oleh: zeera Marble Choc Cheese Cake

Choc_marble_cake

Resepi dari Fotopages..


Created on : 05-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Tin kek ukuran 8 inci )

  • BAHAN-BAHAN A
  • 180 gm mentega
  • 170 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • *120 gm tepung superfine
  • *1 sudu teh serbuk penaik
  • *20 gm serbuk koko
  • BAHAN B
  • 250 gm krim keju
  • 60 gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Ayak bersama bahan-bahan bertanda *. Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Dalam bekas yang lain pukul bahan-bahan B sehingga kembang. Panaskan oven 160 darjah C.
  5. Griskan loyang dan tuang separuh adunan A ke dalam loyang dan ratakan.
  6. Kemudian tuangkan semua adunan B dan tutupkan dengan baki adunan A. Ratakan adunan.
  7. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

Pb240462
25-11-2007
sedihnyerr...sy punye x jd:(
Laporan oleh: Adilah

Komen (10)

05-03-2007, zeera komen :

Resepi ini saya dapat dari fotopages oleh Puan Hanieliza. Kek ni senang disediakan rasa pun sedap...


06-03-2007, cikgu_cute komen :

sedap2..mmg senang...


06-03-2007, maya_zakry komen :

hi there zeera, this recipe very familiar to this--> cheese marble choc cake kat entry <a href="http://www.myresipi.com/top/detail/641">NIH</a> name same, bahan2 pun lebih kurang, and ironinya,,, i baru jek cube resipi tu hari nih... and cam tak berapa naik sgt.. ntah ape la silapny... maybe i could try yours.. :P


08-03-2007, drzaikk komen :

dah try......mmg best giler....semua org puji. this recipe is for keeps. nampak mcm susah dan canggih tp tak susah buat. i pernah try philadelphia cheese cream dan pernah gak guna spreadable cheese cream . rasanya spreadable cheese cream lebih sedap dan sesuai.


08-03-2007, drzaikk komen :

satu yg sgt penting ...pastikan suhu tu jgn tinggi sgt. 160 celcius jer , baru ler jadikk


08-03-2007, sayang79 komen :

nampak macam sedap boleh lah cuba nanti...spreadable tu cheese apa eh...boleh tak drzaikk letak kan gambar kat glossary???


09-03-2007, maya_zakry komen :

weh drzaikk! dah try nak la tgk hasilnye.. ke tak sempat amek gambar dah abis kena ngap.. he he...


04-08-2007, mas_2ra komen :

sdap ke nk tryla.............................nt


02-12-2007, drzaikk komen :

erm...next time bila buat saya akn amek gambar. tp serious ni resepi ni mmg tak pernah gagal dan mmg sedap. pernah sekali tu cousin i dtg and disbbkn tak sempat i juz buat bancuhan instant butter cake choc brand nona , pastu letak creaM cheese mcm dlm resepi sini....punnn sedap gak. yes i agree spreadable cream cheese lebih sesuai berbanding dgn philadelphia cheese.


27-12-2007, Itarossi komen :

sedappp...!! dah buat semlm. siap dapat tempahan lg. TQ zeera.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu