oleh: princessharyati Cucur badak

Cb1

resepi mama i, call pagi tadi terus buat.. teringin nak makan sgt. ini i share utk u all semua.. minggu ni minggu cucur lah..


Created on : 30-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

  • utk kulit
  • 2 biji keledek saiz besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. Cb2
    untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Cb5
    Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. Cb3
    letakkan inti dan tutup kembali.
  5. Cb4
    Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap




Laporan Masakan Bergambar (7)

Pcdv0032
04-05-2007
Inilah iye, dah menjadi, TQ princess.
Laporan oleh: cikgunita

sama-sama... cigunita ;-))

Pcdv0029
04-05-2007
Lebihan tepung digunakan buat kuih keria. Sedap juga.
Laporan oleh: cikgunita

rajinlah awak cikgunita... mm lepas ni nak buat cucur keria lak..

Img_0498
14-05-2007
Buat utk breakfast hari nie
Laporan oleh: Noreen

noreen hari tu buat kuih bom ni buat cucur badak.. rajin u. i minggu ni bz..memanjang

Dscn0692
05-06-2007
Anak i tnya..nape nama cucur badak,bantuk x mcm badak pun..sape nk jwb ni...
Laporan oleh: kakfiza

mcmana nk jawab.. yek kakfiza..

Cucur_badak
28-10-2007
oooops....masih panas lagi....x sempat nk koyakkan....
Laporan oleh: syahmi

jom mkn ^v^

Cucur_badak
16-04-2008
Extra udang kering dalam intinya...sedap!!! Ditambah dengan hirisan daun kunyit...wangi!
Laporan oleh: rossitamz
Cokbdk
29-05-2008
ini dia badak i... sedap , boleh wat lagi lain kali tima kasih...
Laporan oleh: sofinar

Komen (8)

30-04-2007, Noreen komen :

amboi banyaknya buat kenduri ke tu hheheheh. tolonglah hantar cikit kat kite nie. nanti nak buatlah baru je kite mention kat awak last week.


30-04-2007, s_shamen komen :

hmm buat saya rindunyer kat mak...mak buat kueh ni sedap...


30-04-2007, cikgunita komen :

Banyaknya guna udang kering. Boleh tak tukar udang kering dengan lain sebab alah nanti gatallah. Nampak banyak sangat guna.


30-04-2007, princessharyati komen :

cikgunita lagi byk lagi sedap.. sebenarnya.. may be kalu nak tukat ikan bilis boleh lah kot.. atau kurang kan jumlah udang tu


30-04-2007, princessharyati komen :

noreen sebenarnya.. awaklah puncanya.. asyik sebut cucur badak terliur.. pastu pagi td tanaya mak i mcmana nak buat.. idea nk buat dr u sebenarnya.. u nampak byk sebab i buat kecil2 jek senang nak mkn ngap terus


03-05-2007, cutie_winkle komen :

sedapnyer! kuih parerot saya nih. xsabar nk try..


04-05-2007, syahmi komen :

cikgunita...gambar kuih keria tu tempek le kat laporan masakan 'kuih keria'....baru betul.....resepi syahmi tuuuuu.....


19-02-2008, che'iza komen :

Sedapnya cucur badak, dulu selalu tolong mak buat kuih ni, sekali buat ambik ko 5 kilo punyalahlah penat nak gentel. La ni dah kahwin hubby tak suka, dia kata byk sampah kat dlm. Kalau nak buat keria pun kena sira dgn gula melaka......hwaaa... nasib baiklah sayang laki. La ni kalau nak makan kena beli untuk diri sendiri tp kalau nak muntah ker darah kena tunggu balik kampunglah.......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu