oleh: NisaMPB Almond Choc. Chip Butter Cake

P1010119_copy

dah lebih dari 10 kali buat. sampai dah terer tak yah belek resepi dia lagi...


Created on : 15-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( utk 4/5 org )

  • 113 gm butter
  • 113 gm gula kaster
  • 2 biji telur ayam
  • 113 gm tepung naik sendiri, ayak dahulu
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 100 gm semi-sweet choc. chips
  • 80 gm cranberries kering
  • 50 gm hirisan kacang badam
  • 1 tbsp perahan air limau sunkist (jika suka)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 175ÂșC.
  2. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul butter & gula hingga putih & gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu & pukul dengan esen vanilla sekali gus.
  4. Perlahankan pukulan mixer pada kadar yang paling rendah dan masukkan tepung sikit demi sedikit hingga tepung tidak berbentil.
  5. Dengan menggunakan spatula, taburkan kacang badam, choc. chips & cranberries tadi didalam adunan ini & gaul. Tips: untuk menjadikan kacang, chips & cranberries ini supaya tidak tenggelam di bawah adunan kek nanti bila masak, gaul kedua2 bahan ini dengan sedikit tepung sebelum memasukkannya ke dalam adunan tadi.
  6. P1010115_copy
    Bakar selama 45min atau hingga lidi dicucuk dalam kek, tiada kesan lekatan pada lidi tersebut.
  7. P1010134_copy
    Tunggu hingga sejuk sebelum memotongnya.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (14)

15-06-2007, Mat Gebu komen :

ewahhhh.....k nis...cun kek...mcm tahi lalat kak saripah aini laaa.....tak pe kasi perabih tulis resipi dulu nooo, nanti senang i try...


15-06-2007, harligt komen :

tak pun tahi lalat zaidah tukang masak tu..kak nis pakai gugelhupf mould ke?


15-06-2007, NisaMPB komen :

yer harlight, k.nis pakai gegegege, aiseyman tergagap2 nak nyebutnya. tak pun kasik senang nak sebut, 7" bundt tube jer ehehe...


15-06-2007, Delila komen :

kak nissssssssssssssssssss...dia dah tepon mintak acuan tu kat dellllllllllllllll..dia kata nak buat kek kak nissssssssssssssss....waaaaaaaaaaaa


15-06-2007, NisaMPB komen :

uii..kompius lagi aku ni weiii...korang ni kata sepasang merpati sejoli, tapi awat duk berasingan? kompius lerr mak! untung del, suami nak wat kek, pi lah kasik green lite sana, suami k.nis plak pndai NGAP jer, tapi cayang gak kat dia sbb baru bli kan k.nis food processor sempena enibeseri kawin baru ni. lap u deer eh salah, DEAR!


16-06-2007, Delila komen :

dia dok penang..ader biz kat sana...anak pun kat sana..del keja kat sini...kat KL...weekend wife le...


16-06-2007, ishikawa_ayumi komen :

naaaakkkk!!!!


16-06-2007, zieta komen :

a'kum...., salam perkenalan utk semua. sebelum ni dok gi kelas masak aje setiap kali hujung minggu. tak tau pulak boleh kongsi resepi ni.. nampaknya lepas ni tak payah pegi kelas memasak dah. boleh save budget.


17-06-2007, Delila komen :

save banyak...masuk le forum lak zieta..


18-06-2007, yanc78 komen :

Akum..salam perkenalan jugak, sy dah try beberapa resepi yang ader kat sini tp baru bagi satu jek.Seronok try resepi yang ader kat sini...


19-06-2007, sayang79 komen :

kak nis kasi kita acuan tu...nak jugak buat kek tu....


19-06-2007, sayang79 komen :

lain buat panggil sayng k nak kalau buat kek tu


19-06-2007, jee komen :

cranberries tu ape bende. kat ner leh dapat


20-06-2007, NisaMPB komen :

jee: cranberries tu adalah sejenis buah2an bentuk seperti cerry, punyai warna merah gelap. k.nis gunakan yg kering (dried) dlm peket. tapi kalu nak guna yg frozen atau fresh pun boleh, tak jadi hal.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu