oleh: kakfiza Moist chocolate cake

Dscn0350

Bljr ms kat Terengganu.sesuai utk seisi keluarga @ sbgai birthday cake anak2.


Created on : 27-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 biji (acuan 9in x9in) )

  • Bahan A:
  • 1 cawan koko powder
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan gula kastor
  • Bahan B:
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm butter
  • 250 gm tepung naik sendiri (ayak)
  • 6 biji telur
  • esen vanila
  • Bahan topping:
  • 1/3 cawan koko powder
  • 1 tin kecil susu pekat manis. boleh kurangkan kalau x suka manis.
  • 1/3 cawan minyak jagung

Cara-cara

  1. Utk bahan A:
  2. campurkan koko powder,gula dan air suam.kacau hingga gula larut.
  3. Utk bahan B:
  4. putar butter dan gula hingga kembang.
  5. masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila.putar hingga rata.
  6. masukkan tepung diselang seli dgn campuran bahan A tadi.
  7. setelah semua sebati,masukkan adunan ke dalam acuan yg telah digris dan dialas dgn kertas.
  8. bakar 45-50 min suhu 170C atau boleh juga dikukus selama 1jam 1/2.
  9. Setelah kek sejuk,bolehlah disapu topping dan hias dgn kreativiti sendiri.
  10. Untuk topping:
  11. campurkan koko dgn susu,kacau hingga sebati.masukkan minyak mazola.
  12. letakkan atas api perlahan dan kacau hingga berkilat.proses ini jgn terlalu lama sekadar utk mengilatkan shja.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn0050
18-06-2008
buat masa jamuan baru2 ni...
Laporan oleh: kakfiza

Komen (13)

27-04-2007, kakfiza komen :

kek yg dalam gambar tu saya buat semasa b'day anak saya 27/2/2007 yg lalu.


27-04-2007, eyla5152 komen :

nak tanye sikit, minyak mazola tu cam minyak jagung ke?? nak try jugak nampak cam sedap je... adik2 saye mesti suke...


27-04-2007, kakfiza komen :

eyla..minyak mazola tu minyak jgung le..selmt mencuba...nanti hantar pic kat sini ye..


28-04-2007, eleven komen :

kakfiza,nak tanya skit....camana U buat bold kat resipi U tu...admin yg buat ke or U?


28-04-2007, admin komen :

saya yg buat


28-04-2007, eleven komen :

Can U tolong buat bold untuk I plak.......


28-04-2007, kakfiza komen :

ye eleven..bold tu admin yg buatkan..


04-07-2007, Ladymami komen :

wahhhh....mcm kek bday yg dijual kat kedai je....mami mesti nak cuba....


05-04-2008, fazsha komen :

kuning telur je eh? ke putih telurnya sekali?


05-04-2008, Ringo komen :

fazsha, normally dalam resipi, klu tulis telur means kuning dan putih sekali semua. klu kena asingkan, mmg akan diberitahu dalam resipi tersebut seperti 2 biji telur kuning ataupun 2 biji telur putih. tq


31-05-2008, balqis inayah komen :

cmne kl kite nk extra moist?


18-06-2008, rosshi komen :

balqis,,biasanya kalau kita nak kek coklat extra moist kek coklat tu kukus la..kalu bakar nie setahu saya kureng moist skett...heheheh..tol x yg lain2.. kalau saya Clap sorry....


18-06-2008, rosshi komen :

apa pun saya nk try gak wat kek nie..saya biasa wat kek coklat kukus so, lepas nie leh laa try yg bakar plak....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu