oleh: fendi75 Roti Bulat

Roti

Cara mudah buat roti. Non Butter non oil. Sesuai untuk diet.


Created on : 20-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • **Bahan A**
  • 125g tepung roti
  • 2 sk dry yeast
  • 2sb gula
  • 150ml air (suhu bilik- 40C)
  • **Bahan B**
  • 125g tepung roti
  • 1/2sk garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan A. Kacau rata.Masukkan pula bahan B. Gaul sebati.
  2. 1
    Keluarkan dari mangkuk. Ulikan di atas papan pencanai
  3. 2
    Uli guna kedua-dua belah tangan. Sekali sekala ketuk-ketuk doh pada papan pencanai.
  4. 3
    Uli selama 10-15 minit. Guna 2 belah tangan. Tarik-tarik, tekan-tekan dan juga ketuk pada papan pencanai. Boleh rujuk gambar 2. Uli sehingga bila doh ditarik dengan tangan, boleh nampak jari di balakang
  5. 4
    Bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20minit)
  6. 5
    "Finger test". Celup jari ke dalam tepung. Kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. Bila nampak lubang tu, dah naiklah
  7. 6
    Tumbuk roti untuk keluarkan angin.
  8. 7
    Bahagikan adunan kepada 8. Kemudian buat bulat.
  9. 8
    Tutup rapat-rapat pada bahagian bawah. Rehatkan 10 minit
  10. Selepas rehat, ambik sebiji roti. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian buat bentuk bulat semula macam gambar 8 dan 9. Penaikkan sehingga 1.5 kali ganda atau 20 minit.
  11. Bakar dengan suhu 180C selama 8 minit

Tag

roti uli




Laporan Masakan Bergambar (5)

Roti_bulat
25-03-2007
makan dengan mashed potato and coleslaw
Laporan oleh: umi_e
01-12-07_2107
04-12-2007
bg my pren yg vegetarian.. hmmm.. siap mintak resipi lg.. tq fendi..
Laporan oleh: masz_73
Pau
09-12-2007
apa sudah jadi kalu? salah gne oven so bahagian atas xsekata masak.. warne putiy je.. hehehrase pau.. lalalla
Laporan oleh: adiezx
Img_1308
20-03-2008
guna pinggan jer bakar..best aar resepi nih..gebusss
Laporan oleh: lan_ieza
28032008530
28-03-2008
Menjadi! Tapi tak naik sangat; so soft dan sedap!
Laporan oleh: fuzzyfarrah

Komen (23)

20-07-2006, lynn komen :

wah senangnya... ok bila2 boleh cuba tp tak de la nak guna tangan, pakai tukang uli jek.. hehehe tp lain sket caranya ... ada A dan B.


20-07-2006, yani komen :

kak lynn.. kalo guna breadmaker, campur semualah bahan A dan B tu.. ni saje try buat uli pakai tangan sebab ada yg tanya kalau takde breadmaker nak buat macam mana..


09-08-2006, rkedai komen :

sedap dan senang tuk dibuat... tapi bila nak bakar saya guna 180C gak..dlm 15 min..dah cuba 8min tak masak..nak tanya tahu tak buat roti sandwich...


27-08-2006, yani komen :

rkedai.. sebenarnya roti tu dah masak.. kalo tak kuning.. biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit, lepas tu baru bawa keluar. Kalo nak buat roti sandwich kena letak dalam bekas(acuan) yg di khaskan untuk bakar roti.


09-09-2006, mymum komen :

asalamualaikum nak tanya nie apa maksud suhu bilik 40C


09-09-2006, yani komen :

mymum... maksudnya air yg diguna tu suhunya 40C ataupun air biasa.. bukan air dr peti ais.. kalau air dr paip tu sejuk .. kenalah biarkan dalam bekas seketika sebelum digunakan.


10-10-2006, desperate cook komen :

yani, kalau pakai susu segar instead of air bolehke? BTW tengah bengang sbb i lost the kneading blade from my newly bought breadmaker. tengah berkobar2 nak buat ,tup-tup cari benda tu entah ke mana.mesti the clumsy me yg misplace benda tu...so for the time being kena trust the good ol' hands..thanks anyway


10-10-2006, yani komen :

desperate cook .. kalau nak ganti susu boleh je.. lagi sedap... la ciannye... i pun pernah terjadi macam u tu.. tapi nasib baik jap je .. jumpa balik.. pastu selalu beringat..


08-11-2006, nuarliesya komen :

yani:boleh tak kita letakkan inti sardin atau tuna dalam roti tu sebelum bakar?lagi satu blh tak tukarkan tepung roti dengan tepung gandum?


09-11-2006, yani komen :

nuarliesya.. kalau buat roti elok guna tepung roti(tepung berprotin tinggi).. baru roti tu gebu dan tak keras.


09-11-2006, yani komen :

nuarliesya.. nak letak sardin pun boleh


09-11-2006, noorazirah komen :

nk try la..mcm best je..


14-11-2006, Miamiot komen :

Hai saya org baru kat sini....Dah try...ok rasanya sbb saya letak gula dgn butter kat dalam...anak2 suka..rasa manis2 skit...sorry x gambar...nnt next time ok...


05-12-2006, liza_zack komen :

kenapa, roti saya rupe dah ader. tapi luar nyer keras? dalam ok. tolong terangkan sket. tq


06-06-2007, sayangmaneh komen :

pernah makn roti ni, mmg best dan comel, tapi apa yg buat kt luar dia licin dan cantik, sapu putih telur ke?


30-11-2007, shuttleangel komen :

nak tanya skit...tepong roti tu nak cari tang mana? Pusing 3 giant tak jumpa nama tepong roti. Sapa tau mai habaq sat nak pi try buat ni...


30-11-2007, fendi75 komen :

shuttleangel, Tepung roti ni sama dgn tepung high protein, kalau nak yg jenama nona leh try tengok yg kat glossary ni:- http://myresipi.com/top/glossary/54


01-12-2007, nurnikisha komen :

angle..tepung roti tu sama gak ler ngan tpung halus or superfine flour..tepung berprotein tinggi..kat mesia biasa kish guna yg jenama blue key..carik aaa...aderrrrrrrrrr...:)


01-12-2007, shuttleangel komen :

woooihh... baguih.... laju hampa respon... nnt nak pi cari sat lagi. tq..


13-01-2008, along_nor komen :

hai,bleh nk tnya x?kalu x gne tpung roti bleh x?ganti ngan tpung biasa..


03-03-2008, mar_sweet komen :

nak tny.. roti nie leh letak inti x dalam cth inti tuna ke curry aym?


20-03-2008, lan_ieza komen :

[IMG]http://i73.photobucket.com/albums/i220/lan_ieza/IMG_1308.jpg[/IMG] alas dulang takder ..bakar dalam pinggan jer masuk microwave..besttt


03-06-2008, ayufendy komen :

fendi, ada tepung roti tak kat msia.?kat mana ada jual eek?carik tak jumpa la


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu