Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kek Kukus Buah-Buahan Basah

 Submitted By On 11 April, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resipi dari Makcik D, ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.

Ingredients
  • 600 gram tepung gandum
  • 300 gram gula halus
  • 5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
  • 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
  • 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
  • 2 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
  • 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
  • kertas kuih
  • aluminium foil
Instructions
  1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

  2. Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.

  3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.

    KekKukusBuah1-MentegaGula.jpg
  4. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

    KekKukusBuah2-EsenVanillaPewarna.jpg
  5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.

    KekKukusBuah3-MasukTelur.jpg
  6. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

    KekKukusBuah4-Selepastelurdigaulseb.jpg
  7. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

    KekKukusBuah6-Selepastepungdigaulse.jpg
  8. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.

    KekKukusBuah7-GulaHangus.jpg
  9. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.

    KekKukusBuah8-Tepungyangtelahdigaul.jpg
  10. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

  11. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

    KekKukusBuah9-Selepasmasukmixedfrui.jpg
  12. Hasilnya selepas dikukus

    KekKukusBuah11-Selepasdikukus.jpg
  13. Nota dari D : Sewaktu D buat, D kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik. Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

  14. Jika anda tidak berapa suka kek buah yang terlalu moist (basah) boleh mencuba resipi Kek Kukus Buah-Buahan Lembab http://resipidiana.blogspot.com/2006/10/kek-kukus-buah-buahan-basah-dan-kek.html dan boleh baca apa kata mereka yang telah mencubanya :)

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All