oleh: yummiez Air Asam

Pic_018

resepi ibu saye..


Created on : 09-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( berapa2 orang pun boleh )

  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah
  • 3/4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan
  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • jus limau

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Tag

pencicah




Laporan Masakan Bergambar (1)

Air_asam
22-05-2008
Tak letak tomato sbb tak de. Kalau nak tunggu ada, kang tak dpt mkn...... Yer.... sungguh yummie.... mkn dgn ulam... bak kata tok Wan...Saladdddd... kih..kih...
Laporan oleh: che'iza

thanx kerana mencuab yer che'iza..


Komen (9)

10-04-2007, bluehikari komen :

wah, resepi lebih kurang saya punya. tapi disebabkan sy tak boleh makan cili mentah, saya akan goreng dulu cili sebelum ditumbuk dg bahan2 lain. Sedappp bila dicicah dengan ikan bakar.


11-04-2007, yummiez komen :

oo goreng dulu ye cili tu bluehikari.. erm.. tak pernah try lagi.. aah btul2, mmg sedap makan ngan ikan bakar! meleleh dah air liur nii... =)


29-04-2007, minami133 komen :

nampak macam pekat ajer...


30-04-2007, yummiez komen :

minami133, pekat ker? hmm.. sy buat tu air asam pekat sikit.. kalau minami133 taknak pekat sgt, kurangkan kepekatan air asam tu.. =)


30-07-2007, munyit crew komen :

emm ada x org bubuh kerisik dalam air asam?


11-08-2007, yummiez komen :

hmm... kerisik? err tak pasti la munyit crew... sy buat tak penah bubuh kerisik tapi tatau ler kalau ade org lain wat camtu..


11-08-2007, anis_samsul komen :

emmm..nampak jak pun da terliur. Pasti nak cuba cicah ngan ikan bakar sumbat ni, lagi terangkat..pasti hubby happy..#


31-08-2007, Dea komen :

Ermmm...nampak sedapp btol tapi tang belacann ni yg tak tahann...mau tercabut hidungg heheheehe....tapi leh diadjustkann??


31-08-2007, yummiez komen :

anis_samsul: hehe cicah ngan ikan bakar mmg besh, tak larat nk angkat dah! haha.. Dea: hehe mekaseh.. hmm boleh aje kalu nk adjust belacan tu kalau tak suka letak byk.. terpulang kat tuan empunya badan nk byk mane.. =) asalkan idung tak tercabut sudah! =P


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu