oleh: Alia Tiramisu biskut

Tiramisu

easy and yummy...


Created on : 17-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 16 keping biskut marie
  • 20g gula halus
  • 100ml air suam
  • 4 sudu kecil Instant coffee
  • ***
  • 3 biji(L size) telur kuning
  • 25g halus
  • 150g mascarpone cheese
  • ***
  • 3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
  • 25g gula halus
  • serbuk koko secukupnya

Cara-cara

  1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.
  2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan.
  3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas. Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi.
  4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.
  5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.
  6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.
  7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.




Laporan Masakan Bergambar (1)

R1__11_
28-01-2007
menjadi.. sedap..saya tambahkan lagi kesedapannya dengan kek coklat span didalamnya
Laporan oleh: princessharyati

Komen (21)

08-08-2006, Ana83 komen :

Ade tak resipi yang guna agar2 atau gelatin? Sbb kalau guna putih telur je, nanti jadi berair.


17-08-2006, siti komen :

mascarpone cheese - boleh terangkan ia sama dengan cream cheese atau nama lain? Di mana boleh beli?


10-09-2006, is komen :

sirap tu yg macam mana ek?sirap apa?


10-09-2006, Alia komen :

Is... cara penyediaan sirap tu kat step no.2


29-09-2006, ain komen :

boleh tak ganti coffee tu dengan coklat sebab ain suka sangat ngan coklat (",)


06-10-2006, nizie komen :

nk tanya jgk mcm siti tu..mascarpone cheese tu sama dgn cream cheese ker??


06-10-2006, yani komen :

mascarpone cheese tak sama dgn cream cheese.. dr segi harga.. mascarpone lagi mahal.. rasa pula lagi sedap berbanding dgn cream cheese..


09-10-2006, nizie komen :

tp blh ganti mascarpone cheese tu dgn cream cheese tak kak yani??


10-10-2006, balkis komen :

suami x mkn kopi, leh ganti ngan bahan lain x, cth?


10-10-2006, F&N komen :

Pernah buat tiramisu guna cream cheese sahaja.Tak sedap.Masuk tong sampah je.


12-10-2006, nurain komen :

Hi, ain biasa gantikan mascarpone cheese tu dengan cream cheese sebab lebih senang nak dapatkan kat supermarket. Just lebihkan amount gula untuk cover rasa masam cream cheese tu. masa buat aduna tiramisu tu rasalah nak manis camne..sedap jugak sampai kawan2 tak boleh beza saya guna cream cheese.


12-10-2006, nurain komen :

tambahan kepada yang guna cream cheese boleh tambah sesudu atau dua sudu fresh milk nak kasik adunan tiramisu tu ringan sebab bila guna cream cheese dia pekat sikit. ain modified sendiri recipe ni untuk dapatkan tiramisu yang lebih mudah dah sedap.


16-12-2006, Flocy komen :

Hello Alia... mascarpone cheese tu beli dari mana? Di JB ni... semua hypermarkets, JUSCO, Giant, Carrefour habis di'round' tapi tdk jumpa...


29-01-2007, Lilydvalley komen :

Biasanya supermarket biasa mcm ginat, tesco carrefour & yg sewaktu dgnnya tak jual mascarpone. Kena pegi kedai yg jual brgan kek. kalo kat Shah Alam, rm20 for 250gm pack. mahal beb! tak sanggup rasa nak beli. Itu pun tak selalu ada.


11-02-2007, fizsha komen :

alia,saya try buat tp krimnye cair,sgt sdey!!!!!!!agaknye sbb saya cpur trus telur putih n gula ke buat telur putih tu x kmbg2?


29-03-2007, leya komen :

sedap sgt tau... !!


05-04-2007, mrsdayat komen :

telur tu...mentah la ek...mmm tak leh bg bebudak or pregnant woman nih..


24-08-2007, hanitah komen :

yer la telur tu mentah, leh makan ke nanti sakit perut...


14-11-2007, citi oyuki komen :

rasenye klu tukarkan biskut marie ngan biskut sponch finger pun sedap gak....tp x tau nak cari biskut kat mane...mak member kite yg biasa buat


10-02-2008, aida_husin komen :

dh buat n jadi.thanks pd yg empunya resepi cuma ubah skit.guna cream cheese jer tp mcm kata nurain tmbah fresh milk 1 sudu besar, sedikit gula (nk cover rasa cheese) n gelatin 1/ sudu kecil+3 sudu besar air suam(supaya tk berair).buat dlm 3 lapis.lapisan bwh choco sponge cake, lapis tgh guna biskut marie n lapisan ke3 guna tiramisu biscuit(sj nk perabihkan bekalan yg ada)...mmg sedap n rugi tk cuba...


18-02-2008, mamigebu komen :

woah, yumi2..suke sgt tiramisu, tp nak tanya sket, if letak serbuk koko kat atas dia, tak rasa pahit ke? atau ada campuran lain? sumbody help me plzzzzz...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu