau voltex...kelapa parut campur sikit ngan garam dan tepung gandum...supaya kelapa melekat pada kuih...dan kelapa tak berderai....


21-06-2007, arif komen :

nanti saya buat lah macam nie...


05-07-2007, maisya komen :

mungkin ada silap paham sikit pada resepi tu...setahu maisya tepung ubi tu bukan dimasukkan ke dalam adunan kuih tapi utk digaul bersama kelapa dan garam...itu yg biasa maisya buat.


07-08-2007, Ezafni komen :

yelah kan..sy pun rasa mcm tu jg..ada missunderstanding jer laa kot


30-08-2007, warisan komen :

kawan-kawan, kat sini tak ada ovallate. Boleh ganti bahan lain tak? Teringin nak cuba resepi ni.


02-11-2007, mummyhamim2 komen :

dah try resepi nih, mmg jadi but i tambah sikit baking powder and bubuh juga tepung ubi sikit..nanti bubuh gamba


03-11-2007, kakyat komen :

sedapnyer................ begitu ayu


27-11-2007, mike91@yahoo.com komen :

mmm............. yummyyy i like it thankz 4 resipi nak trylah!!


12-12-2007, alyasuraya komen :

alya memang suka kuih-kuih mcm nih... mcm seng jer nk buat. nanti leh try dan leh tempek gambo


15-01-2008, Mummy7857 komen :

Bunga, takde ke sukatan guna cawan. Guna gm ni, payah la sikit.


22-02-2008, tnydolphine komen :

da pernah buat da ..klu nk lagi lembut... tarok 1 peket Eno yg warne biru.... anda akn lihat hasil nyer


22-05-2008, sue2109 komen :

Maceeh tuk resepi awk nie,mmg sedap dan gebu .Saya tambah 1 s/k baking powder mmg gebu .Anak2 suka mkn derang kt sedap.


11-06-2008, s_taifor@yahoo.com komen :

nak try buat nih, dah lama teringin nak buat tapi x reti, anak2 suka makan tp kalu beli keraslah apum tu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu