oleh: sitiazma Bubur Pulut Hitam

Bubur2

Black Glutinous Rice. Khas untuk mereka yang menggemarinya.


Created on : 15-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

Image_313_
16-05-2007
dah cuba wat dah.... memang sedap....
Laporan oleh: dila81

tq dila-rajin buat. Sebenarnya fresh milk modified lepas terlebih pekat. Dah tu, jadi sedap pulak..!!

P9080900
09-09-2007
ikut resepi u, tapi add gula durian ngan kacang merah... sedap sgt... thanks siti
Laporan oleh: mama_myvi

fuyooo bestnya...durian..kegemaran saya tuh. Tapi mahalnya lah pulak durian kat sini :D Thanks mama_myvi cuba..

Pulut_hitam
28-05-2008
Tambah durian sedappppp..........
Laporan oleh: che'iza

Komen (15)

15-05-2007, alma komen :

my favourite esp bln posa, sure masaknya...


15-05-2007, faziah komen :

Bubur pulut hitam ini kesukaan mak.. jadi kami sekeluarga amat mengemarinya.Bulan posa lagi le.. seminggu dua tiga kali menjadi juadah berbuka puasa


15-05-2007, cutie_winkle komen :

siti, 1tin santan tu bape ml?


15-05-2007, Delila komen :

campur durian pun best nih..


15-05-2007, eleven komen :

sllrrpp....bubur pulut hitam mmg feveret ni..


16-05-2007, DianaA komen :

bubur pulut hitam kegemaran cik abang D... tapi kalau nak lagi sedap kan sitiazma, D selalu letak durian hehe... menambahkan kolestrol katakan... hehe


16-05-2007, sitiazma komen :

D-lagi..lagi D buat I homesick hehhehe... I ni suka giler makan KETAM dan DURIAN..tapi..mana ada durian or KETAM fresh kat german niii....


16-05-2007, joayee komen :

sitiazma. kat german sure byk lidl kan. i pernah beli ketam frozen kat lidl. kalu x silap ada dlm 6 ekor satu kotak around 6eur, tp yg dah direbus. tapi siti, rasanya masih manis.kalau masak lemakciliapi..sedap.jgn masak lama sgt.cukup utk ketam tu resap rasa kuah.


16-05-2007, eleven komen :

ehh..sitiazma ..u kat german yeh?I baru balik dr german...dh sampai malysia dah...


17-05-2007, SZ644 komen :

Ur resepi ni beras pulut hitam tu pecah2 tak? bcos last week i try buat la (but not frm this resepi) i rendam pulut tu just 3 hours je...but pulut-nye pecahlah...or [maybe kualiti pulut kot!!] i suka beras pulutnya yg sebiji2 tapi lembut la... kalau ada rahsianya harap sudilah share....boleh,,,tq


17-05-2007, sitiazma komen :

joeyee>> kat lidl ke, kat plus tu kadang2 ada, tapi I ingat semua frozen ni tak manis. Nanti, tahap max, I kepingin, I pi beli buat kari ketam. eleven >> ya. masih di sini maybe 3 thn lagi sape nak mai german boleh singgah umah saya tepi border France, Luxembourg. SZ644 >> kualiti pulut kut, saya punya tak pecah pun. Cub tukar brand lain. Cari dari Thai ke.


22-05-2007, SZ644 komen :

thxs.. weekend i try lagi...harap2 ok la kali ni..


08-09-2007, zizi komen :

sitiazma & joeyee.. i kat toulouse, france.. last time i kat fulda, germany..memang selalu shopping kat lidl ..tapi kat france ada macam2 .. i tetap pi kat lidl even comel aje supermarket dia ..sitiazma ..thanks for the recipe.. memang cari resepi .. sebab nak puasa dah ...lagi satu betul ke jemput dtg umah nie .. pantang dengar nie ...hehhee


09-09-2007, schwenke komen :

hi sitiazma, i pun kt german gak ni.. area baden württemburg.


12-03-2008, waza72 komen :

da buat smlm...pulut pecah juga tp lembut n sedapppp ...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu