oleh: edwonder Ikan Kukus Ala Sarawak

No picture

masakan sarawak


Created on : 13-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 1 ekor ikan sederhana besar yang segar (talipia / sultan / terubuk atau apa jenis ikan kegemaran )
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 tangkai serai *
  • 1 cm halia *
  • asam jawa
  • serbuk lada putih
  • 2 -3 biji cili besar ( dihiris )
  • 2 sudu besar Kicap ( paling sesuai Kicap Tong Nam )

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan-bahan *
  2. Bersihkan ikan
  3. Lumur seluruh badan ikan dengan asam jawa. ( asam jawa jangan dicampur air )
  4. Letak ikan dalam bekas untuk dikukus. Tabur kan bahan ditumbuk atas ikan. Tambah lada putih, cili padi dan kicap. Kukus hingga ikan masak. Jika nak pedas, boleh guna cili padi.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Picture_129
23-04-2008
guna ikan kembung jek..
Laporan oleh: junjs11

Komen (2)

13-07-2006, admin komen :

edwonder. terima kasih banyak-banyak di atas kesudian edwonder untuk menyumbangkan resepi kat sini dan sememangnya dialu-alukan. Untuk memudahkan orang lain membaca resepi yang ada di sini, adalah di harapkan agar edwonder dapat meletakkan bahan-bahan di bahagian bahan-bahan, cara-cara nya pula di bahagian cara-cara, dgn cara ini akan lebih menari minat orang lain untuk mencuba resepi ini. sila pergi ke sini http://myresipi.com/help/isiresipi.html untuk melihat animasi berkenaan cara meletakkan resepi di web ini.


14-07-2006, admin komen :

edwonder.. saya dah asingkan antara bahan-bahan dan cara-cara memasak untuk resepi ni.. sekiranya nak masukan resepi baru, saya harap edwonder dapat ikut cara-cara ini.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu