oleh: NanaSham Kuih Seri Muka/Puteri Salat

Dsc00720

resipi turun temurun....hehehehe


Created on : 20-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Tag

kuih-muih




Laporan Masakan Bergambar (17)

Srimuka
26-03-2007
guna 4 helai daun pandan saja.. nak jimatlah katakan..hehee.. :)
Laporan oleh: yani

ALHAMDULILLAH cum nya. Kecik molek plk tu. Bahagian atas boleh ditambahkan setitik dua pewarna hijau agar kelihatan lebih cun lg.

30-05-07_1809
31-05-2007
talam gula merah
Laporan oleh: masliana

wah cik masliana cek tukar resipi nanah eh? ttp nampak mcm sedap gitu

Step_by_step_222
29-07-2007
Buat malam tadi...pagi tadi baru potong....sedap "kepala hijau" dia tak manis sgt.
Laporan oleh: Mat Gebu

cek Mat G nampak elok benar rupanya memang nana kurangkan manisnya terima kasih krn mencuba

Foods_001
12-08-2007
sedap...baru ni jumpa sukatan yang betul :) tq
Laporan oleh: tulip77

WOW cantiknya pasti tulip senang hati ALHAMDULILLAH sesungguh nya semuanya ini datang dpd ALLAH

Dsc07854
24-08-2007
first time buat.hampir2 jadik aa...rupe xde sgt...tp rase bole thn..hehe
Laporan oleh: syafiah

sabar sesungguhnya akan berjaya org yg bersabar Klu 1st time rupe nya camtu 2nd time pasti cun nya INSHAK ALLAH

Gambar_018
13-09-2007
1st time buat..menjadi.mekasih ye!
Laporan oleh: qirah75

ALHAMDULILLAH nana ucapkan mekasih jgk krn mencuba resipi nana

Imgp6322
25-09-2007
rasa tak percaya dah boleh buat kuih serimuka sendiri!! cuba kena belajar cara potong pulak, tak lawa cam kuih2 otai kat atas.
Laporan oleh: ina

tak mengapa ina dah jadi itu pun dah kira ok agaknya ina tak sabar tunggu ianya sejuk betul terus potongkan? jgn putus asa cuba dan terus mencuba pasti berjaya Terima Aceh krn mencuba :-)

26092007099
29-09-2007
kuih utntuk berbuka puasa semalam...sedap...tqvm....
Laporan oleh: mysore

Wah mysore tersangat lah cantik nampak nya kueh tu......ALHAMDULILLAH

Abcd0012
07-01-2008
dah 2 kali buat.. sedap sgt, tq!!!
Laporan oleh: seriseroja

2 kali? Syukur ALHAMDULILLAH 1 aje nak comment yg bahagian atas boleh digelapkan dgn dilebihkan Pandan paste atau dibubuh warna hijau sedikit tks seriseroja

Kuih_seri_muka
15-02-2008
Buat untuk sarapan pagi tadi. 2 thumbs up!!! Memang sedap dan perfect.
Laporan oleh: rossitamz

Syukur ALHAMDULILLAH terima kasih rossitamz warna atasnya itu boleh ditambahkan sedikit warna hijau atau lebihkan sedikit pandan paste tks again ross

Kuih-muih_021
18-02-2008
me buat setengah adunan ajer..alhamdulillah jadi..thanks 4 the resepi
Laporan oleh: intan_zabidin

sama-sama intan nampak bergitu selera sekali ALHAMDULILLAH

Img_2751
18-02-2008
sedap.. buat 2 loyang drpd satu adunan tp satu keras stu lembik sbb x tutup ngan aluminium foil, air masuk lam kuih
Laporan oleh: syahnina

ALHAMDULILLAH warna nya boleh di gelapkan dgn lebihkan Pandan paste atau bubuhkan sedikit warna hijau thank u

Seri_muka
25-02-2008
First time buat ni. Tapi yg hijau tu terlembut sikit. Anyway sedap. TQ
Laporan oleh: hazila

Syabas krn berjaya pd percubaan pertama Kalau ianya masih panas memeng lembek sikit atau semasa kukus termasuk titisan air sbb dpd gambarnya ada bekasnya tu

Puteri_salat
07-04-2008
perfect & sedap...
Laporan oleh: nana66

terima kasih krn mencuba. Cik pun nana jgk? adakah cik nie sedara kembar nana?

Serimuka_2
19-04-2008
sy buat half saja....guna sebijik telur..so atas dia agak llembik tp ok saja....next time kena tambah telur...apapun seronok sgt sbb rasanya sedap...tq kak nana~~~
Laporan oleh: humyrah

kak nana?? Hai humyrah nanasham bukan girl girl lah ttp BoyBoy hehehehehe ok jgk nampak tu Terima kasih krn mencuba

Dsc01821
21-04-2008
Sedap... x guna daun pandan, ganti dgn gula merah.
Laporan oleh: madd

hmm....madd awk pandai-pandai ubah resipi nana eh? ttp tak mengapa lg pun kita yg buat dia kan Terima kasih krn menggubah resipi nana hehehehehe

18835951
26-07-2008
pestime godek kuih seri muka ni..x cun sgt tp resa SUPERB!! thanks bro
Laporan oleh: shima27

Komen (61)

20-03-2007, are3646 komen :

errmmm..sedapnye kueh ni...kena cari beras pulut nampaknye nih!!


20-03-2007, princessharyati komen :

cantiknya pulut tu nampak putihlah....


20-03-2007, mazurah komen :

nak..tanya..lapisan atas ni tak payah dimasakkan terlebih dahulu ker?..saya suka kuih ini tapi bahagian atas saya selalu tak jadi..nampak cam keras tapi bila dipotong lembik bahagian atasnya.


20-03-2007, miza komen :

comel nye nana punya seri muka nampak kemas je nape kita buat tak jadi mcm ni ..nak cuba rcp nana lah plak


20-03-2007, Mat Gebu komen :

Cunnyaa kuehh....macam "anak dara"....sedapkan kueh2 tradisi kita nie...bahan2 pun guna yg segar tu pasal sedap....cara nana buat sama macam ibu mat, adunan hijau tu tak yah masak2 atas api sampai pekat......terus tuang dan kukus.....


20-03-2007, NanaSham komen :

APA!! mcm "anak dara"? malu lah nana mat ...hehehe(sambil tutup hidung) Terima kasih atas puji2an andah semua..ALHAMDULILLAH sesungguhnya nana pun msh belajar lg. Cubalah jgn tak cuba. Mazurah...lapisan atas tak payah Dmasak seperti kata mat. Setelah pulut tu masak, ratakan sikit atasnya lalu Dtuang terus keatasnya lapisan atas/ hijau & kukus hingga masak....are3646 nak cari beras pulut? Dtempat hang tak ada kot? Hang tinggal kat mano?Buat semuo SLMT MENCUBA..................


20-03-2007, Mat Gebu komen :

nana, pulut tu lepas kukus, kena padat2kan ke sebelum tuang "kepala" hijau dia tu....maklumlah mat dah lama tak buat sebab org selalu bagi...tapi teringin juga nak buat sendiri... lagi satu lupa nak tanya, kenapa perlu bbuh minyak masak dalam pulut tu masa kukus?.....sebab apa ek....


21-03-2007, mazurah komen :

ic...o.k nana malam nanti saya cuba buat..n nanti mazurah bg feedback..selalu fail bahgian atas kepala...pernah sekali hubby nak bawa gi surau utk kuliah subuh..potong-potong lembik so depa mkan ngan sudu..uwaaa..malu tak tau nak cakap camner.


21-03-2007, dyna komen :

dah try.. 1st time buat kuih nih....sedappp.... lapisan atas ngan lapisan bawah tu mmg tak bercampur.. tapi dyna malu nak letak gambar sbb permukaan dia plak tak cun... tak rata... dyna rasa api terkuat kot.. pastu loyang tak muat ngan adunan.. adunan berlebihan...


22-03-2007, NanaSham komen :

dyna size loyang yg dyna pakai tu yg tinggi atau rendah? Assisten nana salah taruk size loyang tu. klu pki size 22 yg tinggi 3'' pasti muat kesemuanya. 1 lg pulutnya Dtekan tak seblm mskan adunan atasnya? Nana ucapkan shabas krn 1st buat dah menjadi. Tak mengapa klu rupa tak cantik INSHAK ALLAH pasti satu hari akan menjadi pasti.


22-03-2007, NanaSham komen :

Mat pulut tu lepas kukus mesti Dpadat2kan sebelum mat tuang "kepala" hijau dia tu ttp JGN SEKUAT HATI ratakan aje atas nya....yg pasal minyak Dmskan kedlm pulut masa kukus saja aje krn nana pki santan kotak tak berminyak lain lah klu kita pki santan Fresh ada minyaknya sendiri.....slmt mencuba


22-03-2007, NanaSham komen :

mazurah ni nana nak bagi tips sikit mazurah ikut semua sukatan & cara nana tu INSHAK ALLAH pasti menjadinya. Biar kueh tu betul2 sejuk barulah Dpotong. Yg penting buatnya dgn penuh kasih sayang & hati yg ikhlas.....amin ewah ewah mcm Ustaz Ustaz plk uwaaaa.........akhir kata.......slmt mencuba....... :-)


23-03-2007, JBob komen :

my favorite nih. tak sabar nak cuba!


23-03-2007, NanaSham komen :

JBob cuba jgn tak cuba Bila dah jadi jgn lupa upload hasilnya slmt mencuba..........


16-04-2007, kimka komen :

sudah lama daku mencari..baru sekarang jumpa resipi nie....i dah try..sedapppp!!!.thanks nanasham.


17-04-2007, cikgunita komen :

Bagus resepi ini. Memang best. Thank you Nana.


21-04-2007, NanaSham komen :

Syukur ALHAMDULILLAH sama2 cikgunita ttp mana gambarnya? awk ni cikgu masak2 ke?


26-04-2007, cikgunita komen :

Nana, I cikgu biasa je. Bukannya pandai masak pun. Husband I minat kuih seri muka.


08-05-2007, lieza_pink@yahoo.com komen :

Saya Nak Tanya Ye Sorry Kalau Tak Letak Telur Takleh Ke Tak tahan Bau Hanyak Dia Macam mana Ye!


12-07-2007, pulutpanggang komen :

kak yani..kak ringo.. beras pulut dlm bahase jepon ape? yg nie pon sye teringin nk mkn..


12-08-2007, tulip77 komen :

sedap kuih nih...baru ni jumpa resepi yg bg sukatan betul :) kalau tak kuih terlembik atau terkeras...tension!!! tp tulip pakai telur 2bj jek & tak guna daun pandan pun,still sedap....tq so much


13-08-2007, willow komen :

cuba buat hari tu...memang jadi dan rasanya pun sedap. cuma satu masalah, pulutnya melekat kat loyang. santan tak cukup lemak ke? macamana nak buat tu...?


19-08-2007, NanaSham komen :

terima kasih tulip77 krn mencuba resepi ini ALHAMDULILLAH ianya menjadi


19-08-2007, NanaSham komen :

Kalau tak pakai telur tak cukup syarat kueh nana nie setahu nana tak ada berbau telur pun INSHAK ALLAH cuba lah lieza_pink nana jamin 100% nya tak bau telur asal aje jgn gunakan telur yg rosak hehehehehe bau nya lg nana tak boleh angkat............ :-)


19-08-2007, NanaSham komen :

Cik willow bkn krn tak cukup santan atau lemak ttp loyang tu di sapu dgn sedikit minyak agar pulut tidak melekat pd loyang itu.........terima kasih krn mencuba...... ;-)


22-08-2007, ina sayang komen :

cantiknya kuih nana. Nak cuba puasa ni. Satu lg, mak saya kata kalau nak hilangkan hanyir telur, buang bahagian 'kepala'nya (klu tgk btl2, kat telur tu ada ketul yg warna putih @ bertali)


25-08-2007, tulip77 komen :

nk share idea... klu xnak pulut melekat atau senang nk kuarkan dr loyang...letakkan plastik foil atas permukaan loyang, pastu br masukkan pulut yg nk kukus tu. jgn risau tak hangus plastik tu. tulip biasa buat kuih kukus mmg alas dgn plastik foil ni, blh terus angkat sekali dr loyang & senang nk potong :) especialy kuih lapis,serimuka or talam pandan


14-09-2007, NanaSham komen :

tQ ina sayang Memang betul klu nak hilangkan hanyir telut kenalah Dbuang bahagian "kepala" telur itu. Cuba jgn tak cuba


14-09-2007, NanaSham komen :

tQ ina sayang Memang betul klu nak hilangkan hanyir telut kenalah Dbuang bahagian "kepala" telur itu. Cuba jgn tak cuba.


14-09-2007, NanaSham komen :

tulip77 tks ini tips yg sangat baik sekali ttp nana nak tanya lah "plastic foil" yg Dmaksudkan tu adakah sama dgn "aluminium foil", "kertas minyak" atau "plastic wrapping film" nana tak pasti lah................... :-)


25-09-2007, tulip77 komen :

nana sory lambat reply... plastik wrapping bkn aluminium foil....


04-12-2007, seriseroja komen :

alhamdulillah kuih baru siap. dah potong n rasa nanti leh upload gambar (kalau menjadi leerrr..). yg pasti x cun!! sebab kena kain balut tudung periuk.. waaa...!!!!!! dah berlopak!!


18-01-2008, ofisgrl komen :

nana.....saya nak cuba resepi ni sbb ni memang kuih kegemaran saya.... so, saya nak tanya sket la...masa kita keluarkannya dari kukusan, bhg atas kuih ni mmg lembik ke? mcm mana nak tahu kuih tu dah masak??


18-01-2008, ofisgrl komen :

nana, mcm mana nak tahu kuih ni dah masak? hari tu sy ada cuba resepi ni, lepas kukus 1 jam, kepala hijau dia masih lagi lembik. kenapa?


20-01-2008, munah komen :

terima kasih kerana sudi kongsi resepi ini.saya sudah cuba resipi ini dan rasanya sungguh SEDAP! ( : tetapi,mengapa permukaannya tidak licin?!apakah silapnya?!terima kasih.


23-01-2008, sonata komen :

halo Nana,ini mau tanya la kalo itu tepung gandum tukar sama tepung beras bole ke nana?....and itu tepung jagung msh bole guna juga ka?.........


18-02-2008, syahnina komen :

ofisgrl.. masa memang memang cam lembik tp kalau biarkan lelama nanti ok kot...


21-02-2008, rosshi komen :

hai nana...nak tanya u all la..ada saper2 tahu resipi kueh sekaya telur kalo tak silap saya dlm kueh tu ada masukkan manisan atau gula merah...trima kasih...


22-03-2008, alobaby komen :

NanaSham.. thank u very much for the recipe. Saya dah buat last nite. Saya buat 1/2 adunan je. Menjadi...!


12-04-2008, NanaSham komen :

Asalammualaikum buat semua rakan2 Chef dan bakal Chef MR Disini Nanasham ingin minta maaf bnyk2 krn dah agak lama tak msk MR krn pc nana buat hal........ ALHAMDULILLAH nana dah kembali dan INSHAK ALLAH nana akan jwb pertanyaan2 rakan2 Chef dan bakal Chef nana nie Buat semua ys sudah mencuba resipi nana dan berjaya nana ucapkan terimakasih bnyk2 Buat yg belum lg mencuba dgr nasihat nana Cuba Jgn Tak Cuba INSHAK ALLAH anda tidak akan menyesal kelak


12-04-2008, NanaSham komen :

ofisgrl Terima kasih krn mencuba kalau baru keluar dpd kukusan panas2 ianya memang apa bila ianya sudah betul2 sejuk INSHAK ALLAH ianya pasti ok Ianya pasti sudah masak setelah dikukus selama 45min hingga 1jam pasti


12-04-2008, NanaSham komen :

munah terima kasih krn mencuba ALHAMDULILLAH Permukaannya tidak licin krn termasuk titisan air kukusan ada tak muhah tutup loyang dgn aluminium foil?


12-04-2008, NanaSham komen :

sonata part gantikan tepung gandum dgn tepung beras nana tak pasti? nana belum cuba lg dan tak tau apa hasilnya nanti Kalau sonata nak cuba jgn lupa kongsi dgn kita semu di MR nie............


12-04-2008, NanaSham komen :

tks syahnina krn jwbkan nana ttp textnya tu betul ke? hehehehe cpt sgt type tu agaknya


12-04-2008, NanaSham komen :

rosshi Nana nak kena check kitab nana kalau ada INSHAK ALLAH nanti nana taruk kat sini


12-04-2008, NanaSham komen :

alobaby Syukur ALHAMDULILLAH ianya menjadi walaupun menggunakan 1/2 adunan saje hehehehe lain kali buat lah 1 adunan plk..... :-)


21-04-2008, umida komen :

humyrah dear....nanasham ni BROTHER...bukan akak...hehehe..so u mesti cakap TQ ABG NANA..


28-04-2008, mazmirana komen :

kalau tepung gandum dan tepung jagung tu...gantikan dengan tepung kastard, lagi sedap...selamat mencuba


07-05-2008, soechio komen :

cantik nyer warna hijau tu leh tau tak jenis cecair ker serbuk dan aper ker jenamanyer terima kasih


09-06-2008, sisheikh komen :

Nanasham...3 sm tepung jagung tu macam mana? Typo error ke atau saya yg tak paham ? hehe...


18-06-2008, bee_rbs komen :

Sedap nampak serimuka nana ni..mesti cba nih..nak tanya nana..resepi Tepung Talam ada tak..teringin sangat nak buat sendiri..


19-06-2008, mamadania komen :

Mmg best la resipi nanasham nie. Dh lame dok merantau br nie jumpe myresipi.com nie. Dh 2x buat, mmg sdp sgt. x daun pandan ganti ngn santan perasa pandan. Dh lame x mkn tu yg buat 2x berturut2. Anak n hubby pn suke.


15-07-2008, KESSY komen :

Dah cuba 2 x memang menjadi tapi bahagian atasnya menggelembung sedikit.


27-07-2008, Jaejoong komen :

laa naper tak tulis dlm cara² tuh kena tutup ngan aluminium foil, lepas baca komen baru tahu, kuih saya dah jadi cam permukaan bulan dah, penuh berkawah ^^. Kalau nak tutup pakai aluminium foil tuh, tutup bagi sampai wap tak leh masuk ke, atau wat dom aje, supaya air menitik tak masuk. Tapi kalau wat dom aje, wap tak berkumpul ke kat bahagian dlm atas dom tuh, so cam sama je, nanti menitik jugak. Kalau tutup padat, kira bukan masak pakai wap la kiranya, ke camne, boleh tolong explain tak, saya tak biasa kukus mengukus nih, baru nak blaja. Thanks in advance.


03-08-2008, Perantau komen :

Dah cuba buat kuih ni tapi tak berapa menjadilah.Rasanya hasben kata ok cuma atas tu terlembik....tak jadi macam kuih org lain.Tapi takpe...harini nak try lg.Mudah2an jd.Kuih favourite hasben nie.


03-08-2008, Perantau komen :

Alhamdulilah...menjadi jugak akhirnya.Tq NanaSham.


05-08-2008, hernilia komen :

FIRST TIME BUAT, RESULT MEMUASKAN. RASA SEMUA LENGKAP. LEMAK MANIS. PADA YG PERTAMA KALI BUAT TU JGN LUPA PULUT LEPAS DIKUKUS TEKAN SEDIKIT SUPAYA MAMPAT TIDAK PULUTNYA AKN BERDERAI BILA SEJUK.


30-08-2008, radio4planet komen :

ala mana nana ni ni? nak tanya aluminium coil tu yg macamana?


30-08-2008, hana6877 komen :

radio4planet...aluminium foil tuh kertas timah...biasa gune utk balut mknn...or loyang..bleh ddapati dimana2 kedai or pasaraya.


03-09-2008, deanasofea komen :

ermmmm...bestnya thanks kt nanasham


06-09-2008, rinaA komen :

Dah buat Serimuka ni... Alhamdulillah menjadi. Terima kasih banyak2 NanaSham... Baru jumpa resipi yang betul...:-)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu