Google+

oleh: erna Roti pita ayam

Pita-bread

isi ayam dan salad


Created on : 14-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi erna




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 keping roti pita
  • 2 keping dada ayam- potong nipis
  • * 2 sudu kecil worcestershire sauce
  • * garam
  • * serbuk lada hitam
  • *1 ulas bawang putih-parut
  • *1cm halia-parut
  • 1 biji telur
  • lettuce
  • tomato
  • sos tomato/cili
  • mayonis
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Perap isi ayam dengan semua bahan bertanda (*) selama 30 minit atau lebih
  2. Pukul telur. Celupkan isi ayam ke dalam telur. Cover dengan tepung. Then goreng dengan minyak panas sehingga masak.
  3. Potong 2 roti pita. Then isilah lettuce, tomato, ayam dan juga sos.
  4. siap untuk dimakan.

Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscf5299
07-01-2007
roti pita daging
Laporan oleh: minami133

emm.. yummy!

Picture_1334
11-04-2007
my dinner semalam...hehe
Laporan oleh: junjs11
Gambar_e_amik_164
23-05-2009
yg ni yg dh taruk inti...
Laporan oleh: McE


Komen (14)

07-09-2006, nahrafqifahs komen :

"worcestershire sauce", "lettuce" tu ape dia erna?


14-09-2006, nita komen :

a'ah....worstersaurus sos" tu hapa eh?? mn nak dpt?? kalau takde sos tu nak ganti pakai apa??


15-09-2006, suzie komen :

worcestershire sauce", "lettuce" tu ape dia erna?


28-09-2006, husna komen :

worcestershire sauce tu bole korang dapatkan kat pasaraya Belambak-lambak Rupe dia mcm kicap cair Sauce ni slalu guna dlm western food


28-09-2006, husna komen :

lettuce tu rupa dia mcm kobis+salad Cuba korang gabungkan kedua-dua benda tu mesti korang dapat rupa lettuce tu Tapi kalo dah x tau sgt pegi pasaraya kat bhgian sayur2 tu Mesti ada punya


13-04-2007, uniquenix komen :

roti pita nk dapat katner ek??xpenah dgr 'roti pita'...


13-04-2007, Lilydvalley komen :

uniquenix, kalo u kat m'sia, sure u biasa tgk org jual kebab kat pasar mlm/tani kan... kan ada kebab yg dai masukkan dlm pita bread, McD foldover pun guna pita bread jugak.


18-04-2007, uniquenix komen :

ntahla,i penah gi pasar mlm or tani..,tp xpenah beli kebab. the point now..,i nk tau katner leh beli roti pita tue?mcd foldover pon penah mkn..,cuma xtau sources nye dari mana...


19-04-2007, Lilydvalley komen :

uniq, roti pita ni, kat giant,tesco pun ada jual. cari kat bahagian roti...


19-04-2007, uniquenix komen :

ok...thnx....


15-06-2007, norahalim komen :

lettuce tu daun salad


07-04-2008, mardino komen :

Assalamualaikum!! Nak tanya, worcestershire sauce benda apa dan kat mana kita boleh dapatkan. TQ


23-05-2011, juliaz09 komen :

worcestershire sauce tu kicap yang gune mase goreng burger... mase korang order burger kt kedai cuba tngok die masak..nanty mase masak tu die letak sos tu la...


22-06-2011, edel komen :

sos yg dlm botol kaca tu ek???


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd