oleh: lisafiq Kek Coklat Kukus

Img_0624

Resepi daripada kak ipar...amat mudah menyediakannya.


Created on : 23-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 tsp krim tartar/baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • sedikit esen vanila
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak jagung
  • Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggaran sendiri)

Cara-cara

  1. 1.ayak bersama krim tartar,soda bikabornat,tepung gandum dan serbuk koko
  2. larutkan gula dengan air panas
  3. pukul telur hingga kembang sedikit
  4. masukkan susu pekat manis
  5. kemudian masukkan esen vanila dan gula yang dilarut tadi.
  6. masukkan adunan tepung - kacau sebati
  7. masukkan minyak jagung - kacau sebati.
  8. tuang adunan ke dalam bekas plastik dan kemudian kukus selama 45 minit.( anggaran 4 bekas plastik 4 segi)
  9. Pastikan air di dalam periuk kukus dididihkan terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  10. Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggarkan saja) dimasak dengan kaedah 'double boil'.
  11. setelah kek sejuk, tuang toping ke atas kek dan taburkan coklat rice.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc04035
03-05-2007
tarrraaa....1st time cuba,menjadi.alhamdulillah...suspens gak takut bantat ke.my hubby tak sabar2 nak rasa.siap je masak terus potong,tak semapt tunggu sejuk skit dulu.hehehehe...sedap! thanks ye...
Laporan oleh: Ayu61279

Cantiknyeee....mesti sedap ni


Komen (10)

25-04-2007, suriHati komen :

kek ni nampak mcm sedap moist ke, kering yer?


27-04-2007, eleven komen :

Kenapa gmbr nye pudar n lain skit........


04-05-2007, lisafiq komen :

SuriHati...kek tu moist. Try le...


04-05-2007, lisafiq komen :

eleven..Sebenaqnya i ni tak reti nak upload gambar...just try je ni.. sebab tu nampak blurrrr....je..Ni i dah ganti gambar baru...kek yang belum potong lg tp gambar tu masih blur jg.Sorry ye...I'll try tuk perbaiki kualiti gambaq tu k...


08-05-2007, Ayu61279 komen :

lisa....kek tu ayu buat half portion dr bahan2 yg u bg tu.ayu b'dua je kat umah tu so klu ikut sukatan yg u bg,takut tak abis je nnti.tu pun dpt gak le ayu bg kat jiran & kekwn kat opis rasa.dorg ckp sedap.


08-05-2007, lisafiq komen :

Sukatan yang i bagi ni memang hasilnya banyak...berbaloi. Beruntung jiran2 n kekwn u...dapat makan kek free....sedap pula tu...


25-12-2007, haida30 komen :

kek ni boleh tak bakar dalam oven?


20-01-2008, lisafiq komen :

haida30, i tak pernah pula try bakar. kalau u nak...cuba je la...who knows bakar lagi sedap daripada kukus. I br buka laman ni...baru balik dari Malaysia..sebab tu baru dapat balas soalan haida tu. Kat msia i langsung tak tgk internet...


05-09-2008, LAYAL komen :

krim tartar tue ape ek lisa..nak beli kat ner tue


20-09-2008, surayu komen :

Dah byk kali buat..tapi malas nk buat toping..tu pun dah licin..hehehe..Dah byk resipi kek coklat yg saya cuba but..this is the BEST and paling mudah sangat nak buat..MOIST sangat, manisnyer pun sedang2 aje..Thanks so much lisa!! To haida30, sue dah try bakar..menjadi juga cuma x moist macam kukus, anyway naik elok aje.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu