oleh: Ringo Goma Tantan Men

Img_3800

Sesame tantan mee. japanese style


Created on : 09-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 serving )

  • Mee kuning - cukup untuk 4 serving
  • 6 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • a) bahan untuk sesame paste
  • - 6 sb bijan putih
  • - 3 sb syouyu (kicap jepun)
  • - 2 sb gula
  • - 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 1 sb halia cincang
  • - 1 sb green onion cincang
  • b) bahan untuk "gu"
  • - 200gm beef mince
  • - 100gm chicken mince
  • - 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
  • - 2 sb syouyu(kicap jepun)
  • - 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 3 sb minyak masak
  • - 2 ulas bawang putih dicincang
  • - 1 sb halia cincang
  • - 3 sb green onion cincang
  • c) bahan untuk hiasan
  • - 3 sb bijan hitam
  • - shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
  • - mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)

Cara-cara

  1. Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
  2. Img_3790
    Kisar sesame sehingga halus dengan suri-bachi(seperti dlm gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
  3. Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
  4. Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
  5. Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
  6. Img_3791
    Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
  7. Img_3792
    Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau "suri-bachi"
  8. Img_4544
    note: ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food. kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disukai.




Laporan Masakan Bergambar (6)

Jf1
09-05-2007
kalu ada 7 star nak bagi 7 star.. nileh the best recepi ever.. ringgo thks.. bagi lagi recepi byk2 lepas ni.. ummphhh!!!
Laporan oleh: princessharyati

Congrat!! tu la... kan I dah kata, sedap!! gambar u pun memang nampak sedap la Princess. u guna ra-yu ker?

Tantanmen
14-05-2007
sedap.. rasa yg tersendiri
Laporan oleh: yani

apa komen Mat Wong? ;-)

Imgp1578
15-05-2007
Sedap... saya punya suri-bachi terlalu kecil lah, sampai sesame tertumpah... hehe
Laporan oleh: skyblue

next time beli yang besar la Sky. Suribachi banyak kegunaannya. rasapun lebih sedap dari guna foodprocessor

Dsc01137
25-05-2007
yg ini malay version...kicap syouyu tu saya wat campuran kicap masin+seasoning..best lah!!saya suka..terima kasih ringo..
Laporan oleh: zaliana

Zaliana, welcome2 :) malay version pun nampak sedap tu. nyum nyum

Dscf3426_resize
29-06-2007
at last jumpa jugak la-yu.different tapi sedapppp!!!...tq ringo.
Laporan oleh: joayee

walla.... Jo dah buat. TQ cuba resepi ni :D

Pb150760
15-11-2007
dah bnyk kali buat..tp lupa nak snap gmbr..kali ni terlebih letak ra-yu(huhuhu)..sy guna mee ramen..lbh sedap dr mee biasa..lps ni nak try buat kuro goma tantan men plak..tq utk resipi yg best nih
Laporan oleh: natchan

Komen (17)

09-05-2007, Natto komen :

Resepi ni lah yg dcari selama ni :), terima kak ringo, tp kat sini tak de suri bachi jepun, pakai lesung batu biasa tu boleh tak? (mcm soalan budak sekolah tadika jer hehe) Kita ni baru je nak belajar masak memasak, jdnyer minta tunjuk ajar yer..tq


09-05-2007, Ringo komen :

boleh jer guna lesung batu :D


09-05-2007, alamanda_s komen :

camner rupa kicap jepun..klu x de, nak digantikan ngan kicap apa ye..(same la natto i pun tanye soalan bdk sekolah... baru nak belajar msk)


09-05-2007, zaliana komen :

ringo..green onion tu rasanye mcm bwg putih biasa ke? dan kicap syouyu tu ada tak rasa mcm kicap masin kat m'sia ni?


09-05-2007, Natto komen :

alamanda-s.. mcm ni lah budak kalau baru nak belajar :p, tp kalau kicap jepun tu yg jd bezanyer ngan kicap m'sia ni, warna sama tp baunyer tak sama...sama2 lah kita belajar memasak yer :D.. Terima kasih kak ringo sbb jwbkan soalan senang tu td.. tp kalau guna lesung batu biasa mesti lumat bijan tu hehe...


09-05-2007, joayee komen :

ringo, 1.Green onion bole di ganti dgn onion biasa tak (bawang besar). 2. shiraga negi sama tak dgn spring onion (daun bawang). 3.kalau tak taruk bijan hitam, rasanya kurang best tak? tq in advance.


09-05-2007, Ringo komen :

alamanda_s, hmmm... boleh kot ganti dengan kicap masin. tapi kena adjust la kemasinannya tu. kalau u perasan, kat resepi memang tak guna garam. rasa masin datang dari kicap tu jer. mungkin rasa dan bau dia jadi lain. boleh jugak kot kalau tak guna kicap. cuma ganti garam. cuba la buat experiment. then report kat sini. :)


09-05-2007, Ringo komen :

zaliana, green onion tu daun bawang. kicap syouyu tu rasa dia lain dari kicap masin biasa kat malaysia. I pun dah lupa rasa kicap masin sebab tak guna sekarang.


09-05-2007, Ringo komen :

Natto, sama sama :) btw memang suka makan natto ker? nama pun Natto tu ;-)


09-05-2007, Ringo komen :

Joayee, no1. boleh jer ganti dengan bawang besar, cuma aroma dia jadi lain sikit la. soalan no2. daun bawang macam kat malaysia tu kecil kan lebih kurang macam kucai. shiraganegi buat dari "negi". rupanya macam leek. bahagian bawah yg putih tu panjang, ukurlilit dia sebesar ibu jari. klu nak ganti dgn spring onion pun boleh. hiris halus memanjang. soalan no3. fragrant bijan hitam dgn putih berbeza. I suka letak banyak. my hubby tak suka sangat so letak sikit jer. my kids tak suka langsung, so tak letak untuk diorang. for me, letak banyak meamng ummphhh la :D


09-05-2007, Natto komen :

Kak, sya natto mmg feberet sejak kawin ni, tp skrg ni tgh pregnant yg ke3, aduhh...semuanyer tak leh nak mkn, sblm ni pun mmg cari resepi tantan men ni tp sblm pregnantlah, skrg ni tgh mabuk2 tgk mknan tak selera...tp nak buatkan utk hubby, mesti dia suka.. Lagi satu kak nak tanyer, resepi ramen ada tak? yg halal, sbb sya dgr ramen punyer soup guna p*** bone, yer? apa rasa ramen yer?? Tq, letak resepinyer yer kalau ada ;)


09-05-2007, Natto komen :

Lagi satu kak, lupa td nak letak kat komen sblmnyer, ra-yu tu yg kalau mkn gyoza dia letak kat syouyu tu ke? sama ke dgn yg itu? tq.. :D


09-05-2007, Mat Gebu komen :

Hmmm macam mana ye nak try...poning palo pakcik nie haaa....membaco eyy..


10-05-2007, Ringo komen :

Natto, congrat!! peknen anak ke3 :) resepi ramen tu ada, tapi tak tentu. ikut mood jer. nanti akak buat sambil ambik memo yer. most ramen kat japan guna pork, tapi ada juga yang guna seafood or vege sahaja. cuma susah nak jumpa. last week first time pergi makan ramen vege. memang 100% vege. rasanya.... sedap lagi buat sendiri la. yg makan hari tu sup dia macam sup mee segera maggi. ra-yu tu makan dengan gyouza campur su(cuka). sama la. btw, Natto kat Japan ka?


10-05-2007, Ringo komen :

Mat, nampak bahan jer banyak. cara buat dia senang jer. cuba la. princess yang jauh nunn di dubai sana pun dah buat ;-)


11-05-2007, Natto komen :

Terima kasih kak :D... Ramen mmg feberet hubby ngan budak2 tp nak buat tak reti, nk mkn lak byk yg tak halalnyer... Tinggal nak beli ra-yu jer pas tu nak buat goma tantan men ni.. Sya kat bkk skrg ni, nk cari japanese food senang sbb sini byk nihon jin, teringin jgk nak tggl japan belum ada rezeki lagi :P, hubby sya ngan hubby kak ringgo sama klon hehe... Vege feberet sya kak tp blm pernah mkn lagi setakat ni kena hilangkan mabuk ni dulu... neway, tq kak..


08-07-2007, fizzae komen :

Ringgo - pasal whey powder, ini laman webnya-http://en.wikipedia.org/wiki/Whey_protein...tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu