oleh: melati Rendang daging

Rendang-daging

Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.


Created on : 03-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.




Laporan Masakan Bergambar (4)

Rendang_dan_ketupat
11-06-2008
Memang sedap la resepi rendang ini tetapi saya ada tambah satu ramuan rahsia iaitu tambah 2 kiub ayam knorr. cubalah dan fuyooo lagi terangkat aroma dan rasanya, suami saya bagi 10 star. hehehe raya nanti suami suruh buat kat pak dan mak mentua saya.
Laporan oleh: shartiyah
Cimg4211
11-06-2008
sedap:-)) tq
Laporan oleh: nkf
Photo-0064g
12-06-2008
1st time gune rempah kurma...pergh hebat gak rasanya! sedap sedapp...
Laporan oleh: hana6877
Rendang_daging
19-06-2008
tak semestinya pakai rempah kurma tak leh wat rendang, yg penting ada daun kunyit dan daun limau purut.. selama ni pun knor wat rendang pakai rempah kurma jer.. apa pun melati rendang ni sedap, esok nak cari ketupat/lemang.. best!!
Laporan oleh: nor_67

Komen (9)

26-08-2006, Amy Lazam komen :

Hi there, just ade 1 question, y dont guna rempah rendang... By the way, many thanks.


26-09-2006, Aery535 komen :

Herrmmm...yumm yumm...ari ni,plan saya ni la dia menu berbuka saya...tak sesabar nak tunggu abis keje..nak cuba....thanx melati...sedap tak sedap,i cuba dulu key.


25-10-2006, FAIRUZA AULA komen :

nak tanya, apa beza rasanya diantara rempah kari daging ngan rempah kurma. mana yang sedap ya. sesapa ada dah try , tolon habaq


07-02-2007, skyblue komen :

Dah makan... walaupun i takde daun limau dan kunyit, tetap sedap! Tunang I yg tak suka makan daging aussie pun kata sedap. Thanks! Takde gambar sbb tak perasan takde memory card kat cam tadi... :-(


12-04-2007, suriHati komen :

nampak sedap n senang. nanti suri cuba dulu, n komen rasanya..


13-04-2007, syonan komen :

nampak sunguh meyelerakan..i nak try dulu kalau sedap i coment lagi k..


15-04-2007, syonan komen :

WOW ARI NI I MASAK TIZ RENDANG...MY SON LIKE SO MUC KATANYE LAZATTTT SUNGUH..KEEP IT UP ..I KASI 8 STAR..


27-06-2007, deanaz komen :

Ni resepi daging masak rendang or daging masak kurma? Pakai rempah kurma..?


19-06-2008, fari komen :

sll wat rendang n9 x letak rempah kurma, kerisik,daun limau purut & daun kunyit .. hanya bahan kisar + cili padi & kunyit .. ada klainan nih .. mesti cuba .. ramai yg bagi komen best ..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu