oleh: inaz Blueberry cheesecake

Cheese

resepi norzailina Nordin (Novelis)


Created on : 12-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 Orang )

  • @ CHEESECAKE @
  • 350g Krim keju (Philadelphia)
  • 80g Mentega
  • 180g Krim putar (whipping cream)
  • 20g Tepung paling halus (surfine flour)
  • 20g Tepung jagung
  • 4 biji telur kuning
  • 4 biji putih telur
  • 80g Gula castor
  • 1/2 sk garam
  • @ LAPISAN BAWAH / CRUST @
  • 100g Serbuk biskut (Digestive /Oreo)
  • 60g Mentega cair
  • @ UTK HIASAN @
  • 200g Krim putar (Whipping Cream) pukul sampai gebu
  • 250g inti Blueberry ( blueberry pai filling)

Cara-cara

  1. Gaul serbuk biskut & mentega cair tekan kedlm acuan, dan simpan dlm peti pembeku selama 10 minit.
  2. Pukul krim keju sehinnga licin dan masukkan mentega dan pukul sehingga sebati
  3. Masukkan Krim putar dan telur kuning sebiji demi sebiji sambil putar rata
  4. Masukkan pula kedua-dua jenis tepung dan kacau dan ketepikan
  5. Pukul telur putih , gula & garam sehingga kental & gebu seperti teknik merinque
  6. Akhir sekali kaup balik putih telur kedalam adunan krim keju kacau sebati kemudian tuang kedlm acuan, bakar selama 150'c selama 1jam 10minit
  7. kek yg sudah sejukkan, disimpan didlm peti ais selama 2 jam. Selepas sejukkan kek tadi bolehlah dihias bersama blueberry & krim putar .

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

100_0722
27-03-2007
Mcm rasa kek kat kedai laa..best. tapi sayng i tak reti decorate..comot hehehe
Laporan oleh: junn

mmg bestkan xpayah beli lagi...

Img_0282
24-06-2007
memang sedap.....hubby n anak2 pon suka ;)
Laporan oleh: Aziah

tq try & share u punya report kat sini....

Kekbluberi
31-08-2007
Kek MERDEKA hihihi
Laporan oleh: ikanpatin

selamat hari merdeka & tq try resepi nie.....


Komen (3)

14-03-2007, niqobisez komen :

Mana nak beli blue berry filling? sama tak kalau pakai jem ajer? thanks


15-03-2007, inaz komen :

saya beli kat kedai bakery je...murah sikit dlm container kalo hypermarket, dlm tin mahal. saya tak penah cuba pakai jem..boleh kot tapi kena pakai jem yg cair skit & kurang manis mcm st dalfour brand...cubalah nanti boleh report.


24-06-2007, Aziah komen :

dah buat kek nih tadi....utk birthday hubby....anak2 pon suka....;)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu