oleh: DianaA Kari Kofta

Karikofta

Dihidangkan bersama Roti Naan atau Bhatura.


Created on : 12-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 500 gram daging cincang, dikepal bulat
  • 2 biji kentang, dipotong dadu
  • 2 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dibelah empat (jika suka)
  • 4 batang lada hijau, dibelah dua (jika suka)
  • 1 liter air
  • 2 inci kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga, ditumbuk pecahkan
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • # Bahan untuk dikisar #
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ - ¾ cawan gajus
  • 2 sudu makan cili kisar/ 12 tangkai lada kering
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar (yang telah disanggar)
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus
  • 1 sudu teh (bumbung) serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu makan rempah kari daging

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau menggunakan api yang sederhana. Sentiasa dikacau untuk elakkan rempah dari hangus.
  2. Kemudian masukkan ½ liter air bersama kentang dan lobak yang telah dipotong dadu. Kacau rata dan reneh dalam 5 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan ½ liter air, masukkan garam, serbuk perasa dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan daging yang telah dikepal bulat dan biarkan sebentar tanpa dikacau -untuk elakkan daging tersebut hancur. Gunakan api yang sederhana besar. Selepas 5 – 10 minit kacau dengan perlahan dan masak sehingga dagingnya masak dan kentang dan lobak empuk.
  4. Akhir sekali masukkan tomato, lada hijau dan daun ketumbar. Digaul rata dan padam apinya.
  5. Nota: Daging cincang yang telah dikepal bulat boleh anda celupkan kedalam putih telur dan goreng sedikit. Angkat dan toskan. Jika tak mahu goreng pun boleh macam yang D buat. Jika mahu letak kacang peas atau kacang kuda pun boleh lagi sedap. Jika kuahnya pekat sangat, boleh anda tambahkan air.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

12-05-2007, dila81 komen :

Itu dia...sekali hantar resipi terus banyak ...rajinnya "D" memasak.... dila slalu gak jenguk blog D, ada mcm2 resipi...


12-05-2007, eleven komen :

betul2...lama x nampak...tup2 dtg bawak banyak resipi....I pun rajin tengok web U dianaA


12-05-2007, DianaA komen :

>> Dila81, rajin tu tidak arrr, bila angin rajin datang tu sekali gus gitu... terima kasih sudi jenguk blog D :) >> eleven, tu lah datang bawak resipi heheh... tq sudi jenguk blog D :)


14-05-2007, yana komen :

D... boleh x kongsi resepi kari ketam. yana ada masuk kat blog D, tengok kari ketam terliur sgt... tp xde resepinya.


14-05-2007, DianaA komen :

yana, nanti ya D type resipinya tampal kat sini for you... :-) mudah je buatnya...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu