oleh: skyblue Ayam Serai Thai

Thaibakedchicken

Rasa pedas, manis dan masam... sedap.


Created on : 26-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu besar jus lemon
  • *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
  • *2-3 biji cili api (*dikisar)
  • 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Daun sup dan lemon untuk hiasan

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda # ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  3. Lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.
  4. Bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.
  5. Letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

Ayam_serai_thai
04-06-2007
emmm.. sedappp!
Laporan oleh: yani

cantik hiasan!

100_0780
06-06-2007
sedap resipi nih..ada mcm2 rasa. Thanks sky!
Laporan oleh: junn

yrw junn.

Img_1647
26-06-2007
senang dan sedap
Laporan oleh: Noreen

nampak sedap!!


Komen (8)

26-04-2007, umi_e komen :

best ni sky.... nanti umie boleh try... mirip2 ayam percik kan sky?


26-04-2007, sayang79 komen :

best nya sky membuka selara lah....


27-04-2007, Mat Gebu komen :

hmm kalau doh jauh macam sky tu, sekali sekala makan ala thai nie, kira macam kat tanah air juga kan.....belah asia tenggara nie kalau masak bhn2 dan teknik masak dia seakan2 sama je kan....mesti harumm masakkan sky nieee....bertuah "jepun" u dapat makan macam2..


27-04-2007, skyblue komen :

umie & sayang, yap... rasa macam ayam percik dan menyelerakan. >> Mat, nasib baik dia boleh makan yg pedas... klu tak i pengsan, tak tau apa nak masak.


30-05-2007, yani komen :

sky.. kuah tu buat macam mana?.. lebihan bahan perap ke?


31-05-2007, skyblue komen :

sorry yani... cara masak tak jelas... :p Bila nak bakar, tuang bahan perap ke atas ayam n bakar sekali. Lepas bakar, ada jus keluar dari ayam n campur dgn bahan perap = kuah.


31-05-2007, yani komen :

ok thanks sky.. nanti i try.


07-06-2008, unies komen :

sky...cam mane nk masak sea cucumber!!!hubby i nk makan tp x tau nk masak camne?leh tlg!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu