oleh: Mat Gebu Thai Green Curry

Step_by_step_112

Dari buku masakan Sedapnyaaa.....(chef wan), tapi telah diolah sedikit.....memang sedap makan dgn nasi hangat...


Created on : 26-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ekor ayam, potong ikut suka, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan
  • 300 ml pati santan
  • 1- 2 cawan terung pipit
  • 15 biji cili padi thai, belah dua
  • 4 - 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS (REMPAH):-
  • 10 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 3 pokok ketumbar, dicuci bersih dgn akar sekali
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 camca besar ketumbar biji
  • 2 camca besar jintan kasar biji
  • 1 camca teh lada putih biji
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 3 biji limau kasturi, diambil jusnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan2 rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml).Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  3. Step_by_step_113
    Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan2 hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan. DALAM GAMBAR:- Rupa terung pipit yg mat guna utk resipi nie.
  4. Step_by_step_115
    Yang ni pulak gambar pokok terung pipit tu. Tengah gila berbuah sekarang nie.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

27062007_001_1
28-06-2007
hari tu jiran ada kasi terung pipit. tu yg masak lauk mat nie. a'ahla mat. rasanya lain drpd lauk kurma. lagi sedap n boleh masak lagi lain kali. =)
Laporan oleh: zara_klate

sedapnyaa.....mat pun dah lama tak masak lauk nie....apa2 pun terima kasih yeaa..

Dscn1432
01-08-2007
dah buat..dapnyer...tp xde terung pipit..boh kentang je..thanks En.Mat!
Laporan oleh: checkmate
Thai_green_curry
01-04-2008
Make for last night dinner. Sedap
Laporan oleh: hazila

Komen (16)

26-05-2007, junjs11 komen :

amboi mat..cuti2 ni, nampak lak kari ijau u tu...uisk, lapo rase...br abis bekpes ni..heheh..


26-05-2007, princessharyati komen :

cayalah mat... i baru makan khamis lepas.. memang best.. ala2 mcm rasa kurma but lagi best gitu.. bak kata org tua ummphh gitu


26-05-2007, Mat Gebu komen :

Tu lah, my dad balik kebun tadi pun dia dah ambik kuah dia then cicah dgn cekodok pagi tadi.....hahah leh jalannnnn lagi tu.


26-05-2007, mimie78 komen :

cam sedap jer ni yg nak cuba ni........


26-05-2007, Natto komen :

Cik Mat, kari ni mmg sedap... tp sya masak guna paste yg ada jual kat kedai, senang hehe....rasa ttp ummph walaupun yg packet punyer...


26-05-2007, Mat Gebu komen :

Mat pun masuk nie baru 2x buat......sepatah komen pu3haryati tadi..rasa dia memang ala2 masak kurma tak lain skit terutama dari segi bau aromanya.


26-05-2007, eleven komen :

ooo...tau2 terung pipit...but,I x panggil terung pipit...I panggil terung bulat....


26-05-2007, zara_klate komen :

terliurnya tengok kari hijau nie..boleh try laa..


26-05-2007, princessharyati komen :

memang sesiapa yg tak pernah rasa ni mesti kene cuba.. mat i suka terung pipit tu org utara banggil terung belanda... buh byk2 lagi i suka.. terung tu buat sambal tumis pun best...!!!


26-05-2007, iffa komen :

Nampak sedap lak kari hijau Mat, nanti Iffa cuba dan response.......


26-05-2007, Mat Gebu komen :

betul tu pu3haryati....bbuh byk2 lagi sedap, rasa dia lemak2....kalau buat sambal tumis memangg leer sedap, kalau kat kampung ada juga yg masak lemak cili padi dgn ikan bilis tamban....iffa cuba jgn tak cuba, kalau u nak gunakan daging pun boleh...


26-05-2007, princessharyati komen :

ye ke cik mat.. bolehlah esok u masak and add kat sini yang tu yang belum rasa lagi.. bunyi macam menyiurkan jek..


27-05-2007, NisaMPB komen :

mat, terung pipit ni rasa dia mcm terung biasa ker? atau ada pahit2 skit? kat spore ni susah nak cari melainkan kat pasar geylang serai je kot.


27-05-2007, Mat Gebu komen :

Nisa...terung pipit nie tak sama rasa mcm terung biasa. Rasa dia lemak2 pahit (pahit tu skit je)...kalau dah masak n makan rasa dia aduhh nyamann...kalau nak banding dgn petai, pahit lagi petai.


29-06-2007, Noreen komen :

che mat kalau tak ada terung pipit nie boleh jugak ke masak resepi you nie? kat UK nie mana lah aku nak cekau terung pipit cam gitu hehehe


08-07-2007, Mat Gebu komen :

Noreen....guna terung biasa pun boleh...pas tu nak tambah kentang, tomato semua boleh....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu