oleh: yani Donut

Donut

cara buat donut bergambar


Created on : 15-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder

Cara-cara

  1. 1
    Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. 2
    Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. 3
    Masukkan pula butter
  4. 4
    Kacau sehingga sekata
  5. 5
    Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  6. 6
    Uli sehingga tak melekat ditangan
  7. 7
    Buatkan bentuk bulat
  8. 8
    Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  9. 9
    Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  10. 10
    Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  11. 11
    Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  12. 12
    Uli biar jadi bentuk panjang
  13. 13
    Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  14. 14
    Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

Tag

donut




Laporan Masakan Bergambar (32)

Donut
04-09-2006
mini donut..
Laporan oleh: melati

menariklaa..

Donut
06-09-2006
macam-macam bentuk (^^)
Laporan oleh: Nadia

kreatif.. ;)

Image031
28-09-2006
fisrt time buat donut dlm hidup. Nasib baik jadi.TQ Yani.
Laporan oleh: sitiazma

welcome.. seronoknya

Dscf0003
07-10-2006
Memang sedap and simple, my daughterlah yang buat, semenjak puasa selang sehari dia buat tapi bentuk version lainlah.
Laporan oleh: ktjish_204

wow.. rajinnya anak dara kak ktjsh ni..

Donut
04-12-2006
My first ever donut. Tq yani. Buat 2 bentuk, Choc twisted & sossage rolls.
Laporan oleh: Lilydvalley

best juga tu donut boh sosej..

Img_2229
04-12-2006
dah buat :)
Laporan oleh: Ringo

eheh..sodap nampak ;)

Donut0
02-02-2007
Yani, i buat donut ni lagi semalam. 1/2 adunan goreng semalam, 1/2 lagi pagi tadi. Dah sejuk pun ok lagi. I coat ngan choklat, kalo x, anak i tak nak mkn. Susah jugak nak suruh budak mkn!.
Laporan oleh: Lilydvalley

dah ada rupa dunkin donuts tu eheh.. psstt.. dunkin donuts ke apa yg kat msia tu..lupalah..

Donut
02-02-2007
i gune air dan susu tepung.. lembut dan gebu gitu...yummy2
Laporan oleh: minami133

wah.. macam berpakat pulak buat dgn lily buat donut coklat.. :)

Imgp0244
07-02-2007
I buat baked donut, nampak cantik tapi tak cukup lembut.
Laporan oleh: skyblue

jadi macam rotilah pulak.. :)

Img_3849
28-04-2007
tukar menu last minit. buat pagi tadi. feveret hubby nih :)
Laporan oleh: Ringo

:)

Img_0506
15-05-2007
Mini donut
Laporan oleh: Noreen

buat mini..senang nak ngap!

100_3592
26-05-2007
Tripple choc mini doughnuts...
Laporan oleh: Lilydvalley

rajin lily letak choco :)

P1020837
27-05-2007
wah yani punya donat manyak laku wooo...ramai yg cuba try test termasuk k.nis sndiri ni. k.nis buat yg mini, salut icing sugar. respon bagus.
Laporan oleh: NisaMPB

nampak cantik donut tu make up dgn icing sugar ;)

Donut_twist
27-05-2007
twis3....seronok pulak menuwis donut ni...
Laporan oleh: syahmi

cantik rupa twis yg syahmi buat..

Img_1949
30-06-2007
Alahaiiii......mmg lah sedap kak yani donut nii.... LEMBUT, GEBU dan ayu gitu rasanyerr.... tak tabur gula sbb ank2 sya tak suka dtabur tp dcicah ngan gula :D, terima kasih kak...
Laporan oleh: Natto

teringat zaman kecik2..mkn roti canai cicah dgn gula :D

Img0009a
16-07-2007
Nyum2...Sodap.. Rangup di luar, lembut di dlm..X sempat nk pintal2 dh.
Laporan oleh: hanahoney_571

ehehe .. buat bulat lagi cepatkan..

Donut
26-08-2007
dah byk kali buat, baru nih bleh upload gambo.. mmg sedap n gebu!
Laporan oleh: ieyra

terima kasih ieyra..

P1071791
07-01-2008
buat ptg td...xsangke mmg sedap n lembut..tq yani
Laporan oleh: eye me

donut tu nampak kaya dgn cekelat :D

S4022403
16-01-2008
i buat mini donut with 2 version, round `n' spiral.dr doh ni i dpt 17 bj donut.sedap dan gebu.terima kasih yani.
Laporan oleh: rabiatun

mesti saiz kecik2 ni.. kecik2 lagi senang nak makan kan.. budak2 pun suka..

Img_1991
26-01-2008
buat 2 adunan,mula2 twist,pstu nk cpt siap,buat bulat plk.gebuss&sodapss...
Laporan oleh: hunny

variasi btk2 donut.. barulah menarik nak makan.. ;)

Picture_1395__small_
28-01-2008
saje nk try resepi tp wat bentuk lain..my kids suke, tq yani..
Laporan oleh: junjs11

patut ler anak2 kak jun suka.. sebab mak dia rajin wat topping chocolate.. adeih bila nak rajin macam kak jun ni..

Image127
27-02-2008
first time buat donut. modify sedikit jadi "beignet". terap bulat2, selepas goreng, sumbat dengan inti jem atau coklat. hiaskan atas nye dengan coklat atau gula icing. yumm!
Laporan oleh: azareena
Dsc00879
14-03-2008
menu bekfes td.x retilh nk simpul2 hahaha jd mcm siput sanggul jer last2 wat bulat.bg meriah sket boh topping ats dia pancing anak2 nk mkn. tqvm
Laporan oleh: Aziemas
Image521-001
15-03-2008
dah try wat smalm, 10's alot 2 yani bg recipe yg ckup mabeles, 1st time wat donut sndri lembut dan gebu giler dpt pujian dr my kids n hubby lg, 10's again yani. wat 2 versi 1 biasa 1 lg yg ni colourfull skt untk ank2.
Laporan oleh: aa_iezah

coloufull tu mesti bebudak suka..

Donut
16-03-2008
nape ku beli2 jadi rupa lain....kakakaka... tp sedap :D
Laporan oleh: tulip77

tu diaa.. donut dlm btk bunga.. ehehe

Dsc02845
18-04-2008
mcm jalin rambut .. hehe
Laporan oleh: yatiezaini

ehehe cantik tu

Photo-0052
30-06-2008
hb kata tk yah g mister donut lagi! hehe.....tQ k.yani!
Laporan oleh: hana6877

uhuhu mister donut ke?.. dulu pulun dok pi makan.. rupanya x banyak yg boleh dimkn..

Donut1
18-07-2008
Buat petang semalam.... best my kids suka........
Laporan oleh: che'iza
Donut_lada
18-07-2008
Ni buat pagi semalam utk breakfast diri sendiri...... best.... sgt2
Laporan oleh: che'iza
Img_2445
12-08-2008
wat nih request anak2! cuti sek anak2 pakse mama dia g dapur sokmo! sabo je la.. yg pintal2 dh abih dulu..nih tinggal yg comey2..tQ lg kak!
Laporan oleh: hana6877
Dsc02482
29-08-2008
sedap lembut... tp Kak ton buat cam biasa je... kecik2. Kalau pintal tu karang budak2 makan tak habis. Letak Topping coklat ngan roasted chopped almond. Licin...
Laporan oleh: Kak Ton
Donut
01-09-2008
patut la ramai yg puji memang best pun donut ni..ni kali 2 saya buat..masa saya first time buat saya tak ikut step..akibatnya tak menjadik..tak puas hati try lagi sekali...dapat la donut2 gebu2 dan lembut ni...tq yani..skang ni dah pro buat donut..hhehhhe
Laporan oleh: quinnie

Komen (92)

16-08-2006, lynn komen :

wah menarik lih cuba resepi yani pulak.


17-08-2006, lynn komen :

dah cuba dah... sedap!!


19-08-2006, mazs komen :

ok...belum cuba lagi...tapi nampak mcm sedap aje.


21-08-2006, hani-tihani komen :

dah cuba. sedap la


23-08-2006, ayang komen :

lum cuba lg. Nampak sedap..akan cuba buat


23-08-2006, YATIE komen :

EM...... NI LA RESEPI YANG DICARI-CARI DAH DAPATPUN TQ


13-09-2006, aida komen :

selepas dipintal tu.. iaitu step terakhir...kena perap lagi ker kak yani, kasi dia naik? thanks.. aida teringin nak buat, tapi nak dapat kepastian dulu..


13-09-2006, yani komen :

aida..thanks bertanya.. baru perasan resepi tu kurang lengkap.. memang kena biar dia naik 1.5 kali ganda lagi sebelum di goreng.


27-09-2006, cepoi komen :

dry yeast n mauripan serupa ka?


27-09-2006, yani komen :

cepoi.. sama la.. mauripan tu sebenarnya nama brand..


28-09-2006, riena komen :

belum pernah lagi buat donut. mmg boleh jadi ke? nampak mmg menarik...


28-09-2006, riena komen :

hai lupa lak tanya, boleh ke kalau pakai tepung gandum biasa?


28-09-2006, yani komen :

riena.. memang boleh jadi.. gambar kat atas tu lah buktinya dan juga laporan masakan yg org lain dah try.. cuma kalau tak jadi juga tu.. mungkin kesilapan sendiri.. dry yeast yg dah expired ke atau apa2lah. Resepinya dah ok. Kalau guna tepung gandum.. hasilnya tak segebu berbanding dgn tepung roti..


28-09-2006, ash naniey komen :

ske kuih donut.. tp x reti buat.. nmpak mcm sng jer.. leh tgk gambo klo x paham.. nk try wat ler..


29-09-2006, airin komen :

Yani... nak tnya tepung roti kat mane bole beli ye..


29-09-2006, yani komen :

minta bantuan F&N atau sape2 yg tahu utk jwb pertayaan airin ni.. saya bukan kat Msia


02-10-2006, nuwairah komen :

Yani... thanks for the resepi. Saya dah cuba sedapp. Tepung roti tu bole dapat kat giant atau bakery shop.


02-10-2006, yani komen :

welkam nuwairah.. mana gambarnye.. tq berkongsi info ttg tepung roti


06-10-2006, norul5383 komen :

erm nurul selalu jer buat donut tp dia jd macam berat la....insayaallah saya cuba resepi nie pulak....mungkin ker saya guna tepung gandum?


07-10-2006, yani komen :

heheh.. rajinlah anak kak ktjish_204 memasak ;)


08-10-2006, nushidah komen :

ok tapi nape macam melekat jugak sikit...tapi more better than my last try.... tak jadi pun....thanx for the good recepi.


09-10-2006, desperate cook komen :

baru try tadi..sedap betul.tapi i tak reti nak pintal2kan donut tu so buat bulat2 je...two thumbs up yani!


09-10-2006, yani komen :

desperate cook ... ehehe tak buat berpintal pun takpe.. i kekadang buat bulat kecik2 je untuk anak-anak i supaya dorang senang nak makan..


09-10-2006, yani komen :

nushidah.. kalo masih melekat tu kena lama sikit masa menguli... kalau ditambahkan tepung nanti makin keras..


12-10-2006, vivie komen :

dry yeast ni jenis yg mana satu ar yani?yeast biasa tu ke?


13-10-2006, yani komen :

vivie... dry yeast tu.. yis yg kering..


13-10-2006, ApEk`D komen :

ahirnya...tau gak sebab apa selama nie buat donut tak lembut ...pasal tak guna tepung roti...kan.... nasib kak yani ada tq...terima kasih banyak2 yer kak.... tapi....bab nak melilit ...tagan kekok...la.... (ketawa sensorang time buat donut nie) heee.... apek bg 5/5 bintang.


13-10-2006, yani komen :

tahniah ApEk`D.. berjaya juga buat donut.. kalau tak nak buat bentuk pintal tu boleh juga.. buat bulat yg ada lubang kat tengah tu ke.. atau nak senang makan.. buat bulat kecik-kecik


17-10-2006, vivie komen :

yani,kalau guna tepung gandum..apa beza rasa dari guna tepung roti ar?huhuhu vv kira nak try buat yg ni pula ;)..aritu,vv ada cuba buat biskut koko rangup yani tapi tlalu kering :(..apa sebabnya ye?huhu..tapi sedap juga la ;)..


17-10-2006, yani komen :

vv.. jawapan pada soklan vv ni boleh lihat kat komen ApEk`D .. tepung roti ni adalah yg berprotin tinggi(banyak protin).. bila protin bertindak balas dgn yis dia akan menghasilkan sesuatu(sorry lupa namanya) yg boleh menggebukan roti.. so lagi banyak protin.. lagi banyak benda tu dihasilkan, lagi gebulah roti tu.. so terpulanglah pd vv nak guna tepung yg mana... kalau nak rasa sedap gunalah tepung roti.


17-10-2006, yani komen :

pasal biskut koko rangup tu.. susah juga nak kata.. kekadang kita sendiri yg hanya tahu dimana silap kita.. selalunya i macam tu lah.. bila tak jadi buat sesuatu tu.. i akan baca balik resepi.. dan fikir apa silap i.. dr situlah i belajar..


23-10-2006, vivie komen :

yess!! vv dah berjaya buat ;)!tapi vv cuma guna tepung gandum...tapi sedap jg ;)..cuma keras sket ;)..thanks yani..vv tak sempat pula ambk gambar sbb dah ngap awal2 buka puasa ;)..


23-10-2006, yani komen :

vv.. tahniah dah berjaya buat donut.. pasni trylah pula guna tepung roti.. tengok apa perbezaannya.. pastu sebelum ngap tu jangan lupa ambik snap gambar dulu..


23-10-2006, vivie komen :

hehehe..nanti bila vv buat donut,vv cuba ambk gmbrnya ;)..sedap!! family pun suka ;)..


19-11-2006, umi_e komen :

A'kum Yani... yesterday buat donut juga tau! Jarang2 masuk dapur so bila ada mood nak try mana yang rasa nak makan. Your donut memang lembut just after fried but I kept for a night so the next day keras sikit... Tau je lah I buat 2 kali dari resepi Yani kasi... always buat more hehehehe * Semalam ada inti cream puff so I bubuh dlm sonut tu macam buat keuh pau. Some of it letak jam and plain saja cam biasa... Thanks Yani nanti nak try your roti pulak... insyaallah...


21-11-2006, Noreen komen :

yani, i dah cuba buat kuih donut resepi u nie tapi doh i tak naik. kat UK nie ada jual dried yeast yg granules is it becoz of that? infact i cuba nak buat burger m'sia resepi u sama jugak doh i tak naik. pls comment, thx.


21-11-2006, Ringo komen :

Cik Noreen, rasanya yeast tu tak nak aktif mungkin sebab sejuk. during summer, InsyaALLAH ikut resepi atas, OK. kalau winter, saya selalu buat roti or donut menggunakan susu ataupun air suam dalam 40C. cuba panaskan susu dan campur dengan yeast, kacau dan biarkan selama 5 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung. InsyaALLAH :)


22-11-2006, azrienz komen :

sayer dah cuba 2 kali resipi ni.... alhamdulillah 2-2 kali tu abis... tp kali pertama sayer buat tu diyer macam tak naik jek tp memang lembut dan sedap....kali kedua sayer buat diyer naik tp lepas goreng.... biler tabur gula halus.... diyer macam berminyak sangat.... aper masalah diyer sebenarnye ek


26-11-2006, riena komen :

tadi dah try buat. rasanya mmg sedap amat. tq. cuma i rasa adunan tu mcm lembik dan melekat2. kenapa ya? so, tak boleh nak uli buat pintal2 tu. tak berani nak tambah gandum takut keras. i buat bulat2 + yg berlubang kat tgh tu. anak2 mmg suka. sekali hadap terus habis.


26-11-2006, yani komen :

azrienz .. mungkin masa menggoreng tu, api yg diguna kecil.. so minyak banyak menyerap kat dlm donut.. <br/> riena.. lembik tu sebab tak cukup uli.. kena uli lama lagi.. sehingga tak melekat kat tangan. Saya pun suka buat bulat kecil2.. senang anak-anak nak makan.. yg kat atas tu saja buat cara berpintal.. coz kalo bulat dan lubang kat tengah tu dah bentuk biasa.. ramai dah yg reti buat cara tu..


12-01-2007, putri_nethalia04 komen :

nice and senang recipe nye.. i tk pernah buat donut.. nak try lah.. nak tanye as for the sugar coating u pakai icing sugar ke atau ape..??


16-01-2007, artline_80 komen :

thanks 4 ur donut recipe.sy dah 2kali try.very easy n nice.simple je.mule2 wat bentuk bulat2 kecil, then wat bentuk biasa sbb nk bw kat ofis.sume suke. anyway most of ur recipes i dah try..best sgt!thanks again.


16-01-2007, yani komen :

putri_nethalia04.. i guna gula halus je utk coating tu.. nak guna icing sugar pun ok jugak..


16-01-2007, yani komen :

artline_80.. welcome.. err takde gambar ke ;) . Dlm banyak2 resipi donut yg i ada.. yg ni paling i suka sebab takde telur.. kalau yg ada telur tu, bila sejuk rasanya kurang sket ..ada bau telur. tq coz sudi try my recipes..


17-01-2007, Mat Gebu komen :

Betul tu yani. donat yg ada telur masa panas sedap laa, bila sejuk hmmm bau semacam rasa pun cam "ayam2"....tak sedap sgt... yani kalau ada bread maker leh bancuh doh donat dalam tu aje kan hehehe senang keje....


22-01-2007, lynz komen :

hye yani! lynz dh try resepi ni....menjadik! sodap! smpi licin family mkn..cuma lynz lebihkn skit dry yeast tu...biar lg gebu...tq..


08-02-2007, Lilydvalley komen :

Sky, i pun penah buat bake donut ni...kononnya nak makan donut sihat ler...tak berminyak!. Mmg ler jadi mcm roti & another thing...lambat nak masak la. Goreng lagi senang! 2-3 min dah leh angkat!. hehehe dan oleh kerana dia x berminyak, bila tabur gula, tak berapa nak lekat.


08-02-2007, skyblue komen :

Lily... tu lah... nak makan sihat rasa tak sedap! klu goreng mesti lembut n gebu... baked tu dah jadi roti. i nampak 1 resepi baked donut, tapi cara buatnya macam buat muffin pula... so... jadilah muffin nanti. haha...


10-02-2007, are3646 komen :

yani.. are dah buat donat ni smlm...mmg lembut..semuanya suka.. tq yanie


10-02-2007, yani komen :

are.. ehehe tak sempat abik gambo ke? :)


15-02-2007, atila komen :

yani, i dah try buat donat ni....mmg lembut & sedap. cuma agak liat sikit bila dah sejuk. kenape ye.....


22-02-2007, pijah komen :

kak yani, naik 2 kali ganda tuh, agak2 bape lame? dlm setengah jam bole x? :)


22-02-2007, yani komen :

a'ah dlm 1/2 jam


22-02-2007, pijah komen :

satu lagik ! susu segar leh substitute ngan evaporated milk kn? :D


22-02-2007, yani komen :

pijah guna air suam pun ok..


22-02-2007, pijah komen :

kak yani. da tunggu 40 min, still x naik lg. :(


02-03-2007, seetea komen :

Anak saya memang suka donat yang menarik cam ni, selalu bila anak nak makan beli di kedai tapi bila yani dah bagi resepinya ape lagi saya pun nak mencuba.. harap-harap menjadi..


06-03-2007, wisha komen :

kak yani, susu kena panaskan dlu ke?


26-04-2007, eyla5152 komen :

saye mmg byk kali dah buat donut ni mmg sedap dan lembut. 1 family asik mintak je. leh di katakan selang 2 @ 3 ari pasti saye buat. Sebab mesti abis punye.. Thanks yani


16-05-2007, rohayatis komen :

yani, nak tanya le, susu tu kena panaskan dulu ke??


21-05-2007, aishaheer komen :

kak yani, donut ni mmg sedap...tp sya buat roda2 je n guna bread maker...sedap sgt...lembut...hubby bawe bento lg g keje...hihi..thanx kak yani...insyaALLAH nx time sya abik gambar yek


21-06-2007, nona zarina komen :

Hubby teringin nak mkn donut....tp sy x pandai buat...bila masuk webpage ni rasanya tak sabar nak hadiah kan donut dr hasil tangan sendiri..


10-07-2007, riena komen :

jom kita try beramai2. riena dah buat byk kali, mmg fuh... sedap...sampaikan anak buat bekal pegi sklh.


20-07-2007, atrisha komen :

saya ada resipi lebih sedap ni. nak cuba tak? 500g multi-purpose flour (tepung serbaguna) 14 active dry yeast 180ml susu / susu cair 150 gula 80g butter 2 eggs 1 tsp vanila essence cara-cara: campur yeast kedalam air suam (110f) tunggu hingga kembang berbuih. masak susu, gula, butter, gram (120f). Jangan terlalu panas. ikut arahan. Gaul tepung dengan yeast, susu, gula, butter, telur, garam hingga lembat. Uli hingga lembut, jika kurang lembut guli dengan air suam panas hingga tak melekit. Tutup dengan kain basah. Bila doh dah naik dan menjadi boleh terap. selamat mencuba.


20-07-2007, hanahoney_571 komen :

Laa....atrisha, Awat yg x key in resepi ni kat page u sendri?


22-07-2007, eintan komen :

hai suma.... saya dah cuba resepi ni memang sedap.....tp nak buat macam mana bila goreng xjadi gelap sgt.asyik jd macam nak hangit ja.saya ni first time buat kuih.malu la kuih jd gelap.tlg la sya kak yani :(


22-07-2007, yani komen :

eintan.. kena goreng dgn api sederhana.. jgn minyak tu terlampau panas.. minyak yg x berapa nak panas pun x boleh juga.. nanti donut tu akan menyerap banyak minyak.. takpe eintan.. try buat lagi..


19-08-2007, shikinma70 komen :

kak yani, pagi tadi saya cuba buat tapi doh tak naik sangat lah kak. saya juga cuba buat pintal pun tak jadi juga. last last saya bulatkan kecil kecil. goreng jadi gelap tapi garing tapi sekarang dah habis. tq kak


26-08-2007, chah@myresipi.com komen :

kak yani saya dah puas pusing kedai kek & roti, supermarket x jumpalah tepug roti, klu saya pakai tepung bluekey yg dah siap utk buat donut boleh tak... agak2 jadi x...


26-08-2007, ieyra komen :

chah, pakai tepung gandum biase pun jadik jugak, ttp gebu, kena pandai menguli.. dan kene makan masa tunggu doh naik..


29-10-2007, marish komen :

memang bagus resepi ni. saya pun guna tepung gandum aje. tapi still naik gebu. thanks yani.


30-11-2007, farra-hanna komen :

nak tanye...tepung roti tuh yanag mana eh? klu nk ganti ngan tepung gandum bole x?


11-12-2007, Ekieyna komen :

Yeah kak yani sedap2 hehe..eki dah try yg ke brape kali dah..Mmg yummy!!tq kak..Nti da masa eki ltk pic lak sini:) >>Farra blh je tepung gandum..tepung roti kat kedai roti da..Xpun farra tgk kat glossary,nti da tunjuk tepung roti tu..x silap eki laa..tepung roti brand nona da..plastik yer caler ijau..tu pun tgk kat glossary hehe..


19-01-2008, suriany komen :

yani, kenape donut saya buat tak jadi? tak naik pulak tuh waaaaaa :-( selalu buat roti ker, aper ker tak naik. tapi resepi yani yg lain sumer menjadi isk isk isk


20-01-2008, yani komen :

suriany.. mungkin ada masalah dgn yeast tak..


29-01-2008, tuberose78 komen :

sugar powder tu icing sugar ker? tu tuk tabur atas donut pas masak kan??


31-01-2008, suriany komen :

tak tahu la yani. mungkin sbb duk di negara sejuk? isk isk isk anyway, tima kasih sbb reply!


01-02-2008, Ringo komen :

Suriany, I pun dok negara sejuk gak... la ni paras 3 degree :D u penaik dia kat mana? klu kat luar mmg takkan naik. I guna oven guna ferment mode ataupun rice cooker (rice cooker I ada mode penaik tu) klu guna BM tak naik jugak, mungkin yeast tu dah mati. ataupun klu u letak yeast dekat dengan garam pun roti susah nak naik.


10-02-2008, tatai komen :

yani... akak dah 3 x cuba, pakai tangan ok la... tapi bila pakai mixer makin dipukul lama makin melekat. kenapa ye.. ingat buat byk utk gathering pakai mixer tak penat... tapi melekat.. syg nak buat buang... akak goreng bulat2.. tapi tak selembut seperti uli tangan...


05-03-2008, roszaidi komen :

thanks yani, akhirnya menjadi jugak donut saya setelah lama dok buat tak jadi-jadi. Anak saya suka makan donut. Bila tak jadi tu kesian kat dia. Penat menunggu tapi hasilnya lembut sikit je dari batu. Sekarang ni dia mesti bangga ngan mama dia sebab donut mama dia lembut dan gebu


14-03-2008, muziana komen :

salam....nk tanya ler hari tu saya ader buat donut....naik elok jek....dh biler goreng jadik keras sgt....adakah sebab saya letak dm peti ais...harap balas...


16-03-2008, tulip77 komen :

tq yani...nasib baik guna tepung gandum pun menjadi... lembut jugak coz adjust ngan bread softener & improver...tq yer :D


10-04-2008, issoffiz komen :

ish..ish...mcm sedap jer! saya nak trylah..suami salu je ckp makcik dia pandai wat donut, lembut je..asik asik citer yg sama je..mcm menguji je tu nak soh wat...ye la tak seme masakan kita pandaikan..yg penting CUBA! Jadi tak jadi blakang kire kan?!


17-06-2008, UMMU AIMAN komen :

ada buat hari tu tapi lembik la yani lame saya uli, tunggu jugak tak melekat kat tgn tak jadi jugak tapi boleh tahan le atau yis tak naik lagi tak


17-06-2008, yani komen :

harap2 maap pd komen2 yg x sempat di balas.. UMMU AIMAN.. xtahlah adakah disebabkan yis.. Kalau nak senang menguli.. boleh uli guna FP ke.. mixer ke atau breadmaker


30-06-2008, hana6877 komen :

aah la kak...mmg pun......lebih2 lagik yg ada krim2 tuh...geram jek tgk gebu2 donat kat situ...hahahaa....


30-07-2008, dapurberasap komen :

sedap yani thanks a lot,itak sangkadapat buat donut selembut nih mcm kat bakeri la,nyummnyummmy doter pn suka sgt...thanks again


30-07-2008, dapurberasap komen :

ops lupa nk tanya kalau nk toping coklat kat atas tu nk buat mcm mna eaa, rasanya bukan cairkan coklat bar cooking tu kan, sbb yg tu rasanya bila sejuk dia mengeras... tolong...anyone ble bg tahu, tq


30-07-2008, yani komen :

dapurberasap... thanks sudi cuba my recipe... pasal toping i tak retilah.. selalu buat tak jd macam kat kedai :p .. kita tunggu apa kata org lain..mungkin ada yg reti..


31-07-2008, irnasz komen :

dah byk kali try resepi ni mmg cedap!tq yani.


01-08-2008, ummi 74 komen :

saya dah try buat....tak yah bubuh telur pun lembut gak....mmg lembut dan gebu sampai esok pun lembut lg...tp tak buat pintal2...malas la plak...buat bentuk donut biasa dan bulat2 kecik bubuh cheese kat dlam..


29-08-2008, quinnie komen :

saya pun dah byk kali try..memang best..dah tangkap gambar nanti saya hantar laporan..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu