oleh: zaliana Red Dragon Chocolate Cake

Dsc01307

Kek sempena Hari Bapa. Resipi kek dengan ihsan Mat Gebu.


Created on : 22-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 22 cm )

  • 1 biji kek.
  • KRIM:
  • 250 ml whipping cream
  • 1 sudu besar gelatin
  • 2 sudu besar air panas.
  • TOPPING : (Jeli Buah Naga)
  • 1 biji buah naga (pitaya) warna merah
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gelatin + 2 sudu besar air panas

Cara-cara

  1. SEDIAKAN KEK. Saya menggunakan resipi Moist Chocolate Chiffon oleh Mat Gebu. Terima kasih kerana sudi bagi pinjam resipi ini.
  2. JELI BUAH NAGA: Kupas buah naga. Potong kecil. Masukkan buah naga, air,tepung jagung dan madu ke dalam blender dan blend hingga hancur.Pindahkan ke dalam periuk.Masukkan larutan gelatin dan masak hingga mendidih.Inilah jeli buah naga.
  3. UNTUk KRIM:
  4. Dsc01290
    Putar whipping cream pada kelajuan perlahan selama 10 minit. Larutkan gelatin kedalam air panas. Masukkan gelatin dalam whipping cream.Tambahkan kelajuan mixer, putar 5-10 minit hingga kental.
  5. Dsc01292
    Sapu krim pada seluruh permukaan kek. Kemudian ratakan menggunakan scrapper.Mulakan merata pada bahagian atas kek.Serongkan sedikit scrapper. Jika menggunakan turn table pegang scrapper sambil memusingkan turn table.Jika tiada turn table tinggikan sedikit kek dari permukaan meja dan alihkan sedikit demi sedikit. Bawa lebihan krim ke bahagian tepi kek.Kemudian tegakkan scrapper dan ratakan pula bahagian tepinya.
  6. Dsc01294
    Dinginkan kek ke dalam peti ais sebentar. Kemudian keluarkan dan letakkan jeli naga ke atanya. Hias ikut kreativiti.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

22-06-2007, Lilydvalley komen :

za....kejap ya...u kata, blend buah naga. campuran gelatin u masuk kat whipped cream. then, last...tuangkan jelli buah naga...hmmm...bila masa buah naga tu jadi jeli? u just blend...ampun ya...


22-06-2007, zaliana komen :

Sorry lily..ada yang tertinggal. Saya dah edit kat atas tu.Buah tu jadi jeli sebab diletak gelatin & dimasak > Terima kasih sbb tlg jadi cikgu karangan ;)


22-06-2007, alma komen :

isk3 Za, cik mat suka beno ler tu kaler merah2 ni...ala2 cik gella kita tu kann hik3...


22-06-2007, rrozie17 komen :

ada cara ttentu tak Za sapu whipping cream tu? cantikkkkkkkkkk jer licin!!! share le ngan sy


25-06-2007, zla komen :

yelah za,bole tak ajar sy juga sbb saya pun klu nak ratakan cream kat kek mmg fail...! tak tau nak ratakan mcmne.plsss.........


25-06-2007, zaliana komen :

k.alma..merahnya lain sikit ngan cik mat punya nigella tu..no comment..he he


25-06-2007, zaliana komen :

Rozie & zla.. kalau nak bagi whipped cream tu rata boleh gunakan cake stand (turn table) .Masa ratakan krim tu boleh pusing2kan kek. Lagi satu gunakan scrapper yang besar, senang rata. Kalu nampak mcm tak rata juga, boleh gunakan scrapper bergigi segitiga .Lagi cantik bergaris-garis gitu.Selain dari tu cover kek dengan badam,chocolate rice dll.


25-06-2007, yummiez komen :

one more question kak za... mcm mane ye nk tau bile kene stop whip kan whipping cream tu? b4 ni penah wat, dia mcm tak jadi stiff, bile letak kat kek tak jd mcm akak wat tu... ke sy dh overbeat ek? =)


25-06-2007, zaliana komen :

Pada asasnya whipping cream elok dipukul selama 20 minit.Agaknyalah yummiez over beat kot. K.za buat mesti set masa.Sebelum dipukul w.cream ni keras kan..cairkannya dulu baru pukul dan jgn set mixer laju terus.


26-06-2007, Azrene komen :

Baru join sini.bestlah u all tak kedekut kongsi ilmu. mana mau cari cake stand tu? hypermarket kah.bentuknya mcm mana? berapa harganya?ada gambar cara melepa aising tu tak? manyak tanya coz baru nak mencuber....


27-06-2007, zaliana komen :

Azrene - turn table boleh beli di kedai barangan bakery.Takde turn table pun boleh buat juga.Bentuknya mcm pahar hantaran tu, guna untuk letak kek semasa hias aising. Harga dalam lingkungan RM45. Saya tak snap gambar melepa tu sbb susah lah nak pegang kamera ngan tangan comot2.. he he .Tapi saya dah edit sikit bahagian cara2nya. Harap dapat membantu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu