oleh: yummiez Masak Lemak Labu

Pic_033

resepi mama saye... dlm pic takde soo hoon/bayam, stok suda habis hehehe


Created on : 06-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili merah - ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
  • santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sayur bayam/soo hoon

Cara-cara

  1. Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  3. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
  4. Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  5. Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Tag

sayur




Laporan Masakan Bergambar (2)

Gulai_lemak_labu
30-06-2007
lazat & berzat....hmmmmm...sedap..
Laporan oleh: syahmi

tq sebab mencuba! =)

Dsc04867
17-06-2008
Dah try masak lemak labu ni. Mudah dan lemak berkrim.Bestttttttttt...
Laporan oleh: newbie123

Komen (7)

07-06-2007, coveredgirl komen :

Besttnyee...Ni fav saya ni...Kat US ni saya guna squash dan pumpkin bila teringin sgt nk makan labu masak lemak. Tambah sedap makan dengan sambal tumis ikan bilis...Yummm!


07-06-2007, yummiez komen :

hehhe mmg sedap, my faveret gak ni.. yup, kalu mkn dgn sambal ikan bilis, fuh terangkat! =)


07-06-2007, Delila komen :

tergoda iman...


07-06-2007, yummiez komen :

hehehehe...


01-09-2007, zahra komen :

kalu lebih sedap lagi jika bubuh daun kunyit @ serai......


01-09-2007, yummiez komen :

yeke.. hehe tak penah lak letak serai or daun kunyit.. tp bau serai and daun kunyit mmg best.. kalu ade dlm stok lenkali leh gak try =)


17-06-2008, tun komen :

hai! sya baru je daftar. hmm.. sya nak cuba lah masak lemak labu ni. susuh tak nak dapat labu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu