Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Sotong Bakar Ringkas

 Submitted By On 11 March, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Mudah dan cepat

Ingredients
  • 500 g sotong besar
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • BAHAN2 UNTUK SAMBAL ASAM:-
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 batang cili merah
  • 10 - 12 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah kecil
  • Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
  • 3 biji limau kasturi
  • Sedikit garam dan gula
Instructions
  1. Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan. Cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus. Bersihkan juga kepala sotong. Gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill. Bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama2 nanti jadi "selipar jepun"---->liat).

  2. UNTUK SAMBAL ASAM:- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.

    Step_By_Step_069.jpg
  3. Bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi...

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All