oleh: ctjuliez Pai Epal

Pie_022

resipi sendiri.1st time buat pai tak cantik sgt.tp rsnye sebijik mcm pai mc'd.


Created on : 16-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 org )

  • base:
  • 3 cwn tepung roti/gandum
  • 2 cwn mentega
  • 4 sb air suam
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 kuning telur (dipukul)
  • filing:
  • 4/5 biji buah apel (potong nipis)
  • 2 sb serbuk cinamon
  • 2 sb gula (masak dgn apel)
  • 2 sb gula (karamel)
  • 1 sb gula (tabur atas apel)
  • 2 sb susu segar
  • 1 sb mentega (tabur atas apel)
  • 1/2 cwn mentega (karamel)

Cara-cara

  1. Pie_017
    campur semua bahan untuk membuat base sehingga menjadi doh.balut dgn cling wrap dan letak dlm peti ais sementara membuat filing.
  2. masak gula dgn mentega untuk karamel.setelah cair,masukkan susu segar.kemudian masukkan apel yg telah digaul dgn cinamon terlebih dahulu.masak selama 5 minit @ cukup sehingga apel empuk.
  3. panaskan oven.
  4. keluarkan doh tadi dan potong dua bahagian.kemudian,canai setiap bhgn nipis2 (ikut besar acuan).
  5. Pie_020
    masukkan doh ke dlm acuan.kemudian,tuangkan apel karamel td.taburkan gula di atas apel diikuti mentega.
  6. Pie_021
    akhir sekali,letak doh satu lagi utk menutup apel.cucuk doh dgn garpu.tutup atas pai dgn aluminium foil.bakar 30 min @ 210 darjah.
  7. Pie_018
    inilah rupanya bila dah masak.lebih cantik jika disapu kuning telur. (i lupe nak sapu kuning telur di atasnya!) Selamat mencuba.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

Pb090453
10-11-2007
pai epal sy ni keras sikit, tp sedap sangat...kenapa gula banyak sgt? terima kasih cik ctjuliez kerana sudi berkongsi
Laporan oleh: Adilah

Komen (3)

17-04-2007, kebayan komen :

nak tanya....u pakai epal hijau ke? kalo i nak buat pai nenas resepi dia sama x? Mc'D dulu ada pai nenas tapi skang dah takde....kempunan.... sob...sob....


18-04-2007, ctjuliez komen :

kebayan,dsbbkan pai kat mc"d slalu abis ler,ct cuba buat pai sdr! klu nak sedap bubuh apel merah 3 bijik,apel hijau 2 bijik.tp ct kat atas guna apel merah je,ct tak suka sgt apel hijau..pai nanas rsnye ct tak pasti,u try dlu pastu kasik laporan,bleh?? tq.


15-12-2007, MissIdiot komen :

sy sgt2 x pndai masak...pndai masak air je..huhuhu....kak, 'sb' tu sudu besar ke?sudu makan ke sudu lauk tu?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu