oleh: Mat Gebu Bingka Labu

World_of_cooking_009

Resipi asal "bingka ubi kentang" dari "Chef Aini", tapi mat dah ubah suai jadi "bingka labu"


Created on : 31-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )

  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara

  1. World_of_cooking_005
    Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. World_of_cooking_006
    Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. World_of_cooking_007
    Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. World_of_cooking_008
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (5)

Img_5339
05-06-2007
Since my kids tak suka santan, I tukar guna susu segar. walaupun rupanya tak berapa cantik, everyone love it!! sedap Mat.
Laporan oleh: Ringo

Ringo, kalau mat buat dalam bekas tak de lubang...mcm u punya juga, tapi apa ada pada rupa...kan ringo.....

Bingkalabu
05-06-2007
buat separuh je.. guna fresh milk ganti dgn santan..
Laporan oleh: yani

Eh..sama dgn ringo...guna fresh milk, nanti mat pun nak cuba dgn fresh milk juga.

1
16-07-2007
mengancam habislah cik mat.... kene buat lagi ni...
Laporan oleh: princessharyati

Terima kasih kerana mencuba...lawa pinggan...

Bingka_labu
01-02-2008
Buat ni malam tadi. Tapi terhangit la pulak. Anyway sedap.
Laporan oleh: hazila
Bingka_labu
18-06-2008
Sedap sangat!! Selalu buat tu main campak2 je, keras sikit. Yang ni elok lembut je.
Laporan oleh: rossitamz

Komen (8)

31-05-2007, checkmate komen :

feveret nie..uwaaa nak mkn


31-05-2007, yana komen :

mat jom ler chat... umi_e ade. del...


01-06-2007, alma komen :

isk3 cik mat, teringin la plak nk mkn labu. i ni, kalau ckp psl labu, dr buah smpai ke pucuknya mmg suka sgt mkn! dulu2 tnm sdiri, kalo berbuah aje, riuh sekampung hehe...smpai my family gelar i kecik2 dulu pumpkin girl! lepat labuuuu..pun sedap arrr..


01-06-2007, alisya_niqk komen :

ishh, sya ni suka mkn bingka ubi (ubi kayu) so kalo nak wat bingka ubi, leh guna adunan u ni x?? n kalo bleh, ubi kayu tu sya nak wat camner erk?? x kan nak rebus n lecek gak kot!! sori byk tanyer.. baru nak belajar memasak sebenanyer ni hehee


01-06-2007, Mat Gebu komen :

kalau bingka ubi..selalunya ubi tu kita parut masa mentah2 tu dan adunan dia berbeza dgn bingka labu....sebab ubi dia byk kanji. Nanti ye mat buka peti besi cari resipi bingka ubi...kalau ada lahhh ye.


01-08-2007, mishah63 komen :

Nak tanya ni jika guna ubi kentang sukatan 450 g juga ke? sbb I tak makan labu. I juga nak cuba sbb tak pernah buat bingka sebelum ni!!


12-04-2008, ebertna komen :

helo...i suka mkn labu dan dah lama teringin nk bt benda ni...thanks..resepi yg mudah jek


14-05-2008, makcikcomel komen :

puasa aku cari resipi nie.tanya member kat opis suma nak suruh buat lebih2 tapi tak tau bahan yg betul...yang pasti akan aku dapatkan labu dan periuk lubang tu dulu....penah makan dulu bingka labu ni...yum ymum.....marvellous....aku pasti cuba.thanks mat gebu.semoga makcik berjaya lah hendaknya...majcik baru belajar buat kuih nie hehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu