oleh: sue_ginola Daging Sambal Halia

Siap

Resepi yang telah diedit sendiri....Untuk sesape yg suke makan lauk bersambal..Sesuai dimakan bersama nasik, roti atau cucur tepung..


Created on : 28-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan Diperap:
  • 1/2 kg Daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia (saiz 10sen-dihiris)
  • Bahan kisar (tumis):
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Halia (2 inci)-lagi byk lagi sedap
  • Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar
  • Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan) -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak..
  • 1 Cawan Air Asam

Cara-cara

  1. Pict2960
    Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20-30minit)
  2. Kisar bahan2 untuk dikisar...
  3. Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
  4. Masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
  5. Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
  6. Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
  7. Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sdikit)
  8. Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat..(kepekatan ikut selera), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak
  9. Bile dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..Kalau anda rajin boleh msukkan kentang goreng yg telah siap digoreng..
  10. Siap
    Siap...jika rajin hiaskan




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

23-07-2007, angely2k komen :

kecur nye air liur...nk kene buat jgk nih..thanx sue 4 da recipe..


05-09-2007, sue_ginola komen :

hihihi..ok..tryla..mane tau boleh jadi regular menu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu