oleh: NisaMPB Snowy Cupcakes

P1030099_copy

keknya begitu lembut. kalu tak mahu manis boleh kurangkan gulanya.


Created on : 05-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 30-34 biji cupcake sederhana )

  • (A) 125 gm butter tanpa garam, lembutkan
  • 125 gm (1/2 cup) + 1 tbsp gula
  • 125 gm tepung gandum, diayak
  • 2 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp bicarbonate of soda
  • 2 tsp esen vanila
  • (B) 2 tbsp milk
  • Untuk Frostingnya:
  • (Y) 175 gm gula aising, diayak
  • 1 biji putih telur
  • (Z) 1/2 tbsp perahan dari jus lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200ÂșC.
  2. Campur semua bahan (A) dalam food processor & kacau hingga sebati.
  3. Masukkan bahan (B) & kacau lagi.
  4. P1030081_copy
    Susun cawan muffin diatas loyang pembakar & isikan adunan tadi pada 1/2 penuh daripada cawan muffin tersebut.
  5. P1030083_copy
    Bakar selama 15-20 min atau cucuk pada lidi panjang hingga adunan tidak melekat pada lidi tersebut. Keluarkan dari oven dan tunggu hingga sejuk.
  6. P1030086_copy
    Cara Utuk Frostingnya: Pukul (whisking method) Y dalam mangkuk selama 5 min atau hingga putih gebu.
  7. Masukkan Z dan kembali pukul lagi hingga 3 min.
  8. P1030088_copy
    Colekkan pada cupcake yang telah sejuk tadi diatasnya dengan spatula. Hiaskan asing tadi dengan apa2 bentuk gula sebagai hiasan.
  9. P1030094_copy
    Teneeetttt.....kan dah jadi, sekali ketik, sepuluh yang datang tawww.... :P :P

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc03464
12-06-2008
dah buat & dah habis .. frosting guna fresh cream jer .. ;) tQ
Laporan oleh: yatiezaini

mmm...dapnya k.nis tengok! ada conffetti lagi, bila buat party? :)


Komen (15)

05-06-2007, Noreen komen :

cantiknya .... rasa sayang nak makan pulak.


05-06-2007, Mat Gebu komen :

Lawanyaa...frosting tu boleh bbuh kaler tak?....


05-06-2007, ishikawa_ayumi komen :

saya sudah melihat snowy mowy kapkek ini di blog k.nis. alahai, tomeynyaaaa. sayanggg nk makan. simpan thun depan bley kak? kekek :p


05-06-2007, mrsdayat komen :

amboi2 k nis..bersnowy2 lak ek...nk tnye frosting tu..ade putih telur..xyh pnskn ka..masak ka..ke sifat asid dr lemon tuh dh masakkn telur tu nnt...(uhuhu..mcm xperimen lak)..jgn mara aa k nis.sbb slalu terbace raw egg xelok utk budak/preggy woman =)


06-06-2007, NisaMPB komen :

Noreen: mmg sayang nak ngap...tu yg k.nis petik bnyk2 pics dia. Mat: boleh bubuh kaler apa saja yg sejuk mata mandang. Wani: ish syyy...jgn habaq kuat2 malu lah k.nis blog tak sbrapa. Nani: tak tau lak k.nis yg raw eggs r bad for preggies & kids...thanks 4 your info eh. but i think si budak lemon tu ada sifat2 yg nani mksudkan kot sbb frosting ni turns out tak hanyir & berlemak2 lemon gitu..ehehe...


06-06-2007, Noreen komen :

kak nis ... u punya cup semuanya cun2 belaka beli kat CKTang jugak ke?


06-06-2007, zaliana komen :

k.nis ni soklan org tak pandai..yg kaler biru2 tu k.nis renjis pewarna biru ke??


06-06-2007, faziah komen :

Semalam petang dah beli lagi bekas muffin dan hujung minggu ni kene try dan boleh tempek lagi gambar kalau jadi.


06-06-2007, NisaMPB komen :

Noreen: cuppies tu k.nis bli kat kedai bakery phoonhuat kt sg ni. brg2 kat Tangs tu tak semua murah2. nasib2 lah tapi if dpt yg on sale, cpt2 grab. Za: ehe soklan cepumas nmpk za! yg kaler biru tu ialah sanding sugar, k.nis bli kat JB. kt sg ada jual tapi mahal skit :p mcm2 kaler za ble pilih. Faziah: bagus tu dah dpt bli muffin cups. bila dah cuba kang, bubuh ler kat laporan ni yer. hv fun with e frosting!


10-06-2007, sayang79 komen :

wah kak nis lawa nya cupcake yg nie....nie ke cupcake yg kak nis buat masa sayang ganggu kat fone kelmarin.????


16-07-2007, shima_2210 komen :

Nak tumpang tanye, kalu xde food processor blh ke wat cup cake nie? pki mixer je blh jd ker? teringin sgt nak buat. frust kalu x jd


16-07-2007, NisaMPB komen :

syima: kalu tak ada FP tak apa, bole guna mixer biasa.


18-07-2007, shima_2210 komen :

Elok la tu. tp nk pki speed no berapa?


04-04-2008, vanila komen :

lawanya cakecup. boleh beli kat mana?


07-07-2008, bellawan komen :

mcm mne kalo nak buat frosting tu berwarna-warna ek ? :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu