oleh: queen_mother Puding Lumut (Pandan Pudding)

Pandan_pudding

Cara penyedian hanya memerlukan antara 30 minit hingga 1 jam.Mudah dan ringkas :D


Created on : 26-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 1 peket jelly
  • 1/2 mangkuk santan kelapa
  • 1 cawan gula
  • 10 helai daun pandan (di blend/kisar dengan air untuk mendapatkan jus pandan dalam 1/2 mangkuk)
  • 2 bji telur ayam (dipukul)
  • 2 mangkuk air (atau lebih untuk mencairkan jelly)

Cara-cara

  1. Cairkan jelly dalam periuk dengan air.Biarkan hingga mendidih dan sehingga jelly betul2 cair dan tidak berketul-ketul.
  2. Kemudian masukkan gula,kacau hingga cair.Gula boleh sukat sesuka hati lebih atau kurang.
  3. Biarkan bahan2 tadi mendidih.Sementara itu dalam mangkuk lain campurkan telur yang dipukul tadi bersama santan kelapa.Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan pula jus pandan pula ke dalam campuran telur dan santan kelapa tadi.Kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan semua bahan2 campuran tadi (telur,santan,jus pandan) ke dalam jelly mendidih tadi.Kacau dengan api yang besar dan biar ia mendidih dan anda akan melihat bahan2 tadi berketul2 seperti lumut.Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutupkan api.
  6. Jelly kemudian bolehlah dipindahkan ke dalam loyang aluminium atau mangkuk casserol.Biarkan ia sejuk seketika suhu bilik dan sejukkan/keraskan lah di dalam peti sejuk sebelum serving.




Laporan Masakan Bergambar (5)

Puding_lumut1
27-03-2007
ini hasilnya...maybe tak kacau hingga sebati & jadi cam 2 lapis
Laporan oleh: gohmimie
Hari_raya_033
21-10-2007
Betul ke rupanya mcm ni? tapi rasanya mmg best!!
Laporan oleh: ekhfa
Puding_lumut
06-03-2008
Thks QM, memang senang & sodappp..
Laporan oleh: Mama chombi
Agar-agar_santan
15-03-2008
Guna santan pekat, tu yang tebal lapisan bawahnya. Telur Gred A sebiji je.
Laporan oleh: rossitamz
Img_1967
26-06-2008
first attempt, lapisan atas tu tak berapa cantik. mungkin sbb tak kacau betul2 masa masukkan santan+telur. insyaAllah cuba lagi lepas ni. tq for the recipe! :-)
Laporan oleh: azareena

Komen (16)

26-07-2006, admin komen :

queen mother, kat bahagian tag tu sebenarnya untuk letak keyword yang menggambarkan resepi tu, kalau macam untuk resepi ini, rasanya letak "puding" pun ok, maaf yer mungkin perkataan tag tu buat silap faham skit, tag di sini bkn bermaksud tag code html..tapi tag tu bermaksud keyword yg menggambarkan resepi tu


26-07-2006, admin komen :

queen mother, untuk letak gambar resepi leh klik kat link "upload gambar resepi"... dan kalau untuk letak step by step camner resepi tu di buat, setelah siap resepi tu, pergi kat bahagian senarai resepi dan klik kat resepi ni, lepas tu klik kat tulis laporan, dan drp situ leh masukkan gambar step by step,,satu step satu laporan..


26-07-2006, queen_mother komen :

Admin,oh ye ke macam tu,terima kasih,saya baru lagi kat sini,tak tau cara2 lagi.So nanti resepi berikutnya saya akan buat lebih baik lagi hehe :D


26-07-2006, admin komen :

queen_mother, terima kasih byk-byk kerana sudi letak resepi kat sini, x per silap skit kan, awal-awal kan, lama-lama ok lah tu, yg penting terima kasih kerana sudi kongsi resepi tu, nanti letak lah yer resepi resepi lain lak tu, gambar pun nampak lawa gak tu, nanti kalau ada apa-apa masalah jgn segan-segan yer, insyaAllah saya akan jawab apa yg dpt di jawab


26-07-2006, hanis komen :

1 mangkuk tu agak2 mangkuk tu besar mana ye. tak boleh nak agak banyak mana...


27-07-2006, queen_mother komen :

Hi hani,kalau susah nak sukat macam santan dan jus pandan tu,agak2 lah dalam 2 cawan biasa santan dan 2 cawan biasa jus pandan (ini untuk 1 peket jelly yang besarlah) macam gula pulak,itu bergantung pada u sendiri,nak manis lebihkanlah. :D nanti saya try masukkan gambar step by step.


03-08-2006, ieyfa komen :

kalau santan tu kita tukar ngan susu cair ideal ker f&n ker bleh tak ?


30-08-2006, hidayah komen :

saya buat santannya semua kumpul kat atas.cemana ye


14-02-2007, samalang komen :

1 paket jelly tu besar mana


15-06-2007, hayati siji komen :

hai queen_mother,mau tanya ni.1 paket jelly tu boleh x saya tukar p serbuk agar2 biasa?mohon reply..


25-08-2007, hanitah komen :

alah macam kacang je buat, tak susah mana pun ....


25-08-2007, hanitah komen :

saya dah try, tapi guna susu tak guna santan and then hasilnya tak jadi dua lapisan, jadi satu lapisan seperti dalam gambar yang tertera di atas sekali .... kalau nak try cara saya cubalah.


07-09-2007, farishaikal komen :

puding ni memang sedap tau


07-09-2007, lina75 komen :

mmg sedap. X sempat keras setengah loyang dah habis.


18-12-2007, norieam komen :

memang sedap.... terima kasih queen mother...


02-02-2008, mayani komen :

tengok gambar pun dah terliur dah.sok jugak nak cuba.thanks queen mother for the resipi.:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu