oleh: syahmi Sagu Kelapa

Sagu_kelapa

kuih paling mudah disediakan tapi sedap...


Created on : 22-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( satu keluarga kecil )

  • 1 cawan sagu (basuh dan tos)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • Pewarna
  • Kelapa parut digaul dengan garam

Cara-cara

  1. Masak gula dengan air hingga gula larut.
  2. Titikkan pewarna.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
  4. Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
  5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
  6. Siap untuk dihidang.

Tag

dessert




Laporan Masakan Bergambar (15)

Sagu
23-04-2007
teringin nak makan, terpaksalah guna kelapa kering.. :p
Laporan oleh: yani

cantik tuuu..terima kasih kerana mencuba.

24042007_063_1
25-04-2007
akhirnya dapat jgk makan kuih nie.. puas hati! =)
Laporan oleh: zara_klate

nampak sedap pulak warna hijau ni..kalau combine dgn warna merah lagi nampak ceria.. tq for responding.

Sa
28-04-2007
merahlah mak ngah.. sb tak guna sudu maka tuang mcm tu jek.. maka nilah hasilnya.. pengajaran bila nak titik pewarna guna sulu..diri sendiri yg salah.. tapi habis gak
Laporan oleh: princessharyati

ok le tu..janji habis dimakan...tq for trying.

Pcdv0026
29-04-2007
Dah jadi dah. TQ. Kalau boleh kurangkan sedikit gula.
Laporan oleh: cikgunita

betul tu...kurangkan manis dalam makanan...lebihkan manis dalam senyuman..:)

Pic000
04-05-2007
best!! tak sabar2nk mkn.. hehehe
Laporan oleh: giha_gaha

ooooo.... berebut2......mesti sedap tuuu.......tq ..kelakarnye..

Img_0374
05-05-2007
Memang senang dan sedap. Tak payah pakai pewarna sbb ada jual sagu colour hijau.
Laporan oleh: Noreen

nanti syahmi pun nk try sagu yg berwarna tuuu... tq.

Dscn0537
07-05-2007
Dari kecik mmg suke sgt kuih ni...tq Syahmi.
Laporan oleh: kakfiza

dan besar teringat2 kan....nostalgia le tu...ur welcome..

Pic_061
19-05-2007
akhirnyerr..hehe..snasib ngan kak yani. tpksa guna kelapa parut kering segera =P
Laporan oleh: yummiez

apa2 pun xpe le...asalkan dapat makan kan...tq.

Dsc05380
18-06-2007
dah lama buat tapi baru dapat update. guna kelapa kering tapi sedap jugak..
Laporan oleh: hanis

cantik lak bentuknya....emmmm...tq.

Dsc00783
27-06-2007
sejam tunggu... tak keras gak... mcm cendoll da!! BYK AIR KOT...
Laporan oleh: minah_selebet

boleh le tuang santan ngan air gula merah....jd le cendol...xpe cuba lagi..kurangkan air.

Dsc00784
27-06-2007
akhir nya dah dua hari cuba,... heheh ... ini la hasil nye...
Laporan oleh: minah_selebet

sebenarnya ia mmg lembik....lepas disalut kelapa baru le nmpk rupanya..

Picture_017
18-09-2007
sebelum potong
Laporan oleh: nuanza
Picture_018
18-09-2007
selepas potong, tp gambar kelabu, ambik guna kamera hp ja. pastu za terpaksa kukus, sbb sagu tu x nk jd jernih..
Laporan oleh: nuanza
Kuih_sagu
11-02-2008
Terlebih air, lembik sikit. Next time kena kurangkan air.
Laporan oleh: hazila

terlembik pun sedap kan.......leh mkn dgn sudu.....

Dsc03555
19-06-2008
request fm dother ... dah byk2 kali wat .. masak dlm non stick rice cooker jer hehe .. cara org ~ M~ masak,semua nak senang ;-) !! org Trg pggl kuih ni bronok .. tks syahmi
Laporan oleh: yatiezaini

wow....bestnya dia posing....tq 4 trying..:)


Komen (16)

23-04-2007, zara_klate komen :

mmm.. k. zara nak try la kuih nie.. terliur tgk yg syahmi buat.. pulak tu da lama tak makan..


23-04-2007, shaliza81 komen :

kuih sagu ni mmg sedap..warna pun bleh tukar2 ikut suka, kaler hijau pun cantik


23-04-2007, ALIMAHTUNSADIAH komen :

Kuih ni ada yang panggil janda malaskan, tak letak daun pandan ke masa mask air gula tu


23-04-2007, kakfiza komen :

Nak bg petua tntang kuih sagu ni...lepas masak jika sagunya masih lagi nampak putih2..masukkan dalam loyang dan kukus 30 min.


23-04-2007, hanis komen :

waahh...cepatnya kak yani dah buat. mana dapat sagu tu? teringin la jugak nak buat..


23-04-2007, cikgunita komen :

Sebelum ini saya dah banyak kali buat tetapi selalu sagunya tak kembang habis. Tengok terliur sagu ini. Nak cuba lah minta-minta kali ini menjadi.


24-04-2007, mamazai komen :

wah nie kuih lama ni.... tats kegemaran saya....tak silap namanya kuih awel2 sedap nie... dah lama betul tak makan kuih nie boleh lah cuba nanti...


24-04-2007, ALIMAHTUNSADIAH komen :

Syamie saya dah buat kueh ni mlm tadi ...oklah sedapnya ....tapi saya guna sagu yg berwarna merah kat sini susah nak cari tapi kat kelantan banyak


29-04-2007, syahmi komen :

Syahmi belum pernah guna sagu yang siap berwarna...ok ke?...senang juga ye , x pyh bubuh pewarna.


08-05-2007, syahmi komen :

dah besar teringat2 kan....nostalgia le tuuu.....ur welcome.


25-06-2007, ezdiany komen :

sy x sure mcm nak tahu sagu tu dah cukup msk. sbb ada sagu yg warna putih lagi. tp bila kacau, kuihnya x melekat di periuk. thanx 4 d recipi. mudah & ringkas.


27-06-2007, zbahrain komen :

ada siapa-siapa di sini yang tahu kuih talam sago... saya tak tahu nama kuih tu..bawah warna coklat (macam talam tepung) atas sago... macam mana nak potong sago bagi cantik potongan nya.. CIKGUNITA...cikgu orang johor ke??


06-11-2007, jylly komen :

Dah cuba dah.menajdi walau pon lembik siket.sy kurang kn kuantiti gula kpd 1/2 cawan.sdap,manis2 buah.


06-12-2007, muziana komen :

dah buat utk breakfast pagi nie....tp terlembik sikit...betul ker sukatan sagu sama ngan sukatan air


20-02-2008, zailin3 komen :

a'kum, sy nie bdk br nak bljr msk...sy dah buat mlm td tp pg nie hubby kt sagu x brp msk, masih ada lg sagu yg warna putih... mcmana ye nak buat?


22-04-2008, Puff Pastries komen :

resepi lama nie. Baru nie ada cuba experiment sendiri. Tapi tak jadi. Jumpa pulak resepi kat sini esok leh buat. Kalau nak sagu tuu 100% masak rendam dulu sagu tuu lebih kurang 2 jam. Pas tuu toskan. pas tuu baru masak. Kita selalu buat cam nie lah untuk dalam sagu yang masak sampai ke tengah. Kita suka buat Sagu Gula Melaka. So.. lepas nie kita nak buat yg nie pulak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu