oleh: Makyong Nasi minyak hujan panas

Nasiminyak

Nasi minyak simple


Created on : 16-04-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




Laporan Masakan Bergambar (10)

Img_0433
13-12-2006
baru buat hari ni. sedap!!
Laporan oleh: Ringo

:) terima kasih

Nasi_pelangi
30-04-2007
terlambat ambil gambar..ayam tinggal seketul daaa...
Laporan oleh: syahmi
100_1015
09-06-2007
menawan kalbu....
Laporan oleh: bunga001
Dscn0791
17-07-2007
Buat ptg td utk kali ke2, mkn dgn ayam madu bbq & jelatah...
Laporan oleh: sherry_mz
1_009
29-08-2007
tak sempat...nak hias dgn bwg goreng...tak sabar-sabar nak ngap...sedap..tq.
Laporan oleh: peekaboo
Sontam_009
27-10-2007
Dah lama buat baru nak lapor hehe..sedap! Thanks!
Laporan oleh: mutiarazura
Abcd0011
03-02-2008
t'lebih taruk pewarna la..huhu..papepn timakasey 4 the recipe..=)
Laporan oleh: jacaranda
Nasi_minyak_3
14-03-2008
kiter baru try nasi kaler kaler ni. hubby terkejut tengok nasik ader kaler biru lagii.. dia kata, boh nila sekali ker? heheheh.. btw, thanks a lot la resepi mesra alam ni. mewarnakan hidup dan meja makan cik cerder sekali sekala...
Laporan oleh: cik cerder
Nasi_minyak
28-05-2008
gembira sangat.First time buat menjadi.Sedap n tak berminyak.Lain kali boleh buat lagi...Thanks for the resipi
Laporan oleh: Nenie
Nasi_minyak
13-07-2008
1st time buat menjadik wo!!! Gumbiranya hatiku..Best plak 2! Mkan bertambah-tambah.. timakaceh ..
Laporan oleh: Mama Adam

Komen (18)

12-10-2006, ABAY komen :

TAK ADA SAPA NAK BAGI RESEPI BUAT SATAY KAH...BAGILAH TERINGIN PULA NAK CUBA BUAT ASYIK MAKAN SAJA.


13-10-2006, yani komen :

Abay.. nak buat satay sedap.. klik kat iklan "Masak Sendiri Satay Anda" tu..


20-11-2006, dagang komen :

Ada tak resipi nasi minyak macam orang kenduri kahwin..kalau ada bolehlah kongsi resipi....


16-02-2007, julaila komen :

saya masih tak dpt hantar resepi. dah bukak website yang admin cadangkan (http://www.myresipi.com/help.......) tu tapi masih tak boleh bukak. mesti ada mesej "as a result the page may not display correctly" dan ambil masa yang lama sangat. kadang2 sampai dekat 2 jam tapi tak keluar ape2 pun. mintak admin ajar secara manualy boleh tak. thanks


16-02-2007, admin komen :

julaila, emm x dpt masukkan yer, saya pun x pasti apa error tu maybe browser or pc yg julaila tu x support javascript kot or other reason saya pun kurang pasti sebabnya.. dan kalau utk baca manual cara masuk resepi yg saya sediakan tu kena ada adobe flash player, camnilah, leh tak julaila send resepi tu berserta dgn gambarnya ke komen@myresipi.com nanti saya akan cuba masukkan utk julaila..then utk resepi seterusnya leh follow cara yg saya guna tu..


16-02-2007, julaila komen :

thank you very much.


22-02-2007, BEDA komen :

nampak sedap je.. nasi kat atas tu . meleleh air liur tengok. esok nak cuba buat lh . mesti sedap.


02-04-2007, ikanpatin komen :

semalam masak ... best la. he he.. mak mentua ingat nasi nie datang dari kenduri umah orang. upenya kite yang masak.. TQ (--,)


02-04-2007, tukangmasakMUDA komen :

nasi minyak biasa nyer resiipi<<< Lupa arrr...


09-06-2007, bunga001 komen :

kite buat gune beras biase jerk... basmathi mahal sgt arr...


10-06-2007, adar komen :

hr ni nak msk nasi ni lah.....kalau lauknye ayam masak merah sesuai la kot...yek..tq Makyong.


25-06-2007, zahra komen :

nasi hujan panas ni sesuai dimkn dgn lauk apa ye?


21-08-2007, lennaz komen :

biasa ayam/ daging kurma... ayam masak merah pun boleh... asal ader skit kuah...


26-02-2008, Faridah1 komen :

Msk mlm tadi, alamak dah licin periuk baru teringat nk ambik gambo. Sedap, tp nasik biru byk sbb x reti nak adjust camner nak taruk pewarna. Boleh buat lg, thxs:)


20-04-2008, Ummie Shasha komen :

Aslm. 1st time nak cuba resipi melalui website ni. Tak tahulah menjadi ke tidak. Sekiranya anak2 dan husband puji sedap, awal-awal lagi saya ucapkan terima kasih.


09-06-2008, onnie1970 komen :

Akum. Semalam dah cuba.. menjadi. Terima kasih.


18-07-2008, zhiela_85 komen :

nak cubela resepi nih...nanti kita hanta laporan k...


18-09-2008, faridhurairah komen :

Assalamualaikum warahmatullah. Hm.. terbaca kat resepi lain.. biasa kalau nasi minyak dimasukkan sekali susu sejat/ susu cair. Ada beza kah? Terima kasih. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu